Thursday, December 29, 2011

majlis ujian peringkat kebangsaan 2011 : episod tapi . . .

pelatih yang hadir untuk ujian kali ini berjaya menunjukkan pergerakkan jurus dan lian dengan baik, tapi...

... tapi untuk permainan buah, apa yang dipamerkan seolah - olah pelatih tersebut baru belajar langkah / buah tersebut dua hari yang lepas...

... tapi tidak mahu mengalah walaupun telah ditakdirkan untuk kalah bagi membolehkan pasangannya melakukan gerakan / buah dengan sempurna...

... tapi ada juga pelatih - pelatih peringkat tinggi yang tidak mempamerkan gerakkan gelek yang sepatutnya ditunjukkan, dalam acara berpasangan... dan begitu juga dengan gerakkan semutar...

adakah ini semua ada kaitan dengan lagu 'muka buku' yang dimainkan pada awal pagi tersebut...

Friday, December 16, 2011

majlis ujian peringkat kebangsaan 2011 . . .

terima kasih diucapkan kepada pihak yang menganjurkannya pada tahun ini...

terima kasih kepada individu yang berjaya mendapatkan 'audio system' yang hebat pada saat - saat akhir...

terima kasih kepada individu yang berusaha mendapatkan lokasi ini, setelah dikhabarkan lokasi yang dirancang pada awalnya mempunyai masalah teknikal...

terima kasih kepada semua individu yang berusaha menghias serta menyiapkan dewan sehingga lewat malam...

terima kasih kepada pihak yang menyediakan hidangan makan tengahari pada hari tersebut begitu juga kepada individu yang menyediakan sarapan pagi...

terima kasih juga kepada individu / pihak yang telah menyediakan tempat penginapan bagi tuan guru haji hasyim bin haji salleh...

tahniah diucapkan kepada pelatih - pelatih yang berjaya dalam ujian ini...

akhir sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis ujian peringkat kebangsaan pada tahun ini...

Wednesday, December 14, 2011

citarasa : lagi . . .

ini pula merupakan lagu yang sama, dari group yang sama cuma, bezanya dari segi rentak, kali ini lagunya berentak reggae... variasi kepada versi asal...


dengan ini ia memberikan kita pilihan untuk memilih antara yang asli atau variasinya yang berentak reggae...

sekarang terpulang kepada anda, pilihan terletak di tangan anda...

Monday, December 12, 2011

metro ahad - peniup semangat nur syazwana . . .

petikan dari metro ahad...

TATKALA bersua muka dengan gadis ini, kelembutannya wajahnya terserlah, apatah lagi bait perkataan disusun sempurna sebelum mulutnya mula berbicara.

Siapa sangka di sebalik semua itu, gadis ini sebenarnya memikul tanggungjawab sebagai jurulatih atau cikgu seni mempertahankan diri silat lian padukan (LP).

Apabila dia mula membuka langkah dan mempersembahkan silatnya, seakan-akan hilang sifat kelembutannya, sebaliknya jelas terukir di wajahnya riak serius.

Namun bagi Nur Syazwana Shahrudin, 23, personalitinya hanya berubah di gelanggang kerana dia perlu serius dan fokus ketika melakukan latihan.

Di luar, personaliti dan wataknya kembali kepada asal kerana itu adalah sifat semula jadinya, malah mereka yang tidak mengenalinya pasti tidak menyangka dia handal dalam seni bela diri itu.

Katanya, mungkin ramai tidak tahu mengenai silat LP kerana ia belum berkembang sepenuhnya biarpun sudah lama bertapak di negara ini.

“Ia mirip silat lain yang wujud di negara ini, yang membezakannya adalah ia tidak mempunyai bunga tari atau penggunaan muzik.

“Menariknya, seni silat ini tidak mempunyai gulingan dan baringan untuk menumpaskan lawan, sebaliknya hanya menggunakan kekuatan pukulan yang lebih dikenali sebagai ‘buah pukol’,” katanya.

Menurutnya, mempelajari LP bukan bermakna dia gemarkan keganasan tetapi sebagai langkah mempertahankan diri bagi mengelak perkara tidak diingini.

Katanya, wanita sering dianggap golongan lemah dan terdedah pada bahaya, oleh itu mereka perlu mempersiapkan diri untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Tidak dapat dinafikan jika melihat gerakan LP, ia ganas dan keras, namun corak latihannya boleh diselaraskan mengikut keselesaan individu.

“Malah, tidak akan hilang ciri kewanitaan jika mengamalkan seni silat LP, sebaliknya akan berasa lebih yakin dan peka terhadap persekitaran,” katanya.

Gadis kelahiran Petaling Jaya ini berkata, setiap orang mempunyai ‘jarak selamat’ tertentu dan jika ada individu tidak dikenali cuba melangkaui jarak itu, akan timbul rasa kurang selesa.

Katanya, sejak mempelajari LP, dia lebih berhati-hati dan sensitif terhadap sebarang unsur yang boleh mendatangkan implikasi buruk pada dirinya, termasuk menceroboh jarak selamatnya.

Minatnya terhadap LP banyak dipengaruhi bapanya yang terlebih dulu bergiat aktif dalam seni bela diri itu. Daripada sekadar memerhati, dia mengambil keputusan mencubanya.

Bagaimanapun, ia tidak semudah disangka, malah corak latihan keras membuatkan dia pernah terfikir untuk mengangkat bendera putih.

Dorongan keluarga dan keinginan melihat lebih ramai wanita terbabit dalam LP bagai meniup semangatnya untuk terus bertahan.

Mempunyai wawasan tinggi dalam LP, dia berhasrat mengembangkan LP ke seluruh pelosok negara dan sudi mengajar mana-mana individu yang ingin mempelajari seni bela diri ini.

“Jika diberi kesempatan, saya ingin menganjurkan program berunsurkan seni bela diri khusus untuk wanita dan tidak keberatan menerima undangan untuk berkongsi ilmu yang saya ada.

“Bagi saya, ilmu dan kemahiran yang saya miliki adalah untuk dikongsi, bukan disimpan untuk kepentingan diri,” katanya.

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
rnorain@hmetro.com.my

Wednesday, December 7, 2011

lokasi baru . . .

disebabkan terdapat beberapa masalah berkaitan teknikal, maka lokasi ujian pada kali ini terpaksa diubah dari help universiti pusat bandar damansara ke seksyen 7 shah alam... harap maklum...

dan kepada pelatih - pelatih yang menghadapi masalah untuk menuju ke lokasi ujian kali ini, harap peta di bawah boleh memberikan sedikit idea dan bantuan kepada anda...


dari tol batu tiga, 'federal highway' menghala ke seksyen 7


dari selatan, melalui lebuhraya utara selatan hubungan tengah (elite) - nilai - klia - dengkil...


dari federal highway melalui simpang padang jawa / uitm, pesiaran kayangan, persiaran masjid, jalan ratna 7/10 - jalan ambar 7/16...

Sunday, December 4, 2011

pembatalan sessi latihan . . .

dimaklumkan bahawa sessi latihan gelanggang kelana jaya, pada hari jumaat malam 9/12/2011 akan dibatalkan kerana keesokkan harinya sabtu 10/12/2011, akan berlangsungnya majlis ujian peringkat kebangsaan...

sehubungan dengan itu, maka pihak urusetia gelanggang kelana jaya akan mengadakan dua sessi latihan intensif pelbagai peringkat pada malam hari isnin (5/12/2011) dan malam hari rabu (7/12/2011)...

bertujuan untuk memperbetulkan serta 'menghaluskan' pergerakkan jurus dan lian serta buah, setiap pelatih yang mengambil bahagian dalam ujian kali ini...

sekian...

Friday, December 2, 2011

citarasa. . .

lagu ini ditulis oleh teddy park, yang merupakan single pertama 'hip-hop/pop girl group' dari kora selatan, 2ne1 (to anyone) yang tidak mengunakan 'auto tune' dan lagu ini adalah untuk individu - individu yang tidak gemar penggunaan music elektronik dan 'house music' yang terlalu keras...