Sunday, October 31, 2010

seni beladiri bulan november

dua bulan berturut - turut majalah seni beladiri memaparkan rencana ekslusif berkenaan lian padukan. di bulan november ini, rencana perjalanan saudari syazwana (cikgu) dalam menuntut ilmu lian padukan pula dipaparkan...


jangan lupa, untuk mendapatkan yang original dari kedai - kedai buku / majalah yang berhampiran dengan anda sebelum kehabisan...

Friday, October 29, 2010

Senarai Gelanggang Lian Padukan

Gelanggang Induk Persatuan Lian Padukan Malaysia :
No. 4, Jalan Ros Merah 4/3, Taman Johor Jaya 81100 Johor Bahru Johor Darul Takzim
Hubungi : Cikgu Zaharuddin Elias – 013-7366833, Cikgu Jefri Md Yusof – 019-7442641

Gelanggang Masjid Laksamana, Taman Tun Aminah :
Perkarangan Masjid Laksamana Jalan Laksmana 11, Taman Tun Aminah, Johor Bahru, Johor
Hubungi : Cikgu Zaharuddin Elias – 013-7366833

Gelanggang Induk LianPadukan Martial Arts Academy :
No.6-3A, Tingkat 3, Jalan GJ2, Taman Gombak Jaya, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi : Cikgu Hisham Giant – 012-288 1805 (sambicep@hotmail.com)

Gelanggang Selayang :
Surau Ad-Diniyyah Taman. Bandar Baru Selayang Fasa 2A 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan

dan

Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan (Berhampiran Stadium Selayang)
Hubungi : Cikgu Din Misai – 012-327 2180

Gelanggang Kelana Jaya :
Surau al-Aqidah, No.1, Jalan SS 7/28, Taman Kelana Indah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : Cikgu Din Misai – 012-327 2180

Gelanggang Kajang :
Pangsapuri Prima Cempaka, Jalan Kajang Prima 5, Kajang Prima, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : Cikgu Aimi – 012-970 0137

Gelanggang Kapar :
Taman Seri Perepat, Batu 8, Jalan Kapar, 42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : Cikgu Azhar – 012-633 6648

Gelanggang Kuala Terengganu :
E-336, Lorong Merpati, Kampung Durian Burung, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Hubungi : Cikgu Aimi – 012-970 0137

Gelanggang Semabok :
No 5731C, Jalan Bukit Katil, Semabok, Melaka
Hubungi : Cikgu Boy – 017 6588107

Gelanggang HELP Damansara :
Level P5, Blok I, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur (Bersebelahan HELP University College)
Hubungi : Cikgu Din Misai – 012-327 2180, En. Nasrul – 013 397 4849

Gelanggang Muadzam Shah :
Dewan Al-Ghazali, SMK Chanis, LKTP Keratong 6, 26700 Muadzam Shah, Pahang
Hubungi : Cikgu Kamal – 013 648 9245

Gelanggang Bukit Beruntung :
Sentosa Martial Arts School, No 1-17 Jalan Bunga Kertas 1B/2, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor
Hubungi : Cikgu Ariffin Suratman - 012 227 1579

Gelanggang Bandar Tasik Puteri:
Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor
Hubungi : En. Nasrul Mohd Rashid - 013 397 4849, En. Iskandar Mohd Nordin 014 3616857

Gelanggang Bukit Jalil:
Dewan Masyarakat, Casa Riana Condo, Persiaran Puncak Jalil, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan.
Hubungi : Cikgu Mohd Faizal - 012 277 6578

Sunday, October 24, 2010

bayaran tunai . . .

dalam memberi pelajaran serta pengajaran perlu ada keikhlasan dan keikhlasan perlu datang dari hati yang suci tanpa perlunya ada perasaan lain... sekiranya wujudnya perasaan lain seperti riak dan bangga diri, maka nescaya keikhlasan itu akan bertukar sifatnya...

walaupun dengan cara yang tidak disengajakan, dikhuatiri sifat riak yang sedikit itu akan mengundang kemurkaan Allah...

dan dengan kemurkaan itu juga, Dia berupaya membalasnya dengan cara tunai...

Saturday, October 23, 2010

perjalanan, arah dan panduan...

lokasi grading (help residance) dalam bentuk kordinit; 3° 8' 43" N, 101° 39' 52" E...

pihak kami akan cuba mengusahakan beberapa buah peta beserta panduan arah dari beberapa lokasi (tol sungai besi dan tol duta) yang difikirkan sesuai ke tempat lokasi...

Tuesday, October 19, 2010

hikmah di sebalik dugaan

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara ini, antaranya:

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

disini, saya bukan cuba untuk menjadi ustaz atau pendakwah, cuma untuk mengingatkan diri sendiri akan betapa nikmatnya hikmah di sebalik dugaan kesakitan dan keperitan yang kita tanggung...

Sunday, October 17, 2010

air tenaga 100


diberitakan bahawa, air ini berupaya untuk mengembalikan kuasa serta tenaga dalaman yang hilang dari tubuh badan seseorang itu...

mudah - mudahan dengan adanya air yang berkuasa tinggi ini, akan dapat meningkatkan lagi kuasa serta tenaga dalaman kepada pelatih - pelatih yang terlibat dengan ujian kali ini...

Tuesday, October 12, 2010

alhamdulillah, rezeki lagi...

sebelum ini ada dikhabarkan, sebuah bilik bagi kegunaan tuan guru tuan haji hasyim bin haji salleh untuk melepaskan penat serta merehatkan badan dan minda sedang diusahakan, hari ini usaha tersebut sudah berjaya...

sebuah bilik (bilik tetamu) telah ditempah di bangunan yang sama...

Sunday, October 10, 2010

kontingen selangor : unit cawangan khas...

ini adalah unit cawangan khas yang mana ahlinya dipilih secara peribadi oleh tuan pengerusi lian padukan selangor / kuala lumpur...

setiap ahli yang terpilih untuk menyertai unit ini ditapis dan perlu melalui satu ujian saringan yang begitu ketat dan diikuti pula dengan satu ujian fizikal yang hebat...

setelah lulus kesemuanya ujian barulah mereka diserap ke dalam unit ini...

setiap ahli unit ini dilatih oleh tuan pengerusi lian padukan selangor / kuala lumpur dan dibantu oleh beberapa orang jurulatih kanan yang dipercayai oleh tuan pengerusi lian padukan selangor / kuala lumpur...

dikatakan bahawa unit ini telah mencapai satu tahap jurus yang paling tinggi dalam latihan mereka, dan kehebatan unit ini melakukan jurus yang tertinggi tidak perlu diperkatakan lagi...

dan dikatakan juga bahawa, setiap ahli dari unit ini mempunyai kelebihan masing - masing, antara kelebihan mereka yang disebut - sebut adalah kelebihan berat badan...

Thursday, October 7, 2010

alhamdulillah, rezeki...

kebenaran untuk menggunakan dewan (activity hall, help residance) pada tarikh 6 / 11 / 2010 telah diperolehi, maka dengan kebenaran ini dewan tersebut boleh digunakan bermula jam 08:00 sehingga jam 18:30 pada hari tersebut...

di samping itu, beberapa peralatan dan kemudahan lain juga turut diberikan, antaranya sistem penghawa dingin (sepanjang majlis diadakan), meja dan kerusi serta kemudahan sistem bunyi dan pembesar suara...

buat masa ini kami sedang mengusahakan, sebuah bilik bagi kegunaan tuan guru tuan haji hasyim bin haji salleh untuk melepaskan penat serta merehatkan badan dan minda...

Tuesday, October 5, 2010

majlis sambutan aidilfitri peringkat selangor...

ini adalah sambutan aidil fitri di dua lokasi yang berasingan dan pada masa yang lerlainan, pertama; di kediaman abang din di kelana jaya pada 20 / 9 / 2010 dan yang kedua; di kediaman cikgu azhar di kapar pada 3 / 10 / 2010...

di bawah ini adalah suasana semasa berada di kediaman abang din di kelana jaya...


di kediaman abang din hidangannya bertemakan masakan ala barat, antara hidangannya adalah roasted chicken and mashed potato (signature dish), garlic bread, salad dan spaghetti serta beberapa jenis kueh raya dan biskut...

semasa minum minuman panas selepas habis menikmati hidangan yang disediakan, kami dihidangkan pula dengan koleksi gambar - gambar lama dan semasa majlis inilah photo abang din bersama pak andak wahab berjaya 'dicuri' untuk dipamerkan di blog ini...


di bawah ini pula suasana semasa berada di kediaman cikgu azhar di kapar...


dengan laksa sebagai hidangan utama, diikuti dengan beberapa hidangan lain seperti kueh raya (biskut), buah dokong dan pelbagai kueh mueh... kemudian diikuti pula dengan mee goreng yang dihidangkan selepas solat maghrib sebagai hidangan makan malam...

Monday, October 4, 2010

pilihan saya

sekiranya saya diberikan peluang untuk memilih tempat bagi melakukan aktiviti seperti dibawah;
  1. dewan orang ramai gombak setia
  2. dewan aktiviti, help university collage.
pilihan saya adalah (2), kenapa saya memilihnya:
  1. tempat yang strategik (berada di tengah - tengah jaringan jalan raya, dari selatan, utara, petaling jaya dan shah alam)
  2. keselesaan untuk melakukan aktiviti (luas dan berhawa dingin), cukup untuk menampung 100 orang peserta.
  3. behampiran dengan tempat makan yang pelbagai pilihan.
  4. bagus untuk tujuan promosi.
  5. setakat hari ini, penggunaan dewan ini diberikan secara percuma.

bagi yang belum pernah melihatnya, sila saksikan gambar - gambar di bawah ini...