Monday, January 31, 2011

coretan din gondrong, episod 2

alhamdulillah saya belajar dengan mereka semua sampai habis ke semua lian fesyen lama yang awak semua kata original. ok saya tak nafikan memang buah pukul mersing pesen lama memang ‘very best of the best’, akan tetapi apabila saya telah memiliki lian padukan subhanallah, rupa - rupanya ilmu yang Allah kurniakan pada pakmat kedidi jauh lebih ‘advance’ dari bekas - bekas guru lama saya.

walau macamanapun sebelum saya berguru dengan pakmat kedidi saya telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari bekas - bekas guru lama saya. malah guru - guru lama saya dengan penuh keikhlasan memuji - muji pakmat kedidi kerana mereka awal - awal lagi dah mengetahui siapa sebenarnya pakmat kedidi, kerana mereka juga pernah seguru buah pukul mersing dengan pakmat kedidi dan di masa itulah mereka diberitahu oleh guru – guru terdahulu seperti chu aman, sani abu samah, awang langgar, awang tarip, mandor hamzah, ali pokching dan ramai lagi. semua mereka - mereka ini pernah menjadi guru kepada pakmat kedidi dan mereka - mereka ini lah yang membuat pengakuan bahawasanya pakmat kedidi adalah pilihan illahi.

malah nama gelaran kedidi itu pun diberi sendiri oleh pakcik sani bin abu samah kepada pakmat kedidi kerana kepantasannya ibarat burung kedidi mematuk padi. sebenarnya di antara rakan - rakan seperguruan pakmat kedidi dulu - dulu pun memang tak dinafikan ada yang ‘jealous’ dengan pakmat kedidi. maka apabila ada peluang untuk nak mengutuk, mereka - mereka ni tak nak lepas peluanglah nak mengutuk dan cuba untuk menjatuhkan nama pakmat kedidi kerana mereka sedar yang pengaruh pakmat kedidi semakin merebak. tapi tak semua yang membenci pakmat kedidi malah ramai lagi guru - guru buah pukul mersing masih tabik lagi pada pakmat kedidi.

macam ni lah, kita yang muda - muda ni kita ambil jalan penyelesaian. begini, cuba kita renung - renungkan kenapa Allah gerakkan pakmat kedidi buat ni semua? mesti ada sebabnya, tapi janganlah pula awak tuduh dia nak cipta nama lah, nak glamour lah dan macam - macam lagi awak nak tuduh dia, tidak kah awak terfikir suatu ketika dahulu orang melayu tak pakai baju, tak tahu baca buku, berak tepi sungai tak ada tandas yang sempurna dan macam - macam lagi kekurangan, sedar tak itu semua? tapi semakin hari kita semakin bertambah maju.

baiklah saya nak awak semua kenang dan ambil iktibar dari apa yang dah dilakukan oleh pakmat kedidi, itu sebenarnya adalah satu pertambahan dan mungkin beberapa perubahan akan tetapi syukur alhamdulillah pakmat kedidi tak lari dari realiti malah tetap dengan identiti buah pukul iaitu "hendak mengena taknak kena" tetap dengan penumbuk dan perisai sebagai lambang buah dan pukul, kelebihan yang ditambah oleh pakmat kedidi ialah kalau masa saya belajar buah mersing dulu, bila kita tumbuk orang tepis kita lapis, tapi konsep lian padukan pula lain, caranya iaitu orang tak tepis pun kita tetap lapis punya, sebab bila kita titik perisai dah sampai dan lagi dalam soal gelek lian, ada tak awak perasan cara buah pukul dulu menggelek masuk, dengan cara lian padukan menggelek masuk. agak - agak siapa punya cara lebih efektif?

kalau awak semua paham apa yang dimaksudkan dengan "dua gerak tiga ruat" awak perhatikan betul - betul bukan saya nak menyalahkan buah pukul mersing, tapi kalau betul kenapa tak buat? kenapa tak ada? kenapa tak ajar? maknanya dalam hal ini siapa yang menipu? kalau lah awak orang semua kata dalam buah pukul mersing dah ada semua ni ya! ya! ya! tapi kenapa saya tak diajar masa saya khatam buah pukul mersing dulu?

tak payah lah nak membebel. main tekpi pun banyak yang tak reti, tapi gantung tekpi banyak pulak kat dinding. kalau pun yang dah pandai mengajar pusing - pusing tekpi tu pun, tanyalah, dia belajar dengan siapa? pakmat samurai sendiri pun belajar dengan pakmat kedidi tau tak?

bersambung . . .

coretan din gondrong, episod 1

kisah ini bermula begini...

assalaamualaikum w.b.t. terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri, nama saya yang sebenar ialah zaharruddin bin alias tapi panggil saja saya (abang) din gondrong kerana nama itu diberi sendiri oleh pakmat kedidi masa tu pada tahun 1985. ketika tu saya mula mengikuti kelas lian padukan yang dipimpin oleh arwah razak bin syarif (menantu arwah pakmat) di gelanggang dewanraya kampong melayu majidi. oleh kerana pada masa tu trend menyimpan rambut panjang, maka dengan itulah saya digelar din gondrong oleh pakmat kedidi.

beberapa hari yang lepas saya telah dihubungi oleh taiko - taiko lian padukan kuala lumpur, mereka menyuruh saya buat kenyataan dalam website ni (cvt harmoniser). pada mulanya saya tak ingin kerana kita kan dah ada website sendiri kenapa nak menyibuk masuk web orang lain? tapi pasal yang suruh ni pun orang alim, maka saya sanggup buat apa saja untuk maruah pakmat kedidi dan lian padukan insyaAllah.

di sini saya mengambil kesempatan untuk menjawab semua kemusykilan pasal lian padukan. cuma saya harap jangan pula ada yang berkecil hati atau tersinggung dengan kata - kata saya nanti.

kenapa ada di antara kamu yang mengatakan lian padukan johor bahru dah tutup? salah tu, saya masih aktif, malah kelas saya semakin bertambah dan keahlian di taman tun aminah skudai, dan kelas di rumah haji hasyim di johor jaya memang tak pernah tutup. tiap - tiap hari rabu masih ‘on’ malah sudah bersilih ganti murid – muridnya. kerana haji hasyim ajar cepat dan dia cuma ajar intipati lianpadukan sahaja sebab itu orang suka pergi belajar dengan dia.

cuma masalahnya almaklum maklum aje lah tuan haji kita tu jarang - jarang ada rumah. sibuk memanjang. orang ada lebih orang rumah lah katakan, saya pun geram jugak dengan dia tu. kalau nak jumpa kena buat appointment betul - betul kalau tak, jenuhlah kita duduk menunggu di rumah dia. nasib baiklah saya rapat dengan anak - anak dan isteri - isteri beliau, kalau tak bosan jugak kerana kadang - kadang dia tak balik - balik langsung, kalau hari sabtu ahad jangan harap dia ada di rumah lebih - lebih lagi sejak dia sudah jadi ahli kelab motor kembara tengku mahkota johor, sikit - sikit pergi istana lah, tuanku titah lah.

jadi oleh kerana dia selalu tak ada di rumah, orang - orang ingat dia dah tutup kelas buah pukul nya, oh tidak! lian padukan itu adalah seperti nyawa dia sendiri. saya tahu lah kerana saya dah berpuluh tahun berkawan karib dengan dia, bukan tutup cuma dia dah tak berapa aktif berpersatuan lagi sejak persatuan lian padukan johor dipecah belahkan oleh pengkhianat - pengkhianat dan lakhanat - lakhanat yang tak tahu mengenang budi dan tak sedar diri.

ok kita bukak cerita pasal ada pula orang pandai – pandai nak menuduh pakmat kedidi tu penipu. tahu tak awak semua bahawasanya pakmat kedidi tu sebenarnya genius buah pukul? fikiran beliau yang canggih, kreativitinya belum ada lagi guru - guru buah pukul yang ada pada hari ini dan yang hidup sezamannya, masyaAllah, belum ada lagi yang boleh menandinginya lagi dari segi ketangkasan, kepandaian, kecantikan lian dan kepaduan. pendek kata segala apa yang dilakukan, adalah semakin memperbaiki dan semakin menaikkan lagi taraf darjat buah pukul. saya bukan nak mengampu atau membodek pakmat kedidi tetapi apa yang saya katakan ini adalah ikhlas kerana Allah, sebelum saya menyertai lian padukan, saya dah berguru dengan ramai guru - guru buah pukul. maklumlah johor dulu - dulu kan sarang buah pukul, salah seorang guru saya ialah mat belantek, budin pawang buaya dan hasan husin pandan.

bersambung . . .

Friday, January 28, 2011

cerita lama, sejarah untuk tatapan semua...

apa yang akan saya paparkan kali ini adalah hasil coretan salah seorang orang lama dalam lian padukan, coretan ini telah saya simpan selama hampir empat tahun... dan mungkin akan disiarkan secara bersiri...

nantikan kemunculannya...

bagi yang tertanya - tanya, begini permulaan coretannya 'Assalaamualaikum w.b.t. terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri, nama saya yang sebenar ialah zaharruddin bin alias tapi panggil saja saya (abang) din gondrong kerana nama itu diberi sendiri oleh pakmat kedidi masa tu pada tahun 1985. ketika tu saya mula mengikuti kelas lian padukan yang dipimpin oleh arwah razak bin syarif (menantu arwah pakmat) di gelanggang dewanraya kampong melayu majidi. oleh kerana pada masa tu trend menyimpan rambut panjang, maka dengan itulah saya digelar din gondrong oleh arwah pakmat kedidi'...

nota : pada ketika coretan ini ditulis, pakmat kedidi masih lagi hidup, jadi tiada penggunaan perkataan arwah pada nama pakmat kedidi... beberapa perkataan juga telah diedit, begitu juga dengan penambahan tanda koma (,) dan titik (,) bagi tujuan memudahkan pembacaan...

Saturday, January 22, 2011

Raja buah pukul dari selatan . . .

PERNAHKAH anda mendengar mengenai seni bela diri Lian Padukan yang berasal dari Yunan, China? Walaupun ia bukanlah seratus peratus silat Melayu, Lian Padukan kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat semenanjung Malaysia sehingga mendapat gelaran raja buah pukul dari selatan.


Lian Padukan dibawa ke Tanah Melayu oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18 yang juga merupakan pengasas kepada aliran tersebut.

Insiden yang berlaku di pelabuhan Singapura pada ketika itu di mana, Syed Abdul Rahman bertempur dengan lapan orang penarik lanca akibat perselisihan faham akhirnya mendapat perhatian pihak Istana Johor ketika itu.

Pada ketika itu juga, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni bela diri dipelajari di Singapura. Maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor.

Mulai saat itulah, kaedah seni bela diri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar turut sama menuntut.

Lian Padukan mengandungi empat pergerakan asas yang dipanggil jurus dan melaluinya, pengamal akan mempelajari teknik-teknik menggunakan perisai, penumbuk, siku, lutut dan kaki.

Perisai merupakan penggunaan tangan dalam kedua - dua pergerakan menyerang dan menangkis untuk menyekat pergerakan lawan secara berkesan di samping berkebolehan untuk menahan sama ada dalam keadaan bergerak.

Perisai juga antara teknik yang paling penting dalam Lian Padukan dan digunakan pada semua peringkat pelajaran dan kemahiran.

Setelah selesai peringkat jurus, penuntut akan naik ke peringkat lian. Dalam Buah Pukul, lian bermaksud pergerakan, sama seperti konsep kata dalam karate atau gaya dalam seni bela diri Cina.

Terdapat empat peringkat lian dengan setiap peringkat dan ia turut mengandungi empat Lian untuk dikuasai.

Pada peringkat itu, penuntut diperkenalkan kepada teknik - teknik dan aplikasi - aplikasi tertentu yang berkaitan dengan setiap lian.

Oleh itu, tahap kemahiran penuntut akan meningkat sewaktu memahirkan diri dengan penggunaan setiap lian.

Dalam lian juga, penuntut bakal mempelajari teknik dan taktik seperti rebut (mematahkan pertahanan lawan), reju (tekanan berterusan ke atas lawan), turut (mengikut arah pergerakan lawan), titik (mematahkan serangan tangan lawan) dan makan gerak (serangan memotong gerak lawan).

Ketika sedang mengamati gerak langkah yang dipersembahkan oleh para pendekar Lian Padukan, penulis dapati yang kaedah seni bela diri itu lebih banyak menekankan corak mendahului serangan daripada menanti serangan.

Konsep inilah yang menjadi matapelajaran teras dan tidak jauh berbeza daripada konsep Buah Pukul yang asal.

Secara asasnya, Lian Padukan mengajar cara serangan yang terus dan agresif.

Intisari Lian Padukan terletak pada kebolehan pengamalnya untuk melancarkan teknik makan gerak kepada lawannya di mana pengamalnya akan menyebabkan lawannya gagal melancarkan sebarang bentuk serangan ataupun menahan.

Sekali pengamalnya bergerak dan menyerang dalam jarak dekat, ia akan berterusan memberi tekanan melalui rangkaian serangan yang akan memusnahkan pertahanan lawan sehingga betul - betul menguasai keadaan.

Pengamal Lian Padukan hanya akan berhenti menyerang setelah lawannya benar - benar telah dikalahkan iaitu sehingga jatuh.

Oleh itu, Lian Padukan bukanlah satu seni yang pasif atau bertahan, tetapi lebih kepada proaktif, agresif dan berbahaya.

Guru Utamanya, Muhammad Hasyim Muhammad Salleh berkata, asas seni bela diri aliran Lian Padukan berlainan dengan seni bela diri yang lain.

"Lian Padukan digunakan untuk melatih pergerakan lapan anggota utama badan manusia terutama kaki dan tangan. Ia juga menitik beratkan pergerakan yang lebih mengikut logik dan praktikal yang mementingkan gaya dan langkah yang tersusun," katanya.

Menurutnya, seni bela diri Lian Padukan agak berlainan dengan silat mahupun seni bela diri yang lain.

"Ini kerana, Lian Padukan lebih mengutamakan pernafasan, kecergasan dan latihan bagi menguatkan lapan anggota utama badan manusia. Dengan bantuan latihan yang bersungguh-sungguh, pengamal Lian Padukan mampu menangkis sebarang serangan daripada musuh," jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lian Padukan sila layari laman www.lianpadukan.com atau hubungi Setiausaha Persatuan Seni Silat Lian Padukan, Md. Hishamudin Aziz (Mat Giant) di talian 016-7027449.

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH

Friday, January 21, 2011

kontroversi . . . jawapnya pula . . .

ini pula merupakan video yang menjawab persoalan yang dilemparkan dalam video yang sebelum ini...


ada individu yang mempertikaikan tentang video ini, tentang pengambaran dan tukang video dengan pelbagai tuduhan yang dirasakan berasas kepada dirinya...

kontroversi

baru baru ini lian padukan dilanda kontroversi yang mengutarakan pelbagai isu, antara isunya seperti di dalam video ini...


dalam keratan video ini, pak raja haji ali mengatakan bahawa haji hasyim tidak belajar dengannya dan cuma datang untuk bertanya sahaja... hm, bukankah bertanya juga merupakan proses pembelajaran?

adatnya, apabila sudah belajar dan tahu, kita hanya perlu bertanya - tanya kepada yang ahlinya untuk memperbetulkan dan memperbaiki apa yang dirasakan kekurangan dalam apa yang kita miliki...

di sini mungkin ada benarnya, (kata - kata thomas) oldskool hanya ada 12 lian sahaja, ke mana sahaja kita pergi (johor, mersing, kluang, muar, batu pahat) hanya ada 12 lian sahaja, dan apa yang perlu hanyalah bertanya untuk memperbetulkan 12 lian ini sahaja...

thomas : "blaja tu biasanya org refer pd yg start dr awal, klau datang tanya2 tu makna nya dah pandai, jauh taraf tu, benda lian ni ada 12 je pegi la mana2 guru 12 je itu pun klau nasib baik dpat 12, biasanya 11 je, kira power la tu gi tnya2 pak raja 2 3 kali dah bole khatam".

Wednesday, January 19, 2011

latihan sempena cuti thaipusam...

memandangkan esok merupakan hari cuti umum (thaipusam) bagi kebanyakkan tempat, dan bagi mereka - mereka yang berada di lembah kelang dan tiada kaitan dengan perayaan thaipusam ini, anda digalakkan menghadirkan diri di gelanggang kelana jaya pada malam ini...

sambil kita berlatih, kita minum kopi...

Tuesday, January 11, 2011

cakap la apa nak cakap, tulis la apa nak tulis, kata la apa nak kata, buat la apa nak buat sekali pun... agak - agak bila dah penat nanti berhenti la tu...

Friday, January 7, 2011

persamaan dalam kelainan, lagi . . .

clip video ini menunjukkan arwah pak mat kedidi melakukan 'lian', pada pandangan saya lian ini adalah lian 1... sekiranya betul pandangan saya maka ini merupakan lian 1 version 1.0...



jika dibandingkan dengan lian 1 yang terdapat dalam sistem pembelajaran lian padukan dan yang diajarkan sekarang ini, terdapat beberapa perbezaan dalam langkah dan pegerakkannya...

begitu juga jika lian ini dibandingkan dengan lian 1 yang ditunjukkan oleh pak andak wahab (saya masih mencari clip videonya)...

berbalik kepada clip video di atas, jika dibandingkan dengan sekarang terdapat 2 perbezaan yang ketara, pertama; arah pusingan dan keduanya; perbuatan 'turut' yang mengakhiri setiap 'muka'...

persamaan yang ketara yang ada sehingga kini, pertama; gelek serta langkahan dan keduanya perbuatan 'simpan'nya...

Tuesday, January 4, 2011

harapan dan harapkan . . .

harapan saya pada tahun ini, supaya dapat diadakan kursus - kursus bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kefahaman setiap pelatih...

kursus yang menghalusi setiap gerakan dan tapak serta buah dan lapis ssetiap pelatih... kalau boleh, mulakan lah dengan peringkat jurus diikuti pula dengan lian, lian peringkat 1 dan seterusnya...

kemudian diikuti dengan pula dengan kursus kejurulatihan, bagi tujuan untuk memantapkan lagi teknik pembelajaran dan pengajaran kepada pelatih...

sekiranya dapat kursus - kursus ini dijalan pada setiap bulan...

saya juga harapkan pihak yang berwajib / yang bermurah hati dapat merancang dan mengadakan kursus ini sebagaimana kursus - kursus yang pernah diadakan sebelum ini...

Monday, January 3, 2011

perubahan hari latihan...

pengumuman, hari latihan bagi seluruh bandar tasik puteri dan kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya, telah ditukarkan dari hari sabtu ke hari ahad berkuatkuasa semalam...

pertama di tahun baru 2011

rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini... semoga di tahun baru ini, kita beroleh rahmat, keselamatan, kebahagiaan dariNya...