Wednesday, July 29, 2009

Buah Pukul dan Tekpi

dalam buah pukul, senjata tekpi adalah merupakan senjata utama dan ianya dimainkan samada sebelah ataupun dua belah. dalam permainan sebelah, tekpi biasanya digunakan sebagai perisai / penangkis serangan. permainan tekpi sebelah juga boleh digandingkan dengan senjata - senjata tajam yang lain seperti pedang, parang, golok dan sebagainya. namun setakat ini , gandingan antara tekpi dan keris belum pernah dilihat.

untuk permainan tekpi dua belah, kedua - dua tekpi digunakan dalam satu masa yang sama. kebiasaannya satu digunakan untuk menangkis satu lagi digunakan untuk menyerang.

di dalam lian padukan khasnya terdapat dua jenis mainan tekpi, lian tekpi sebelah dan lian tekpi dua belah.

di sini saya lampirkan beberapa perguruan buah pukul yang dapat saya 'korek' dalam koleksi saya.

silat lian yunan

lian padukan

silat gayang lian

saya berasa sedikit kecewa kerana keluaran yang memaparkan serta menceritakan kisah pak mat samurai dan pak mat kedidi hilang dari simpanan saya.

terdapat juga beberapa perguruan silat di malaysia yang menggunakan senjata tekpi, seperti di bawah ini.

silat kuntau tekpi

silat harimau bentara garang

silat cekak sunda

silat awang sulung merah muda

tekpi hasil tangan Cikgu Jamaludin Shahadan (saya pernah bermain - main dengan tekpi buatannya dan pernah menimbang menggunakan alat penimbang digital dan didapati berat kedua - dua tekpi adalah sama pada 1 titik perpuluhan)

Thursday, July 23, 2009

Orang Lama - Pak Ngah Rashid

diambil dari majalah seni beladiri keluaran febuari 2005






Wednesday, July 22, 2009

Sejarah Guru Utama




Monday, July 13, 2009

Khatam Istiadat 2009 - Malam Kedua

Tuan Hj Hasyim sedang memberikan ucapan kata - kata aluan, kelihatan Pok Yee Gerak Lian (seluar merah)

lian tekpi oleh abg din gondrong and sons

sebahagian cikgu - cikgu bergambar bersama Pak Raja Gayang Lima

bersama Pak Raja Ali Gayang Lima

Khatam Istiadat 2009 - Malam Pertama

Cikgu cikgu yang mengambil bahagian dalam acara 'royal rumble', (dari kiri) abg din gondrong, wana, boy, amy, cikgu datok azmi, hisyam, abg din misai, azhar dan cikgu kamal

Bergambar bersama Cikgu Hj Hasyim (6 dari kiri)

Antara yang mengambil bahagian dalam acara 'royal rumble'

Lagi perserta 'royal rumble'

keseluruhan peserta

Thursday, July 9, 2009

Harinya Sudah Tiba

Esok malam merupakan harinya, (Jumaat, 10/7/09, 17 Rejab 1430) malam yang mana akan diadakan upacara khatam istiadat Lian Padukan bertempat di perkarangan rumah Tuan Haji Hasyim Mohd Salleh di Johor Jaya.

Diberitakan bahawa terdapat 14 individu yang akan dikhatamkan (bukan khatan tau) oleh Tuan Haji Hasyim Mohd Salleh.

Dan diberitakan juga akan kehadiran Pak Raja Gayang Lima, Pak Mat Samurai dan Pok Yee Gerak Lian Malaysia.

Wednesday, July 1, 2009

Hiburan

Ini lah akibatnya jika banyak sangat masa. Maka wujud lah idea - idea yang mengarut.