Saturday, March 30, 2013

bilangan 7...

dalam hidup kita seharian, terdapat terlalu banyak perkara dan amalan yang berkaitan dengan angka 7, ada...

bismillah 7...
fatihah 7...
ayat kursi 7...
yasin 7 mubin...
lakadja akum 7...
salamun qaulam 7...
patigeni 7 hari...
buah 7 hari...
lapis 7 hari...
7 hari seminggu...
7 anggota sujud...

dan yang paling hebat sekali adalah ilmu terbang, boeing 777...

Tuesday, March 26, 2013

filem p ramlee... 6 jahanam...

kisah ini berlaku pada suatu malam yang dingin, ketika hujan turun...

pakcik : ada silat ke malam ni?
saya : ada...
pakcik : biasa silat start pukul berapa?
saya : pukul 10...
pakcik : apa dalam beg ini? (sambil menunjuk ke arah beg yang saya tinggalkan di atas tembok)
saya : tekpi...
pakcik : (memandang ke arah saya) tekpi? tekpi tu apa?
saya : (macamana nak terangkan pada pakcik ni, tak kan nak cakap, besi cabang 3, 1 panjang 2 pendek kot... hmmm... lalu saya cakap...) buka, tengok la... (... saya biarkan pakcik itu bersama beg itu)

terlintas di dalam hati; pakcik ni tak pernah tengok cerita filem p ramlee ke...

Friday, February 8, 2013

latihan istimewa . .

latihan pada minggu ini mungkin merupakan latihan yang paling istimewa bagi sesetengah gelanggang, ini kerana ada gelanggang yang akan mengadakan latihannya pada malam hari raya dan pada pagi hari raya...

harap - harap janganlah ada pelatih - pelatih yang mengenakan busana hari raya pada hari tersebut...

(hari raya ini merujuk kepada perayaan tahun baru cina...)

Thursday, January 31, 2013

perbuatan dan tujuan . . .

antara perbuatan dan tujuan...
apa itu perbuatan dan apa pula tujuan...
adakah kedua - duanya berkait rapat...
sekiranya berkait, bagaimana ianya berkait di antara satu sama lain...

pening?

contoh : perbuatan = minum, tujuan = menghilangkan rasa haus dan dahaga...

Friday, January 25, 2013

kembalinya the best of the best of the best...

hari ini (jumaat) gelap lah seminggu arwah muhammad shahzani bin abdul mutalib meninggalkan kita semua buat selama - lamanya... 

beliau terlibat dalam kemalangan di jalan rawang - selayang dan meninggal dunia di tempat kejadian... daripada saksi di tempat kejadian, beliau mengatakan arwah diseret oleh sebuah lori yang tiba - tiba pusingan 'u' dan kemudiannya pula arwah dilanggar lagi oleh sebuah kereta... 

mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa sebelum kemalangan ini terjadi arwah telah datang berlatih di gelangang kelana jaya, dan arwah diminta oleh abang din untuk mengetuai sessi latihan pada malam itu, bermula dengan acara 'membuka gelanggang' dan seterusnya sessi regangan...

kemudian arwah diminta pula untuk berlatih lian khatam, yakni suatu lian yang dikhaskan dan diajarkan hanya kepada pelatih - pelatih yang telah dikhatamkan...

kami pelatih - pelatih yang berlatih bersama - sama arwah, berlatih dalam suasana gelak tawa kerana lian yang diajarkan itu begitu mengelirukan dan kekok untuk dilakukan buat kali pertama...

kemudian ada di antara kami, berlatih bersama arwah bermain tekpi sambil melakukan lian tekpi sebelah dan diperhatikan oleh cikgu nur azhar dari gelanggang kapar untuk membetulkan pergerakkan lian tekpi kami...

selepas itu arwah menjadi 'punching bag' (sparring partner) untuk abang din dalam menunjukkan buah - buah aplikasi yang diadaptasi dari pergerakkan lian khatam...

semua perlakuan yang arwah lakukan pada malam dan awal pagi itu menjadi perkara yang terakhir dilakukan olehnya bagi hidupnya di alam dunia ini...

al fatihah...