Monday, May 30, 2011

berita di utusan malaysia . . .

KUALA LUMPUR 29 Mei - Seramai 46 guru silat dan seni mempertahankan diri tempatan menjadi kumpulan pertama menamatkan pengajian seni bela diri yang julung-julung kali diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Program yang ditawarkan oleh Akademi Beladiri Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) itu mendapat kerjasama Universiti Terbuka Asia Pasifik yang beroperasi di California, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Presiden MAGMA, Datuk Baharom Kamari, pihaknya menawarkan pengajian seni bela diri di peringkat diploma hingga doktor falsafah (PhD).

Untuk menyertai program pengajian itu, kata beliau, calon perlu melibatkan diri dalam perguruan seni bela diri bagi tempoh tertentu dan mengikuti kursus-kursus anjuran MAGMA yang meliputi 70 peratus dari segi praktikal manakala 30 peratus lagi teori dan kuliah.

"Ini kali pertama fakulti pengkhususan dalam bidang seni bela diri diwujudkan dan kita berharap mampu menjadikan Malaysia sebagai hab seni mempertahankan diri dunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Konvensyen dan Konvokesyen Dunia Seni Beladiri di sini hari ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Pada majlis itu, seramai 20 graduan PhD seni bela diri dan empat graduan PhD dalam bidang perubatan komplementari menerima sijil masing-masing manakala 14 graduan mendapat ijazah sarjana; enam (sarjana muda) dan sembilan (diploma).

Baharom berkata, pihaknya kini membuka pengambilan baru dan telah menerima 40 permohonan bagi sesi kemasukan Jun ini.

sudah tiba . . .

inilah hari yang dinanti - nantikan...


cerita bergambar berkenaan majlis ini akan menyusul tidak lama lagi...

Friday, May 27, 2011

menghitung hari . . .

baju melayu sudah dibeli...
songkok sudah lama tersedia...
samping juga sudah tersedia...

hanya menunggu harinya sahaja...

: pah, butang baju melayu aku mana da...

Tuesday, May 17, 2011

musim agaknya . . .

sejak berakhirnya musim kemarau dan bermula musim baru (musim hujan), gelanggang kelana jaya dilimpahi dengan kehadiran pelatih - pelatih dari pelbagai latar belakang...

kesungguhan mereka untuk menuntut juga tinggi, kehadiran mereka setiap minggu juga sungguh memberangsangkan... moga - moga berterusan...

Monday, May 9, 2011

berita . . .

ketika saya berada di johor (orang johor, panggil johor bahru tu johor je) untuk menghadiri majlis kerja kahwin adik sahabat... saya mendapat berita yang mengatakan pak atan gayang lima sedang sakit, dan diberitakan lagi tentang keadaan kesakitan yang dialami oleh pak atan itu amat sakit...

kepada yang berhampiran dengan beliau, luangkan masa anda untuk menziarah beliau...