Tuesday, June 28, 2011

pelatih kecil . . .

'kita nak buat macamana ni... alah kita belasah jer lah...' mungkin itulah antara dialog mereka ini... mereka ini hadir di gelanggang pada malam itu, ditemani oleh ibu dan bapa mereka...

dan mereka juga agak terkejut dan malu - malu untuk 'meniru' segala perbuatan dan pergerakkan yang dilakukan semasa latihan dijalankan... harap - harap mereka ini hadir untuk minggu - minggu yang seterusnya...

Sunday, June 26, 2011

perancangan dalam waktu yang terdekat ini . . .

dalam waktu yang terdekat ini, saya merancang untuk mendapatkan beberapa bilah pisau dan beberapa buah 'safety goggles' seperti dalam gambar di bawah untuk kegunaan pelatih semasa latihan...


semua ini hanya perancangan saya dan ianya juga tertakluk kepada kedudukan ekonomi semasa saya...

Saturday, June 25, 2011

fuzzy logic . . .

kita biasa mendengar perkataan buah menunggu dan buah mendulu setiap kali berlatih di gelanggang...

buah menunggu dikategorikan sebagai kaedah menunggu serangan dari pihak lawan sebelum kita bertindak menumpaskannya...

manakala buah mendulu pula bertentangan dengan kaedah buah menunggu, dimana keadahnya mendahului serangan ke arah musuh dan menumpaskan lawannya tanpa memberikan peluang kepada lawannya untuk menyerang...

bagaimana pula kisahnya dengan buah mendulu yang mengumpan buah menunggu lawan dan menumpaskan lawannya selepas itu... bolehkah buah ini dipanggil buah fuzzy?...

Thursday, June 23, 2011

faham fahami bukan fahmi...

khatam bagi yang faham...
kalau tak faham, faham - faham sajalah...

Sunday, June 19, 2011

gelanggang kelana jaya 'diserang' lagi..


pada minggu ini pula, gelanggang kelana jaya diserang dengan hebatnya oleh kontingen bukit sentosa yang diketuai oleh pendita tokpin...

inilah kali pertama gelanggang kelana jaya diserang oleh kontingen bukit sentosa, kontingen ini telah dilatih oleh pendita tokpin selama hampir dua tahun...

dan inilah kali pertama bagi mereka ini merasai pengalaman berada di gelanggang kelana jaya, dan juga merasai tunjuk ajar dari abang din...

selain itu juga, kehadiran pada kali ini agak memeranjatkan sehinggakan tiada ruang yang dibiarkan kosong...

dan untuk memberi ruang serta peluang kepada kontingen bukit sentosa untuk berlatih, tokpin mengorbankan dirinya dengan berlatih di buaian besi..

Saturday, June 18, 2011

malam semalam bermalam . . .

buah tujuh hari dikenali juga dengan panggilan buah / pukulan seminggu dan diamalkan oleh beberapa perguruan yang terdapat di malaysia pada hari ini...

dan ada juga individu memanggilnya dengan buah hari - hari, kerana ianya dilatih setiap hari...

manakala buah / pukulan tidak bermalam pula merupakan buah / pukulan yang bertalu - talu tanpa memberikan peluang kepada pihak lawan untuk membalas serangan...

persoalannya sekarang ini, bolehkan buah / pukulan tidak bermalam ini dipanggil buah / pukulan 24 jam?

penyelarasan kadar yuran bulanan...

setelah berbincang dengan seorang ahli lama di gelanggang kelana jaya beliau menyarankan bahawa kadar yuran bulan gelanggang perlu diselaraskan kepada kadar baru, yakni 'rm50 / bulan' daripada kadar asal berkuatkuasa semalam, jumaat 18 / 6 / 2011...

dan mulai hari ini, pelatih mempunyai 2 pilihan untuk menjelaskan yuran bulanan mereka, pertama dengan menjelaskan yuran tersebut secara bulanan atau menjelaskannya secara tahunan kepada individu yang dilantik...

untuk kaedah secara tahunan, yuran perlulah dijelaskan pada bulan pertama bermulanya sessi latihan bagi pelatih tersebut, dan kadar yang dikenakan adalah sebanyak 'rm500 / tahun' (diskaun rm100)...

kami berharap kadar yang baru yang diperkenalkan ini tidak membebankan pelatih...

Sunday, June 12, 2011

peristiwa selepas 'banjir'. . .


selepas berakhirnya sessi latihan kira - kira jam 12:30 pagi, kesemua pelatih dikerah untuk pergi ke as-safa untuk satu program yang dirahsiakan dan dirancang serta dikawal rapi...

program ini adalah program untuk meraikan abang din misai sempena kejayaan beliau menamatkan pengajian peringkat phd beliau, yang memberikan beliau gelaran doktor dan juga sempena menyambut hari kelahiran beliau...

program ini dicetuskan oleh anak sulung beliau dan kami cuba sedaya upaya merancang untuk menjayakan program ini, tanpa pengetahuan tuan empunya badan dan ternyata perancangan ini membuahkan hasil...

selamat ulang tahun dan tahniah diucapkan kepada dr. 'din misai'...

gelanggang dilanda banjir . . .


disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan dibantu pula dengan pengaruh lanina, serta pengaruh angin monsun... pada jumaat malam,10/6/2011, gelanggang kelana jaya telah dilanda banjir...

dibanjiri oleh pelatih - pelatih baru dan juga pelatih - pelatih lama yang sudah lama menyepikan diri... dengan kehadiran yang begitu memberansangkan, suasana gelanggang menjadi meriah dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia, sehinggakan tidak terlayan kesemua 'tangan' yang ada, kebanyakkan pelatih hanya mampu melayan 1/3 sahaja...

disebabkan kehadiran yang diluar dugaan, gelanggang kelana jaya ini dirasakan seolah - olah terlalu sempit untuk memuatkan kesemua pelatih yang hadir...

Sunday, June 5, 2011

konvensyen & konvokesyen seni beladiri MAGMA 2011 : pok yee

facebook : mohd asnan

di majlis ini, konvensyen & konvokesyen seni beladiri MAGMA 2011, guru utama perguruan gerak silat lian malaysia, tuan guru nazri bin hussin atau lebih dikenali dengan panggilan pok yee, menerima anugerah 'merit of excellence' bersama - sama 17 individu yang lain...

kehadiran pok yee dari pahang juga ditemani oleh 'pendekar - pendekar' handalan beliau ...

Thursday, June 2, 2011

konvensyen & konvokesyen seni beladiri MAGMA 2011 : pak mat samurai


kehadiran pak mat samurai berjaya mencuri perhatian pengamal - pengamal buah pukul yang berada di dewan ini... sebenarnya kehadiran beliau tidak dirancang oleh beliau...

pak mat baru pulang ke tanahair pada 25/5/2011 dari sri lanka, dan ketika berada di ibu kota, lokasinya masjid setiawangsa, pak mat telah dihubungi oleh dr azlan ghani untuk menjemput pak mat ke majlis ini...

saya juga sempat berbual ringkas dengan pak mat ketika waktu rehat makan tengahari, sekadar bekenalan dan mengenalkan diri...

dan dengan 'rakusnya' saya katakan kepada pak mat yang saya bersahabat dengan 'master cfu'...

kata pak mat 'master cfu' tak mengajar, yang mengajar cikgu din kat situ'...

... sambung saya lagi, 'hari tu saya jumpa cikgu din, nak minta belajar, dia suruh pegi tanya pak mat'...

'tak payah tanya - tanya pegi je belajar' sambung pak mat lagi...

(yes, yes, yes)

kepada 'master cfu', maaf sebab terpaksa guna pengaruh anda..