Monday, August 23, 2010

iftar. . .


daripada zaid bin khalid al-juhhani r.a, daripada nabi muhammad s.a.w sabdanya, “sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

sempena bulan ramadhan yang mulia ini, bertarikh 31 / 8 / 2010 bersamaan 21 ramadhan 4131, bertempat di surau al akidah (yang juga merupakan gelanggang lian padukan kelana jaya), jalan SS 7/28, taman kelana indah, akan diadakan majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim...

sehubungan dengan itu, diminta pelatih - pelatih dan pembaca - pembaca blog ini, yang mempunyai kelapangan hadir ke majlis ini...

mudah - mudahan dengan kehadiran anda akan dapat memeriahkan lagi majlis ini...

4 comments:

  1. Insyallah kehadiran tuan-tuan dapat memeriahkan lagi suasana..

    ReplyDelete
  2. hm, rasa - rasanya kalau ada kehadiran ibu - ibu tunggal di bawah umur 30 tahun mungkin lagi meriah majlis iftar ni kot...

    ReplyDelete
  3. Kasi sumer dtglah.
    Den pn insyallah dtg...

    ReplyDelete