semalam telah bermula sessi pertama bagi gelanggang di bandar tasik puteri rawang, mengikut perancangan kelas latihan bermula pada jam lapan malam disebabkan hujan maka kelas latihan terpaksa ditunda ke pukul sembilan malam (setelah hujan berhenti)...
kehadiran juga tidak memberangsangkan (mungkin disebabkan hujan) cuma ada 10 orang sahaja (kira ok la tu)...
setelah semuanya bersedia, maka sessi latihan pun bermula, menggunakan format senaman biasa, format yang biasa digunakan dan dipraktikkan di gelanggang - gelanggang yang dikendalikan oleh abang din misai, cuma dikurangkan peratusannya kepada 20% sahaja... (sesuai untuk pilot episode)
kemudian diikuti dengan regangan dan kaedah kaki, bagi 'menyediakan' kaki dan membiasakan kaki untuk menyepak dan menendang dengan betul... kemudian diikuti dengan 'laga - laga', tengok tak sampai hati, tapi siksa tetap kena siksa... (ha ha ha)
diikuti pula dengan kaedah tangan, secara solo dan berpasangan...
setelah sessi kelas latihan tamat, kebanyakkan yang hadir untuk berlatih mengadu sakit kepala... pasal apa? saya tak tahu... kena tanya kepada yang mengadu...
No comments:
Post a Comment