Thursday, December 29, 2011

majlis ujian peringkat kebangsaan 2011 : episod tapi . . .

pelatih yang hadir untuk ujian kali ini berjaya menunjukkan pergerakkan jurus dan lian dengan baik, tapi...

... tapi untuk permainan buah, apa yang dipamerkan seolah - olah pelatih tersebut baru belajar langkah / buah tersebut dua hari yang lepas...

... tapi tidak mahu mengalah walaupun telah ditakdirkan untuk kalah bagi membolehkan pasangannya melakukan gerakan / buah dengan sempurna...

... tapi ada juga pelatih - pelatih peringkat tinggi yang tidak mempamerkan gerakkan gelek yang sepatutnya ditunjukkan, dalam acara berpasangan... dan begitu juga dengan gerakkan semutar...

adakah ini semua ada kaitan dengan lagu 'muka buku' yang dimainkan pada awal pagi tersebut...

Friday, December 16, 2011

majlis ujian peringkat kebangsaan 2011 . . .

terima kasih diucapkan kepada pihak yang menganjurkannya pada tahun ini...

terima kasih kepada individu yang berjaya mendapatkan 'audio system' yang hebat pada saat - saat akhir...

terima kasih kepada individu yang berusaha mendapatkan lokasi ini, setelah dikhabarkan lokasi yang dirancang pada awalnya mempunyai masalah teknikal...

terima kasih kepada semua individu yang berusaha menghias serta menyiapkan dewan sehingga lewat malam...

terima kasih kepada pihak yang menyediakan hidangan makan tengahari pada hari tersebut begitu juga kepada individu yang menyediakan sarapan pagi...

terima kasih juga kepada individu / pihak yang telah menyediakan tempat penginapan bagi tuan guru haji hasyim bin haji salleh...

tahniah diucapkan kepada pelatih - pelatih yang berjaya dalam ujian ini...

akhir sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis ujian peringkat kebangsaan pada tahun ini...

Wednesday, December 14, 2011

citarasa : lagi . . .

ini pula merupakan lagu yang sama, dari group yang sama cuma, bezanya dari segi rentak, kali ini lagunya berentak reggae... variasi kepada versi asal...


dengan ini ia memberikan kita pilihan untuk memilih antara yang asli atau variasinya yang berentak reggae...

sekarang terpulang kepada anda, pilihan terletak di tangan anda...

Monday, December 12, 2011

metro ahad - peniup semangat nur syazwana . . .

petikan dari metro ahad...

TATKALA bersua muka dengan gadis ini, kelembutannya wajahnya terserlah, apatah lagi bait perkataan disusun sempurna sebelum mulutnya mula berbicara.

Siapa sangka di sebalik semua itu, gadis ini sebenarnya memikul tanggungjawab sebagai jurulatih atau cikgu seni mempertahankan diri silat lian padukan (LP).

Apabila dia mula membuka langkah dan mempersembahkan silatnya, seakan-akan hilang sifat kelembutannya, sebaliknya jelas terukir di wajahnya riak serius.

Namun bagi Nur Syazwana Shahrudin, 23, personalitinya hanya berubah di gelanggang kerana dia perlu serius dan fokus ketika melakukan latihan.

Di luar, personaliti dan wataknya kembali kepada asal kerana itu adalah sifat semula jadinya, malah mereka yang tidak mengenalinya pasti tidak menyangka dia handal dalam seni bela diri itu.

Katanya, mungkin ramai tidak tahu mengenai silat LP kerana ia belum berkembang sepenuhnya biarpun sudah lama bertapak di negara ini.

“Ia mirip silat lain yang wujud di negara ini, yang membezakannya adalah ia tidak mempunyai bunga tari atau penggunaan muzik.

“Menariknya, seni silat ini tidak mempunyai gulingan dan baringan untuk menumpaskan lawan, sebaliknya hanya menggunakan kekuatan pukulan yang lebih dikenali sebagai ‘buah pukol’,” katanya.

Menurutnya, mempelajari LP bukan bermakna dia gemarkan keganasan tetapi sebagai langkah mempertahankan diri bagi mengelak perkara tidak diingini.

Katanya, wanita sering dianggap golongan lemah dan terdedah pada bahaya, oleh itu mereka perlu mempersiapkan diri untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Tidak dapat dinafikan jika melihat gerakan LP, ia ganas dan keras, namun corak latihannya boleh diselaraskan mengikut keselesaan individu.

“Malah, tidak akan hilang ciri kewanitaan jika mengamalkan seni silat LP, sebaliknya akan berasa lebih yakin dan peka terhadap persekitaran,” katanya.

Gadis kelahiran Petaling Jaya ini berkata, setiap orang mempunyai ‘jarak selamat’ tertentu dan jika ada individu tidak dikenali cuba melangkaui jarak itu, akan timbul rasa kurang selesa.

Katanya, sejak mempelajari LP, dia lebih berhati-hati dan sensitif terhadap sebarang unsur yang boleh mendatangkan implikasi buruk pada dirinya, termasuk menceroboh jarak selamatnya.

Minatnya terhadap LP banyak dipengaruhi bapanya yang terlebih dulu bergiat aktif dalam seni bela diri itu. Daripada sekadar memerhati, dia mengambil keputusan mencubanya.

Bagaimanapun, ia tidak semudah disangka, malah corak latihan keras membuatkan dia pernah terfikir untuk mengangkat bendera putih.

Dorongan keluarga dan keinginan melihat lebih ramai wanita terbabit dalam LP bagai meniup semangatnya untuk terus bertahan.

Mempunyai wawasan tinggi dalam LP, dia berhasrat mengembangkan LP ke seluruh pelosok negara dan sudi mengajar mana-mana individu yang ingin mempelajari seni bela diri ini.

“Jika diberi kesempatan, saya ingin menganjurkan program berunsurkan seni bela diri khusus untuk wanita dan tidak keberatan menerima undangan untuk berkongsi ilmu yang saya ada.

“Bagi saya, ilmu dan kemahiran yang saya miliki adalah untuk dikongsi, bukan disimpan untuk kepentingan diri,” katanya.

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
rnorain@hmetro.com.my

Wednesday, December 7, 2011

lokasi baru . . .

disebabkan terdapat beberapa masalah berkaitan teknikal, maka lokasi ujian pada kali ini terpaksa diubah dari help universiti pusat bandar damansara ke seksyen 7 shah alam... harap maklum...

dan kepada pelatih - pelatih yang menghadapi masalah untuk menuju ke lokasi ujian kali ini, harap peta di bawah boleh memberikan sedikit idea dan bantuan kepada anda...


dari tol batu tiga, 'federal highway' menghala ke seksyen 7


dari selatan, melalui lebuhraya utara selatan hubungan tengah (elite) - nilai - klia - dengkil...


dari federal highway melalui simpang padang jawa / uitm, pesiaran kayangan, persiaran masjid, jalan ratna 7/10 - jalan ambar 7/16...

Sunday, December 4, 2011

pembatalan sessi latihan . . .

dimaklumkan bahawa sessi latihan gelanggang kelana jaya, pada hari jumaat malam 9/12/2011 akan dibatalkan kerana keesokkan harinya sabtu 10/12/2011, akan berlangsungnya majlis ujian peringkat kebangsaan...

sehubungan dengan itu, maka pihak urusetia gelanggang kelana jaya akan mengadakan dua sessi latihan intensif pelbagai peringkat pada malam hari isnin (5/12/2011) dan malam hari rabu (7/12/2011)...

bertujuan untuk memperbetulkan serta 'menghaluskan' pergerakkan jurus dan lian serta buah, setiap pelatih yang mengambil bahagian dalam ujian kali ini...

sekian...

Friday, December 2, 2011

citarasa. . .

lagu ini ditulis oleh teddy park, yang merupakan single pertama 'hip-hop/pop girl group' dari kora selatan, 2ne1 (to anyone) yang tidak mengunakan 'auto tune' dan lagu ini adalah untuk individu - individu yang tidak gemar penggunaan music elektronik dan 'house music' yang terlalu keras...

Wednesday, November 30, 2011

j i n t a t . . .

j.i.n.t.a.t, jintat bukanlah sejenis 'jin' yang bernama 'tat', ataupun rempah ratus yang mempunyai kaitan dengan jintan, tapi ianya merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang sering dilakukan ketika sessi latihan di gelanggang...

ada yang kata benda ni sakit, ada yang kata 'stim layan', pada yang kata sakit, sampai berkerut - kerut dahi dan muka menahan kesakitan...

kadang - kadang terfikir, nak juga rasa di'jintat' dan men'jintat' pelatih - pelatih dari johor baru yang diperhatikan latihannya secara dekat oleh tuan guru haji hasyim...

Monday, November 28, 2011

kisah muharam lagi...

apabila tibanya bulan muharam, maka senjata - senjata lama dan baru dunia kepahlawanan, seperti keris, badik, rencong, sewar, tumbuk lada, tombak dan pedang akan dicuci, mengikut adat dan kaedah yang diamalkan sejak dahulu lagi...

ada individu yang melakukannya secara perseorangan dan tak kurang pula yang melakukannya secara berkumpulan...

pihak lian padukan juga tidak ketinggalan dalam acara ini pada tahun ini dan acara ini sudah menjadi acara tahun bagi pengamal lian padukan... pada kebiasaannya hanya pengamal yang memiliki senjata tajam seperti yang disebutkan di atas sahaja menghadiri acara majlis ini...



pemilik 'senjata' seperti di atas ini tidak digalakkan untuk hadir dan 'senjata' seperti ini belum ada pihak yang sanggup dan berani untuk memandikan dan mencucinya...


badik ini diperolehi dari seorang rakan yang ketika itu baru pulang dari 'tanah bugis' dan sekiranya ada keperluan maka ianya juga akan dicuci dan dimandikan...

muharram

selamat tahun baru hijrah 1433, diucapkan kepada semua pembaca blog ini... semoga penghidupan kita semua di dunia pada tahun ini diberkati oleh Allah...

Monday, October 10, 2011

camera rolling... action...


pada hari cuti hari bekerja minggu lepas (hari sabtu dan ahad), telah dijalankan satu sessi pengambaran bagi lian padukan untuk slot siaran rtm di saluran 180 di astro...

tarikh dan waktu siarannya belum diketahui lagi... untuk slot siaran ini, (dikatakan) rancangan ini mengandungi 13 episod, dan setakat hari ini, hanya dua perguruan sahaja yang selesai membuat pengambaran...

untuk hari pertama (sabtu), pengambaran diadakan di studio lian padukan di gombak, bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 9 malam dan pada hari keduanya pula ia diadakan di taman metropolitan kepong, bermula jam 9 pagi selepas bersarapan bersama - sama krew pengambaran dan tamat kira - kira jam 12 tengahari...

bagi ahli - ahli yang baru pertama kali terlibat dalam sessi pengambaran, mungkin ini pengalaman yang berguna bagi mereka, pengalaman yang menguji kesabaran untuk melakukan perkara yang sama berulang kali...

untuk pengetahuan semua, lokasi yang dipilih pada hari kedua ini ada kesamaannya dengan lokasi yang dipilih semasa pengambaran siri human weapon suatu ketika dulu, di kawasan tadahan air / tasik, cuma lokasinya berbeza...

Thursday, September 29, 2011

perubahan . . .

pemberitahuan...

waktu latihan di gelanggang help university, akan diubah ke hari rabu bermula 5 oktober 2011 dan lokasinya juga turut berubah... lokasi baru, bertempat di Activity Hall, Tingkat 1, HELP Residence, Pusat Bandar Damansara...

kepada orang perseorangan dan pelatih yang inginkan maklumat lanjut sila hubungi encik harizan tarmuji 017 3099923 atau email harizant@help.edu.my

Thursday, September 22, 2011

help university majlis hari raya . . .


pada 21 september 2011, pihak lian padukan telah dijemput oleh pihak help university bagi memeriahkan majlis hari raya yang diadakan pada tahun ini...

mengikut perancangan awal, difahamkan bahawa pihak lian padukan merupakan kumpulan yang kedua daripada empat persembahan kebudayaan, namun pada saat - saat akhir dua kumpulan menarik diri dari membuat persembahan... dan pihak lian padukan diminta untuk melakukan persembahan pembukaan...

persembahan, dimulakan dengan jurus perdana, diikuti dengan lian satu, dua dan empat, diikuti pula dengan permainan buah dan diakhiri dengan jurus satu... ke semua jurus dan lian terpaksa diubah sedikit, bertujuan untuk menghormati penonton...

persembahan berjalan dengan lancar dan berjaya mengejutkan penonton dengan aksi - aksi yang ditonjolkan...

selepas selesai persembahan, pihak lian padukan menerima tepukan gemuruh dari penonton dan pihak yang menjemput (en harizan tarmuji) menerima pujian dari pihak atasannya...


Sunday, September 18, 2011

majlis rumah terbuka ahli lian padukan...


pada tarikh 10 september 2011, salah seorang pelatih lian padukan telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan aidil fitri bertempat di kediamannya di taman tun doktor ismail...

rakan - rakan yang terdiri dari ahli - ahli lian padukan dan juga ahli perkerisan yang dikenali dengan nama "pendowo lima" turut hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan... mereka juga turut hadir bersama ahli keluarga masing - masing...

antara hidangan yang menjadi perhatian adalah kambing panggang, walaupun ada hidangan lain antaranya; soto, roti jala dan pelbagai jenis kuih - muih...

majlis ini bermula jam 1:00 petang dan berakhir pada jam 6:00 petang, dan dikhabarkan juga bahawa majlis rumah terbuka ini berakhir secara rasminya pada keesokkan harinya...

juga cerita dari blog tuan rumah :
Majlis Hari Raya Aidilfitri 10hb September 2011

Saturday, September 17, 2011

serbuan sempena hari raya...


pada waktu malam bertarikh 9 september 2011... sebelum bermulanya sessi latihan di gelanggang kelana jaya, beberapa orang dari kami telah melakukan serbuan mengejutkan ke atas rumah abang din di kelana jaya...

serbuan kali ini telah berjaya mengejutkan tuan rumah... pada perancangan awal, serbuan akan dilakukan oleh beberapa orang individu sahaja (+- 5 orang sahaja) namun pada saat akhir, ramai pula menawarkan diri dan ingin turut serta dalam serbuan ini, lebih kurang 15 orang semuanya...

serbuan ini bermula pada pukul 9:00 malam dan berakhir 2 jam berikutnya...

Friday, September 9, 2011

majlis konvensyen & konvokesyen MAGMA 29 mei 2011

. . . itu cerita lama, saya sudah tau dari facebook . . .

memang cerita lama, kisah ini berlaku pada bulan mei 2011, bertempat di kompleks darul puteri, pergerakan puteri islam malaysia...

pada majlis konvokesyen ini tiga individu dari pertubuhan lian padukan telah menerima ijazah kedoktoran (phd) dari "Open International University for Complementary Medicine, Colombo"... tiga individu tersebut adalah...
  • tuan guru haji hasyim bin haji salleh
  • cikgu shahruddin bin ahmad (cikgu din misai)
  • cikgu hishamuddin bin abdul aziz
tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan semoga ada individu lain yang mengikuti jejak mereka ini...

Monday, September 5, 2011

selamat hari raya aidil fitri...

rasanya masih tidak terlalu lewat bagi saya, untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh umat islam...

Wednesday, August 24, 2011

majlis iftar 20 / 8/ 2011


seperti yang diwar - warkan maka pada hari sabtu 20 / 8 / 2011 yang lepas, telah diadakan majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim dan ibu - ibu tunggal dari kampung dato harun...

majlis dimulakan dengan alunan nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid yang terdiri dari anak - anak yatim ini sendiri...

semasa berbuka, hanya juadah ringan yang disediakan seperti buah - buahan, kuih - muih serta sedikit bubur lambok... selepas selesai solat maghrib, dihidangkan pula dengan nasi briyani berlaukan ayam goreng berempah, rendang daging dan udang, beserta dalca, acar timun nenas dan papadom...

...namun papadom hanya tinggal sedikit saja, kerana terdapat seorang remaja yang memakan papadom semasa berbuka, dan perbuatannya itu menjadi ikutan oleh anak - anak yatim dan menyebabkan papadom kehabisan sebelum tiba waktunya...

sebelum bersurai, yakni selepas solat tarawih dan witir, satu majlis penghargaan dan penyampaian sumbangan diadakan kepada ibu - ibu tunggal dan anak - anak yatim ini...

Sunday, August 21, 2011

tekpi : pengaruh ninja turtle . . .

pernahkah anda menonton cerita 'teenage mutant ninja turtle'? dan anda jangan terkejut, sekiranya ramai individu diluar sana yang mengenali tekpi melalui siri cerita ini...

teknik - teknik permainan senjata, khasnya tekpi yang dipertontonkan juga amat menarik... dan ramai juga yang mencuba untuk melakukan aksi - aksi yang ditunjukan oleh rapheal (menggunakan senjata tekpi) dalam siri ini...

oleh itu kita sebagai manusia, jangan lah kita terlalu teruja dan terpengaruh dengan teknik - teknik yang ditunjuk dan dipertontonkan oleh raphael dalam siri animasi teenage mutant ninja turtle ini...

ini bukan disebabkan oleh ninja turtle itu sebuah cerita animasi, tetapi disebabkan oleh mereka hanya ada tiga jari sahaja... jadi teknik yang ditunjukkan itu tidak sesuai untuk kita manusia yang mempunyai lima jari...

Wednesday, August 17, 2011

fenomena lupa . . .

sekiranya anda seringkali menghadapi masalah untuk mengingati atau menghafal setiap pergerakkan jurus, lian mahupun buah - buah yang diajarkan oleh guru - guru semasa di gelanggang, maka faktor pemakanan perlu diambil kira...

anda perlu mengambil makanan atau minuman dari bahan - bahan yang boleh meransangkan minda anda seperti kismis dan susu, sebaiknya susu 'Dumex® Dugro® 6 years & above' kerana ianya mengandungi dha, aa, sa dan taurina yang baik untuk sel otak...

sekiranya masalah ini masih berterusan, ini mungkin disebabkan oleh terdapatnya kebocoran atau 'leaking' pada dinding otak anda dan menyebabkan anda mengalami fenomena ini...

Thursday, August 11, 2011

iftar


iftar bersama - sama dengan anak - anak yatim serta ibu - ibu tunggal, anjuran kariah surau al - aqidah dan gelanggang dr. din misai akan diadakan pada tarikh dan lokasi seperti di bawah:
  • tarikh : 20 ogos 2011 bersamaan 20 ramadhan 1432h
  • lokasi : surau al - aqidah, no.1, jalan ss 7/28, taman kelana indah, kelana jaya
sekiranya ada individu yang ingin turut menyumbang dalam menjayakan majlis ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi dr. din misai 012 - 3272180 atau en. nasrul mohd rashid 013 - 3974849...

marilah kita bersama - sama menjayakan majlis ini...

Saturday, August 6, 2011

permata yang hilang : pak andak wahab bin awang

sebentar tadi saya telah menerima berita kehilangan pak andak abdul wahab bin awang, beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 11:52 pagi tadi... perginya buat selama - lama...

semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... dan diucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dan tabah menghadapi ujian...

al - fatihah...

Wednesday, July 27, 2011

hari - hari terakhir latihan . . .

minggu ini adalah minggu terakhir latihan bagi kebanyakkan gelanggang sebelum menyambut puasa...

kebiasaannya pada bulan puasa aktiviti gelangang akan di hentikan bagi memberi ruang kepada semua pihak menjalankan ibadat puasa pada siangnya di samping ibadat - ibadat yang lain pada waktu malamnya...

di bulan puasa kali ini, saya berharap kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan bersungguh - sungguh, dengan penuh keimanan dan moga - moga kita semua beroleh ketakwaan...

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua...

dan bagi individu - individu yang masih mempunyai banyak tenaga dan nafsu serta ketagihan setelah seharian berpuasa, anda semua dijemput hadir ke gelanggang surau al - akidah pada setiap malam hari jumaat sepanjang bulan puasa ini, bagi memuaskan nafsu serta ketagihan anda...

Monday, July 25, 2011

clip video pertubuhan gerak silat lian malaysia

clip video di bawah ini adalah merupakan video terbaru yang dihasilkan untuk pertubuhan gerak silat lian malaysia...

terpegun saya menyaksikan video ini... gambarnya yang cerah, cahaya yang terang, bunyi dan muzik yang baik begitu juga dengan editing... serba - serbinya baik...

sudah tentu video ini dihasilkan oleh tenaga yang berpengalaman dan professional, dan sekiranya professional maka bayarannya juga perlu setimpal dengan hasil kerja mereka...

terfikir juga untuk membuat clip video promo seperti ini bagi lian padukan, itu pun sekiranya ada kemampuan... khasnya kemampuan dari segi kewangan...

Saturday, July 23, 2011

rukun buah pukul . . .

gelek, gayang, sunting, sendeng, terpa dan turut... ini adalah antara elemen - elemen yang perlu ada dalam sesebuah perguruan buah pukul mersing... samada asli ataupun hybrid mahupun yang fusion...

Wednesday, July 20, 2011

share with me . . .

. . . awak memandang saya dengan begitu serius aaa, bagai ada sesuatu yang bermain di fikiran . . .

Wednesday, July 13, 2011

kesan dari tindakan sendiri . . .

masih aku terasa sehingga ke hari ini kesan dari tindakan sendiri, dengan 'mengatakan saya belum makan' kepada pakmat samurai...

Friday, July 8, 2011

gelanggang surau ad-diniyyah, bandar baru selayang . . .

petua google map dari arah kuala lumpur melalui jalam kuching, juga untuk pengguna mrr2 dari arah damansara...
  1. Take the ramp to Bulatan Batu Caves 400 m
  2. At Bulatan Batu Caves, take the 3rd exit onto the ramp 550 m
  3. Slight left toward Jalan Medan Batu Caves 260 m
  4. Continue straight onto Jalan Medan Batu Caves 200 m
  5. Turn right onto Jalan Medan Batu Caves 1 180 m
  6. Continue onto Jalan Sungai Tua 3.7 km
  7. Turn left onto Jalan 2a/2 220 m
  8. Turn right onto Jalan 2a/5 110 m
  9. Jalan 2a/5

Gelanggang Selayang :
Surau Ad-Diniyyah, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

selangkah ke alam permainan tekpi . . .

tekpi tu apa bro? ...alah, benda yang bercabang dalam citer ninja turtle tu la... pedang ke bro? ...bukan yang itu la... ohhh, yang ada rantai di tengah - tengah tu ke? ...alahai, bukan yang itu la, bentuk dia bercabang... alah, benda ni yang macam elektra guna dalam citer elektra tu... electra? carmen electra ke bro, citer yang mana satu...

aduhai, punyalah payah nak terangkan kepada mereka ini...

permainan tekpi bukanlah susah sangat, tekpi hanya ada dua teknik asas sahaja... teknik 'menyimpan' dan teknik menghunus... itu sahaja... dan bagi saya, jangan disusahkan benda yang mudah... teknik pusing - pusing macam ninja turtle dan teknik pusing - pusing 'wild wild west' yang cantik itu, hanyalah kosmetik semata - mata...

Wednesday, July 6, 2011

k e t a g i h a n . . .

parah, parah... ramai yang mengaku dan mengadu mereka ini dalam keadaan ketagihan yang amat sangat, dan perlukan bantuan untuk pulih...

apakah ada cara untuk mereka ini pulih seperti sediakala, menjadi normal separti individu yang lain? bagaimana pula kaedah pengubatannya? siapa pula yang pakar dalam kaedah perubatan ini...

...hmmm itu la, dulu - dulu orang suruh terus balik rumah lepas solat isyak, tak nak balik... nak tengok orang belatih silat katanya, sekarang ni diri sendiri dah terjebak...

lepas tu, sekarang ni sibuk pula mencari penawar bagi merawat ketagihan mereka ini... parah, parah...

saya rasa, dr din ada penawarnya... pergilah bertanyakan kepadanya akan penawar itu...

Tuesday, July 5, 2011

terbitan dan turutan...

terbitan di sini bukanlah melibatkan kata terbitan ataupun terbitan kata sepertimana terkandung di dalam kamus dewan bahasa ataupun daftar ejaan baru bahasa malaysia keluaran dewan bahasa...

begitu juga halnya dengan perkataan turutan, yang tidak membawa maksud turutan nombor bermula dari 1 selepas itu 2, 3 dan seterusnya ataupun abjad bermula dari a,b,c,d sehingga z akhirnya...

terbitan, adalah perbuatan yang terbit dari satu - satu perlakuan, contohnya, perbuatan siku...

secara silibusnya anda diajarkan dengan teknik siku melintang (horizontal), tetapi bolehkah anda menggunakan kaedah ini sekiranya lawan anda lebih rendah daripada anda, dan bagaimana pula sekiranya lawan anda lebih tinggi, dimana ketinggian anda hanya di paras dadanya sahaja... jadi anda terpaksa menukar teknik siku anda...

turutan pula merupakan perlakuan 'turut' adalah istilah kepada perbuatan mengejar musuh apabila musuh berundur kebelakang ataupun mengelak ke tepi, di dalam kamus buah pukul mersing... dan kebiasaannya dalam perbuatan turut ini akan melibatkan beberapa pergerakkan tangan, dan pergerakkan tangan ini berbeza - beza mengikut pelatih serta pergerakkan lawan...

jadi janganlah anda terkejut sekiranya anda melihat ada pelatih yang berbeza perbuatanya dengan apa yang anda biasa lihat...

Monday, July 4, 2011

kehadiran buat kali kedua . . .

alhamdulillah, syukur, pelatih - pelatih kecil ini kembali ke gelanggang kelana jaya buat kali keduanya... dan pada minggu ini, mereka dilatih oleh jurulatih pilihan mereka sendiri...

kata salah seorang dari mereka "ibu, abang ni hensem la"...

Tuesday, June 28, 2011

pelatih kecil . . .

'kita nak buat macamana ni... alah kita belasah jer lah...' mungkin itulah antara dialog mereka ini... mereka ini hadir di gelanggang pada malam itu, ditemani oleh ibu dan bapa mereka...

dan mereka juga agak terkejut dan malu - malu untuk 'meniru' segala perbuatan dan pergerakkan yang dilakukan semasa latihan dijalankan... harap - harap mereka ini hadir untuk minggu - minggu yang seterusnya...

Sunday, June 26, 2011

perancangan dalam waktu yang terdekat ini . . .

dalam waktu yang terdekat ini, saya merancang untuk mendapatkan beberapa bilah pisau dan beberapa buah 'safety goggles' seperti dalam gambar di bawah untuk kegunaan pelatih semasa latihan...


semua ini hanya perancangan saya dan ianya juga tertakluk kepada kedudukan ekonomi semasa saya...

Saturday, June 25, 2011

fuzzy logic . . .

kita biasa mendengar perkataan buah menunggu dan buah mendulu setiap kali berlatih di gelanggang...

buah menunggu dikategorikan sebagai kaedah menunggu serangan dari pihak lawan sebelum kita bertindak menumpaskannya...

manakala buah mendulu pula bertentangan dengan kaedah buah menunggu, dimana keadahnya mendahului serangan ke arah musuh dan menumpaskan lawannya tanpa memberikan peluang kepada lawannya untuk menyerang...

bagaimana pula kisahnya dengan buah mendulu yang mengumpan buah menunggu lawan dan menumpaskan lawannya selepas itu... bolehkah buah ini dipanggil buah fuzzy?...

Thursday, June 23, 2011

faham fahami bukan fahmi...

khatam bagi yang faham...
kalau tak faham, faham - faham sajalah...

Sunday, June 19, 2011

gelanggang kelana jaya 'diserang' lagi..


pada minggu ini pula, gelanggang kelana jaya diserang dengan hebatnya oleh kontingen bukit sentosa yang diketuai oleh pendita tokpin...

inilah kali pertama gelanggang kelana jaya diserang oleh kontingen bukit sentosa, kontingen ini telah dilatih oleh pendita tokpin selama hampir dua tahun...

dan inilah kali pertama bagi mereka ini merasai pengalaman berada di gelanggang kelana jaya, dan juga merasai tunjuk ajar dari abang din...

selain itu juga, kehadiran pada kali ini agak memeranjatkan sehinggakan tiada ruang yang dibiarkan kosong...

dan untuk memberi ruang serta peluang kepada kontingen bukit sentosa untuk berlatih, tokpin mengorbankan dirinya dengan berlatih di buaian besi..