Tuesday, June 30, 2009

Bodoh Sombong

Dialog 1
kicap : kat dewan tu ada budak - budak belajar silat.
cuka : aku cukup tak berkenan la dengan silat - silat ni.
kicap : kenapa?
cuka : silat ni, ada baca - baca la, mandi limau la, mandi limau la, mana ada dalam islam benda - benda ni.
kicap : hm,

Dialog 2
gula : kat dewan tu ada budak - budak belajar silat.
garam : buat apa nak belaja silat - silat lagi.
gula : kenapa?
garam : silat ni, bila nak bergaduh nak kena buka bunga lagi, sekarang orang dah guna pistol. korang baru nak buka langkah, dah kena tembak.
gula : hm,

Ini adalah dialog / kata - kata yang biasa kita dengar bila ada orang yang memperkatakan tentang silat.

Tentang 'ada baca - baca' dan amalan mandi dalam silat, kenapa ada individu yang seolah - olah terlalu takut kepada kedua - dua perkara ini. Dan dengan mudah membuat andaian sendiri tanpa merujuk / bertanya kepada yang tahu, dan membuat andaian melulu tanpa usul periksa. Adakah kita tahu, apa yang dibacanya? Apakah membaca basmallah dan surah Al - Fatihah dan Al - Ikhlas merupakan perbuatan yang salah? Fikir - fikirkan lah.

Begitu juga dengan amalan mandi limau / mandi bunga, tetapi tidak pula menolak amalan mandi bunga di spa. Bukankah kedua - dua perbuatan ini sama dari segi perlakuannya? Adakah kaedah yang mahal ini di'halal'kan oleh sesetengah pihak berbanding kaedah yang 'murah'?

Bab pistol dan cerita tentang pistol seringkali terdengar apabila kita berdakwah tentang silat kepada seseorang. Dan sikap penolakkannya terhadap silat terlalu tinggi. Aduh la.

Hm, jangan nanti jika ada masalah cari orang silat dah la.

Sunday, June 28, 2009

Teknik

Gambar - gambar ini diambil dari majalah Seni Beladiri Julai 2009, yang memaparkan gambar - gambar aksi Master Chiwin dan salah seorang muridnya. Master Chiwin adalah pengawal peribadi Tony Jaa dan kareografer untuk filem Ong Bak 2 juga merupakan pelakon dalam filem tersebut.

Mungkin ada anda di luar sana pernah menyaksikan teknik sebegini atau teknik yang seakan - akan begini. Atau mungkin juga anda pernah berlatih teknik yang begini rupa.

Wednesday, June 24, 2009

Belajar Untuk Lupa

Belajar untuk lupa? Kenapa perlu belajar kalau untuk lupa? Kalau dah lupa kena belajar lagi ke?

Senjata Lapan

Apa itu yang dimaksudkan dengan senjata lapan? Senjata lapan adalah terdiri daripada 2 penumbuk, 2 siku, 2 kaki dan 2 lutut dan ianya dilatih sehingga mempunyai kekuatan yang sama, yakni kiri dan kanan menjadi sekata.

Ada pelbagai cara yang digunakan untuk melatih ke lapan - lapan anggota ini. Kaedah yang biasa digunakan adalah berlatih dengan menggunakan punching bag atau dengan cara berpasangan. Kaedah berpasangan biasa digunakan antara jurulatih dan murid, dimana jurulatih akan memakai coaching pad dan target pad dan murid akan menyerang sasaran dengan menggunakan anggota yang disebutkan.

Dalam latihan Lian Padukan, anggota ini dilatih dengan menepuk atau menjadikan anggota yang sebelah lagi sebagai sasaran. (orang miskin tak mampu nak beli punching bag). Untuk melatih tumbukan dan siku, tapak tangan yang berlawanan dijadikan sebagai sasaran, manakala untuk lutut dan tendangan tapak tangan anggota yang berlawanan digunakan bagi menepuk / menampar lutut dan buku lali.

Perbuatan ini biasanya dilakukan pada masa latihan gerakan jurus dan lian dan latihan ini menyakitkan. Kalau dah biasa, dah tak jadi masalah, kata orang - orang tua "alah bisa tegal biasa".

Buah Pukul Mersing (mungkin belum pernah kita dengar)

Buah Pukul Mersing adalah berasal dari Buah Sunting dan Buah Sendeng yang mana permainan sunting adalah dibawa oleh Awang Daik (Awang bin Ali) dari Riau dan permainan Sendeng pula dibawa oleh Pak Long Muhamad Yasin Yunus dari Muar (Ketua Polis Muar), kedua - dua ilmu pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu Syed Abdul Rahman bin Syed Abdullah al Yunani di bumi Mersing maka jadilah namanya Buah Pukul Mersing.

Sebenarnya Sendeng dan Sunting pada asal nya adalah adik - beradik (berasal dari satu permainan yang sama) tetapi oleh kerana Tok Bertuah Kemenyan mempunyai salahsilah sampai ke Riau, maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan.

Maka orang Riau yang mempunyai pertalian dengan beliau, yang mana merupakan salah seorang dari keturunan beliau iaitu Daeng Raja Haji bin Raja Tahlil memanganggilnya Sunting dan di sebelah Muar / Melaka pula juga salah seorang dari keturunan beliau iaitu Dato Beremban keturunan Dato Panglima Untut pula memanganggilnya Sendeng.

Dan yang membezakan antara kedua permainan ini adalah Pukul Tanti dan Pukul Lari.

Tuesday, June 23, 2009

Majlis Ujian di Kuala Lumpur


Perhimpunan sempena majlis ujian di Kuala Lumpur, telah diadakan di Dewan PKGS Gombak Setia pada 13 Jun 2009. Majlis ini telah di rasmikan oleh Guru utama / Yang Di Pertua Lian Padukan iaitu Tuan Hj Mohamed Hasyim Bin Hj Mohamed Salleh.

Rasakan Kelainan Daripada Keaslian

Apa itu Rasakan Kelainan Daripada Keaslian, bagaimana boleh terluahnya perkataan ini dan darimana ianya berasal? Sebenarnya perkatan ini datangnya dari seorang hamba Allah di selatan tanahair dan juga merupakan seorang guru Buah Pukul.

Ianya berkisar mengenai Buah Pukul Mersing dan LianPadukan, antara Old Skool dan New Skool. Antara permainan yang asli dan permainan yang telah dicampuradukan. Ketika itu kecoh memperkatakan tentang permainan New Skool, yang sudah lari daripada permainan yang asal, Old Skool.

Maka muncullah hamba Allah ini untuk memberikan penjelasan dan penerangan, sekaligus mengedurkan sedikit ketegangan yang berlaku ketika itu dan beliau juga mengajukan soalan ini; kalau awak semua paham, apa yang dimaksudkan dengan "dua gerak tiga ruat"?

Salam

Mungkin baru tergerak rasanya untuk mengadakan blog ini, mungkin selama ini lebih selesa membaca coretan rakan - rakan di halaman masing - masing.

Atau mungkin elok juga rasanya mengadakan ruangan untuk meluahkan pendapat sendiri.

Hm, Mungkin, Maybe.