untuk melahirkan insan yang berkualiti, latihan yang berterusan perlulah dilakukan bagi memastikan apa yang kita impikan menjadi kenyataan...
kepantasan dan ketepatan perlu dilatih, melapis juga perlu dilatih seiring dengan kepantasan, supaya kedua - duanya boleh begerak secara semulajadi tanpa dipaksa - paksa atau tersekat - sekat semasa diperlukan...
istilah yang biasa kita gunakan adalah 'menghalus', menghalusi pergerakkan serta permainan dengan lebih teliti supaya setiap pergerakkan serta perbuatan menampakkan kesempurnaannya...
disamping itu, permainan yang melibatkan senjata juga perlu dipelajari, dilatih dan diasah namun begitu permainan senjata agak kurang diajarkan di gelanggang harian kerana kebanyakkan gelanggang bercampur tahap kepahaman pelatihnya, tahap kepahaman serta kemahiran pelatih adalah berbeza - beza diantara satu sama lain...
jadi untuk itu perlu diadakan suatu hari, hari yang terancang bagi melatih serta memahirkan segala ilmu dan kemahiran yang terdapat di dalam lian padukan ini...
antara kursus - kursus yang boleh dijalankan sepanjang tahun 2010, (pada pandangan aku)
- januari; kursus kejurulatihan - peringkat jurus
- februari; kursus kerujulatihan - lian peringkat satu
- march; kursus kejurulatihan - lian peringkat dua
- april; kursus kejurulatihan - lian peringkat tiga
- mei; kursus kejurulatihan - lian peringkat empat
- jun; kursus permainan senjata - tekpi
- julai; kursus permainan senjata - pedang
- ogos; kursus permainan senjata - keris
- september; kursus permainan senjata - selengan / belantan
- oktober; kursus permainan senjata - tembong / rotan panjang
- november; kursus permainan senjata - pisau / badik
- disember; rehat...
untuk kursus senjata yang melibatkan perbuatan 'gelek' maka ianya hanya akan dikhaskan kepada pelatih - pelatih yang sudah memasuki peringkat lian... supaya tidak timbul masalah untuk melalukan pergerakkan yang boleh dikatakan 'rumit'
No comments:
Post a Comment