Wednesday, December 22, 2010

rahsia '11 secret herbs and spices'...

'11 secret herbs and spices' ini adalah kata - kata yang biasa yang kita dengar setiap kali berkumandang iklan - iklan kfc, samada di radio ataupun tv... adakah kita tahu apakah ke sebelas sebelas bahan yang dimaksudkan?

adakah pihak kfc menyenaraikan kesemua bahan yang dimaksudkan? tak pernah bukan... sebab, ianya rahsia...

kita juga membenarkan pelatih - pelatih mengambil gambar dan video pelajaran di dalam gelanggang, bagi tujuan pelatih mengulangkaji dan melihat semula pelajaran yang diajarkan...

semua ini adalah rahsia, dan semua maklum rahsia hanya diberikan dan ditunjukkan hanya kepada pelatih - pelatih sahaja...

jadi, perlukah rahsia ini disebar satu dunia melalui dunia tanpa sempadan?

kesal juga bila terjadi perkara sebegini...

sudahkah, kaki dan tangan anda, sambungan...

sudahkah kesemuanya mampu anda lakukan?
adakah anda pasti anda sudah mampu lakukannya, atau ianya hanya anggapan anda sahaja?
sekiranya anda mampu lakukannya, apakah buktinya?
adakah anda terpaksa memasukkan tangan kiri anda ke dalam kocek seluar untuk mengelakkan ianya 'bergerak sendiri'?
adakah tangan kiri anda 'bergerak sendiri' ketika anda keluar dari lif?
adakah dalam keadaan - keadaan tertentu, anda terpaksa memegang pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan untuk mengawal dan mengelakkan ianya dari 'bergerak sendiri'?

sekiranya, anda sudah sampai ke peringkat ini, ini bermakna anda berada dalam kategori yang amat bahaya dan anda perlu diubati dengan segera...

Tuesday, December 21, 2010

temuramah, ramah mesra...

ini adalah antara 'clip' temuramah yang diadakan semasa majlis ujian peringkat kebangsaan tempoh hari... temuramah ini dilakukan oleh pihak stealth org...



Monday, December 20, 2010

lian untuk dinikmati...

lian bukan sekadar pantas dan laju, dan bukan juga untuk menunjuk handal dan ganas, cuba lakukan dengan tertib, cuba ambil masa untuk melakukan lian, hayati setiap pergerakkan tangan dan langkahan dalam lian, tak kiralah lian yang mana satu kita lakukan...

kata orang, lian itu untuk dinikmati...

Monday, December 13, 2010

sessi pertama di awal tahun baru



malam ini (malam 10/12/2010) merupakan sessi kelas yang pertama bagi gelanggang kelana jaya pada tahun hijrah 1432 ini...

untuk malam ini, terdapat 3 pelatih baru (mereka ini masih lagi di peringkat asas / permulaan), mereka ini diberikan perhatian yang lebih dan diperbetulkan setiap pergerakkan yang mereka lakukan...

manakala pelatih - pelatih peringkat lian, mereka diajarkan lian peringkat 1 oleh pelatih - pelatih yang telah melepasi ujian lian peringkat 1 baru bau ini (mengajar sambil belajar)...

authentic

di dalam permainan buah pukul mersing terdapat permainan sunting dan sendeng, dan buah pukul mersing bukan lah merupakan permainan sunting dan sendeng yang authentic yang dimainkan sejak dahulu, ia adalah gabungan kedua – dua permainan itu...

namun buah pukul mersing juga mempunyai keaslian permainannya yang dipelihara sejak dahulu lagi...

permainan lian padukan pula bukan lah merupakan permainan buah pukul mersing yang asli yang diamalkan sejak dahulu, namun lian padukan juga mempunyai keasliannya yang tersendiri, tetapi adakah kita mengamalkan permainan lian padukan yang benar – benar authentic?

Thursday, December 2, 2010

sudahkah, kaki dan tangan anda...

setelah anda menjalani latihan selama berbulan - bulan malah ada yang sampai bertahun - tahun, bersama guru - guru yang diiktiraf;
  1. sudahkah pergerakkan tangan kiri anda lebih pantas dan laju dari tangan kanan anda?
  2. sudahkah tangan kiri anda mencapai dan mempunyai kekuatan yang setara dan menyamai tangan kanan anda?
  3. sudahkah tendangan dan sepakan kaki kiri anda sepantas kaki kanan?
  4. bagaimana pula dengan perbuatan melutut anda? sudahkah melutut kiri anda sepantas melutut dengan kaki kanan?
  5. begitu juga dengan menyiku...
sudahkah kesemuanya mampu anda lakukan? atau... kesemua anggota kiri anda masih kekok melakukan kesemua pergerakkan yang dinyatakan?