pada hari khamis malam (10/6/2010), saya telah pergi ke menziarah abang din sebelum beliau berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah... semasa menunaikan umrah, keselamatan rumahnya diserahkan kepada laksamana juhann dan pendekar faizal untuk menjaganya...
pesanan abang din pada saya,"awak jangan bergaduh dengan wxyz, kalau nak bergaduh tunggu saya balik umrah dulu..." ... dan begitu juga kepada laksamana juhann ...
pada malam itu juga, setelah semua tetamu kehormat (ahli keluarga sebelah isteri abang din) pulang... kami bertiga (imran tak masuk dalam senarai) telah ditunjukkan beberapa buah dan teknik yang betul dalam permainan lian padukan... setiap kali ada acara nak menunjukkan buah atau teknik maka seorang 'mangsa' perlu dikorbankan... saya dengan pantas bertindak sebagai 'cameraman' telah berjaya mengelakkan diri dari menjadi 'mangsa'... (fuhh, lega... mujur bawa camera) antara buah yang menarik adalah buah 'beruk berayun' yang mana ianya ditunjukkan secara tertib...
***(saya dipujuk oleh laksamana juhann untuk hadir pada malam tersebut, sebetulnya saya agak keberatan untuk hadir memandangkan tempat tinggal saya yang agak jauh 'di pendalaman' dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasi)
famous den...tq
ReplyDelete