Monday, August 23, 2010

iftar. . .


daripada zaid bin khalid al-juhhani r.a, daripada nabi muhammad s.a.w sabdanya, “sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

sempena bulan ramadhan yang mulia ini, bertarikh 31 / 8 / 2010 bersamaan 21 ramadhan 4131, bertempat di surau al akidah (yang juga merupakan gelanggang lian padukan kelana jaya), jalan SS 7/28, taman kelana indah, akan diadakan majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim...

sehubungan dengan itu, diminta pelatih - pelatih dan pembaca - pembaca blog ini, yang mempunyai kelapangan hadir ke majlis ini...

mudah - mudahan dengan kehadiran anda akan dapat memeriahkan lagi majlis ini...

Friday, August 20, 2010

belajar ilmu . . .

ada yang belajar dengan cara membaca...
ada yang belajar dengan cara mendengar apa yang dibacakan...


ada yang belajar dengan cara memerhati...
ada yang memerhati dari perspectif orang yang memukul...
ada juga yang memerhati dari perspektif yang kena pukul untuk belajar memukul...


ada yang membelanjakan beribu - ribu ringgit untuk berada di raudah...
tapi tanpa disedari, berada di dalam majlis ilmu juga seumpama berada di taman - taman syurga...

sabda rasulullah, “jika kalian melalui taman - taman syurga, maka berhentilah dan duduklah di situ”. para sahabat r.a. bertanya: “apakah taman - taman syurga itu wahai rasulullah?” jawab baginda: “majlis - majlis ilmu dan zikir”. (at-tirmizi).

persoalannya sekarang adakah belajar ilmu buah pukul juga termasuk dalam kumpulan 'majlis ilmu' yang diperkatakan oleh rasulullah s.a.w...

Thursday, August 12, 2010

pesanan ringkas . . .

beberapa pesanan ringkas yang diterima daripada pengerusi lian padukan selangor / kuala lumpur sebentar tadi...

'Salam mai ramai - ramai datang kat surau saya, terawih habis pukul 9:45 malam lepas tu kita ber LIAN jangan lupa temu janji 13 Ogos esok'

'latihan mcm biasa'

khabarnya memang ada 2 3 orang bakal - bakal pendekar yang tidak mahu berhenti berlatih walaupun di bulan ramadhan ini... mungkin sebab itu agaknya latihan di gelanggang kelana jaya tetap diteruskan juga...

Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan . . .

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Al Baqarah : 183

di hari yang barakah ini, saya ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa dan ibadah - ibadah yang lain di bulan ramadhan ini. dan semoga apa jua ibadah dan amalan yang kita laksanakan diterima olehNya.

dan peliharalah penglihatan, pertuturan serta pendengaran kita dari perkara - perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.


Monday, August 9, 2010

langkah terakhir . . .


pada hujung minggu lepas bertarikh 8/8/2010, telah berlangsung satu sessi kelas latihan di help universiti bermula jam 10:00 hingga jam 13:00. sessi ini juga kami namakan dengan dengan nama 'langkah terakhir sebelum ramadhan'.

walaupun cuaca dan suhu di luar sungguh cerah dan panas, namun di dalam gelanggang ini suhunya sungguh sejuk, bagaikan berada di puncak genting highland di waktu pagi. mungkin disebabkan oleh kerosakkan alat pendingin udara rasanya...

kami teruskan juga aktiviti 'langkah terakhir' ini, walaupun dalam keadaaan kesejukkan...

saksikan antara gambar - gambar yang menarik yang berjaya dirakam, sekiranya ada masa dan kerajinan, maka akan ditambah cerita serta gambarnya...
.

Thursday, August 5, 2010

s e a d a n y a . . .

hmmm, hanya ini sahaja yang mampu dan dapat dibeli dengan hasil yang terkumpul.

1 unit wall punching bag seperti dalam gambar.

2 pasang coaching mitts.

Wednesday, August 4, 2010

sempena hari jogathon sekolah . . .


pada tanggal 31 / 7 / 2010, sekolah kebangsaan usj2 telah mengadakan karnival jogathon pibg 2010 dan lian padukan dijemput untuk mengadakan persembahan pada hari tersebut. acara yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9:30 pagi telah ditunda bagi membolehkan acara - acara lain dilangsungkan.

acara persembahan lian padukan dimulakan pada pukul 10:30 pagi (rasanya le). kumpulan ini diketuai oleh cikgu raziman @ din (seperti mana yang dinyatakan).

saksikan, di bawah ini antara gambar - gambar yang berjaya diambil semasa hari tersebut.

pada hari tersebut juga cikgu raziman @ din menguruskan gerainya yang terletak di kantin sekolah.

Monday, August 2, 2010

alatan, tool kata orang putih...


seronok juga kalau boleh diadakan peralatan yang dipaparkan di atas, lengkap, (boleh dikatakan lengkap) kerana didatangkan dengan sarung tangan, pelindung kepala, badan, keting dan kemaluan.

semua ini didatangkan dalam satu set dengan satu harga.

jika dilihat dari jenamanya tentulah ianya merupakan peralatan yang mahal, maka terpaksalah berjimat cermat untuk menabung bagi membolehkan impian menjadi kenyataan.