hari ini (jumaat) gelap lah seminggu arwah muhammad shahzani bin abdul mutalib meninggalkan kita semua buat selama - lamanya...
beliau terlibat dalam kemalangan di jalan rawang - selayang dan meninggal dunia di tempat kejadian... daripada saksi di tempat kejadian, beliau mengatakan arwah diseret oleh sebuah lori yang tiba - tiba pusingan 'u' dan kemudiannya pula arwah dilanggar lagi oleh sebuah kereta...
mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa sebelum kemalangan ini terjadi arwah telah datang berlatih di gelangang kelana jaya, dan arwah diminta oleh abang din untuk mengetuai sessi latihan pada malam itu, bermula dengan acara 'membuka gelanggang' dan seterusnya sessi regangan...
kemudian arwah diminta pula untuk berlatih lian khatam, yakni suatu lian yang dikhaskan dan diajarkan hanya kepada pelatih - pelatih yang telah dikhatamkan...
kami pelatih - pelatih yang berlatih bersama - sama arwah, berlatih dalam suasana gelak tawa kerana lian yang diajarkan itu begitu mengelirukan dan kekok untuk dilakukan buat kali pertama...
kemudian ada di antara kami, berlatih bersama arwah bermain tekpi sambil melakukan lian tekpi sebelah dan diperhatikan oleh cikgu nur azhar dari gelanggang kapar untuk membetulkan pergerakkan lian tekpi kami...
selepas itu arwah menjadi 'punching bag' (sparring partner) untuk abang din dalam menunjukkan buah - buah aplikasi yang diadaptasi dari pergerakkan lian khatam...
semua perlakuan yang arwah lakukan pada malam dan awal pagi itu menjadi perkara yang terakhir dilakukan olehnya bagi hidupnya di alam dunia ini...
al fatihah...
No comments:
Post a Comment