Wednesday, November 25, 2009

langkah, lian dan gelek . . .

lian adalah merupakan peringkat kedua dalam pelajaran lian padukan, namum begitu lian pula terbahagi kepada empat peringkat, di mana setiap peringkat mengandungi empat pergerakkan lian..

mungkin ianya berbeza jika dibandingkan dengan perguruan - perguruan buah pukul mersing yang lain, dari segi peringkat serta pergerakkan 'lian'nya...

namun begitu, pergerakkan geleknya tetap sama... (pada pandangan saya la)

bagi memastikan pergerakkan dan perbuatan 'lian' betul, maka hendaklah dipastikan bahawa kedudukan kaki kita ketika ber'gelek' berada dalam keadaan yang betul...

sekiranya kaki berada dalam keadaan yang betul, maka secara 'otomatik'nya posisi badan serta tangan berada dalam keadaan yang betul juga...

memang diakui agak sukar melakukan pergerakkan gelek bagi mereka yang pertama kali didedahkan dengan perbuatan ini, tambah - tambah lagi untuk melakukan perbuatan ini sambil melangkah...

kita manusia tidak seperti haiwan, yang mana selepas dilahirkan sudah pandai berlari...

kelas - november 23 2009

kelas semalam...

rasanya macam dah lama saya tak 'berlengan' (berlatih) dengan tuan penguasa gelanggang, tuan harizan... bila berlengan, terasa seakan - akan terlalu keras tulang - tulangnya dan kekuatan tenaga tendangannya juga berbeza... (hmmm, mungkin ada bantuan sampingan, mungkin bantuan susuk agaknya)

tak tahu lah mungkin prestasi saya yang menurun atau mungkin juga tuan harizan kita yang meningkat kekuatan tenaganya... hmmm...

mungkin ada juga yang rindukan sentuhan abg din misai yang sebelum ini menyendiri buat beberapa ketika, maka semalam terubatlah rindunya...

semalam juga abg din sempat berbisik kepada saya (bisik sepatutnya orang lain tak boleh tahu) untuk kelas yang selepas ini akan ditekankan teknik permainan 'kopak' serta permainan 'lapis siku'...

hmmm, mungkin lepas ni boleh main 'buah kontrak' kot...

dan semalam juga dapat disaksikan kehadiran 2 tetamu ke gelanggang, mungkin bertujuan untuk menyaksikan permainan lian padukan atau mungkin juga menunggu rakan yang sedang asyik berlatih...

Monday, November 23, 2009

seni tempur kerambit

diberitakan bahawa kalender kursus lian padukan pada tahun hadapan (2010) akan dimulakan oleh seni tempur kerambit oleh cikgu din misai...

namun begitu, tarikhnya belum ditetapkan lagi...

hmmm, rasanya ramai yang menanti - nantikan seni permainan ini dari individu yang dimaksudkan...

Thursday, November 19, 2009

kualiti atau . . .

untuk melahirkan insan yang berkualiti, latihan yang berterusan perlulah dilakukan bagi memastikan apa yang kita impikan menjadi kenyataan...

kepantasan dan ketepatan perlu dilatih, melapis juga perlu dilatih seiring dengan kepantasan, supaya kedua - duanya boleh begerak secara semulajadi tanpa dipaksa - paksa atau tersekat - sekat semasa diperlukan...

istilah yang biasa kita gunakan adalah 'menghalus', menghalusi pergerakkan serta permainan dengan lebih teliti supaya setiap pergerakkan serta perbuatan menampakkan kesempurnaannya...

disamping itu, permainan yang melibatkan senjata juga perlu dipelajari, dilatih dan diasah namun begitu permainan senjata agak kurang diajarkan di gelanggang harian kerana kebanyakkan gelanggang bercampur tahap kepahaman pelatihnya, tahap kepahaman serta kemahiran pelatih adalah berbeza - beza diantara satu sama lain...

jadi untuk itu perlu diadakan suatu hari, hari yang terancang bagi melatih serta memahirkan segala ilmu dan kemahiran yang terdapat di dalam lian padukan ini...

antara kursus - kursus yang boleh dijalankan sepanjang tahun 2010, (pada pandangan aku)

  • januari; kursus kejurulatihan - peringkat jurus
  • februari; kursus kerujulatihan - lian peringkat satu
  • march; kursus kejurulatihan - lian peringkat dua
  • april; kursus kejurulatihan - lian peringkat tiga
  • mei; kursus kejurulatihan - lian peringkat empat
  • jun; kursus permainan senjata - tekpi
  • julai; kursus permainan senjata - pedang
  • ogos; kursus permainan senjata - keris
  • september; kursus permainan senjata - selengan / belantan
  • oktober; kursus permainan senjata - tembong / rotan panjang
  • november; kursus permainan senjata - pisau / badik
  • disember; rehat...

untuk kursus senjata yang melibatkan perbuatan 'gelek' maka ianya hanya akan dikhaskan kepada pelatih - pelatih yang sudah memasuki peringkat lian... supaya tidak timbul masalah untuk melalukan pergerakkan yang boleh dikatakan 'rumit'

seni permainan keris

pada hari terakhir kursus minggu lepas, tuan haji hasyim (guru utama lian padukan) ada menyatakan kesudiannya untuk mengajarkan seni permainan keris cara buah pukul kaedah lian padukan...

mungkin kaedah seninya berbeza dengan apa yang tuan - tuan pernah lihat sebelum ini...

ada yang berminat dengan tawaran ini???

sekiranya tiada yang berminat dengan tawaran ini, maka tawaran ini hanya tinggal tawaran...

Tuesday, November 17, 2009

Kursus Permainan Tekpi dan Tumbukan


photo photo menarik sepanjang dua hari kursus, boleh dilihat di http://liannewskool.multiply.com/photos/album/14 dan http://liannewskool.multiply.com/photos/album/15

kursus telah berjaya membuka mata serta berjaya menarik peserta meminati permainan tekpi, serta terdapat banyak rahsia yang dibuka sepanjang tempoh dua hari tersebut...

balada seorang pelatih lian padukan jalanan...

bermula dengan berguru di gelanggang batu namun aku memilih cara jalanan, maka ku tetapkan pendirian ku dengan jalan yang ku pilih ini...

berguru hanya di tepi jalan, di tepi surau - surau dan di kaki lima masjid... tekun belajar dari guru yang sudi mengajarkan ilmunya kepada ku...

cara pembelajaran ku berbeza dengan yang lain, penerapannya juga berbeza... cara jalanan, itulah cara pilihan ku...

cara ku berbeza, matlamat ku tetap sama... tetapi kaedah tetap tidak menghalalkan cara... apa cara yang aku lakukan walaupun betul pada pendapat ku, tetap tidak dihalalkan caranya oleh kaedah...

untuk itu, perlukah aku untuk meneruskan perjalanan ini atau perlukah aku untuk berhenti dan berehat seketika memikirkan apa yang perlu aku lakukan seterusnya atau perlukah aku mencari destinasi yang lain...

akhir sekali, di sini juga aku mewakili sahabat -sahabat ku juga diri ku sendiri, menyusun sepuluh jari merafak sembah memohon maaf dari semua yang terlibat juga dari semua induvidu yang 'terasa' dengan cara perjalanan perjuangan ku ini...

dan kepada guru utama tuan haji hasyim haji salleh, saya mewakili sahabat - sahabat yang terlibat dan diri saya sendiri memohon maaf serta keampunan dan kami juga meminta cikgu menghalalkan segala ilmu yang kami pelajari selama ini...

sekian...