Monday, March 22, 2010

berlatih dan kelas tuisyen

lama sungguh rasanya tak turun gelanggang kelana jaya untuk training, kat kelana jaya ni lain sikit pengisiannya... kebanyakkannya yang turun belatih kelana jaya semuanya dah berumur, jadi banyak rahsia dan buah dikeluarkan...

rasaya dah tiga bulan kot... tak turun tu bukan sebab jauh atau malas tapi sebab seminggu ada 7 hari je, kalau ada sepuluh hari lain la...

saya ni banyak sangat aktiviti malam, sibuk betul... nak ngeteh dengan member lagi, nak tengok csi, tengok chuck lagi, nak tengok blog sendiri pastu nak baca blog orang lagi, nak baca forum lagi, pastu nak tidur lagi...

jadi disebabkan itu, maka saya akan buat satu kelas tuisyen khas untuk diri sendiri yang mana saya akan minta cikgu ajar apa yang saya nak belajar aja, contohnya macam menghalus lian ke atau menghalus jurus ke, menghalus buah ke...

itu pun bergantung kepada tahap kerajinan saya...

*** menghalus tidak membawa maksud lembut ***

Sunday, March 21, 2010

dulu, kini atau mungkin selamanya . . .

hmmm... tak tahu la bila benda ni akan berakhir, dari web tripod, forum cvt dan kini di laman - laman blog. (kalau nak cepat faham, kena baca dari bawah keatas)

cikguboymlka : saya dah tahu siapa guest tu ....tak payah dedahkan gelek sebelah.biarkan dia dgn dunia dia....kesian
2010-03-19 9:48 AM #

gelek sebelah : guest ... ko nak aku dedahkan kat sini ke ko dari perguruan mana? ... kang sapa yg malu? ... hehehe
2010-03-19 8:15 AM #

cikguboymlka : terima kasih guest kerana mengingatkan kami supaya lebih berhati2dan berwaspada
2010-03-19 6:12 AM #

cikguboymlka : takut tak sempat taubat...entah2kejap lagi kojol,hah siapa nak jawap tu kan guest
2010-03-19 6:10 AM #

cikguboymlka : ayahanda tak berani mcm kami juga tak berani...hanya guest sorang je yang berani kat dunia ni...orang lain semua pun tak berani(buat dosa) banyak2
2010-03-19 6:06 AM #

cikguboymlka : tak pa biar kami tetap dgn kami...kamu tetap dgn kamu..kita tetap dengan LP saudara guest tetap dengan......???????lu pikir lah sendiri
2010-03-19 6:03 AM #

Guest : angin la tu... baru duga sikit dah marah membabi buta... bila mata korang nk celik
2010-03-19 5:16 AM #

Guest : betul ke ayahanda ko tu betul2 berani... betul ke abg long ketot ko tu hebat... main ntah apa2
2010-03-19 5:14 AM #

Guest : dgr cite ayahanda ko tu dapat nukil x sah betul ke... betul ke ayahanda ko tu jatuhkn pak raja utk dpt kitab b.p... betul ke ..
2010-03-19 5:12 AM #

Amy : itu la kita x kacau dia, dia nak kacau kita hmmmm....
10:04 AM Mar 16, 2010 #

gelek sebelah : dari geng mana … haramla ko ni … toksahla nak “gila talak” … benci betul aku dgn manusia macam si guest ni!!!
9:19 PM Mar 15, 2010 #

gelek sebelah : adus ... kat mana2 ada sembang pasal LP kat situ mesti ada balaci beruang itam si guest ni menempek ... macam ler orang x dapat nak trace ko tu sapa
9:19 PM Mar 15, 2010 #

Amy : kpd guest x brnama,klau meluat xpyh msuk blog ni,klau rasa sy n ckp kosong &i x btul sila lah btul kan,blh call sy anytime 0129700137.btul kan sy
12:58 PM Mar 14, 2010 #

cikguboymlka : dunia lepas akhirat besok blum tahu lgi nasib kita...salam
11:36 AM Mar 14, 2010 #

cikguboymlka : sabar mulut pedas jgn emosi sgt.manusia ni ada yg lebih dan ada yg kurang .siapalah kita ni klu nak dibezakan dgn yg maha berkuasa
11:35 AM Mar 14, 2010 #

mulut pedas : oi guest klu kau tak suka tgk blog org jgn tengok bodoh.tada otak punya org
10:09 AM Mar 14, 2010 #

mulut pedas : siapa sibodoh guest tu..aku pulak meluat tengok dia.mengganggu ketentraman awam je
10:08 AM Mar 14, 2010 #

Guest : meluat aku tgk org lp berbual mcm bagus sgt padahal kosong
12:16 PM Mar 13, 2010 #

Wednesday, March 17, 2010

keris dan berdiri...

ada orang boleh berdiri...
ada orang duduk sambil berdirikan keris...
ada yang didirikan menerusi mata...
ada pula menerusi hulu..
ada pula orang yang boleh berdiri dengan keris...

Monday, March 15, 2010

feedback 13/3/2010

budak - budak yang datang belajar pada malam tersebut masih ada lagi sakit kepala...
ada juga yang kompius...
ada juga yang tepu... katanya, terlalu banyak info dan persoalan yang diperolehi pada malam tersebut...

Sunday, March 14, 2010

persoalan... ikhlas kah?

benda ni bukanlah satu isu yang baru tapi isu ini sering berulang - ulang diperkatakan oleh ibu bapa serta penjaga...

ada ibu bapa yang mempersoalkan, tentang yuran yang dikenakan kepada anak - anak mereka apabila anak - anak mereka belajar silat? sedangkan kalau ikut sejarah, kebanyakkan guru tua tidak pernah meminta sebarang bayaran pun untuk ilmu yang mereka turunkan... apakah pengajar - pengajar yang ada sekarang sudah tidak ikhlas menurunkan ilmu? apakah pengajar hanya tahu mengutip wang yuran?

persoalan saya, apakah perbuatan ibu bapa / penjaga (yang bising - bising isu yuran dan ikhlas) yang menghantar anak - anak mereka belajar ilmu ini benar - benar ikhlas?

Tuesday, March 9, 2010

feedback dan . . .

info dari tuan azmilian (individu yang bertanggungjawab membawa lian padukan di sini), ada budak komplen "silat ni (lian padukan) tak ajar apa - apa pun, ajar senaman je"...

bila dapat maklumat ni dari tuan azmilian, saya hanya tersenyum sinis...

sebelum ni pun ada yang merungut, katanya... 'ha, ko ni ngajar macam nak khatam lagi 3 bulan'

Monday, March 8, 2010

alamat gelanggang di bandar tasik puteri


tapak gelanggang...

(gelanggang futsal)
maple court,
bandar tasik puteri,
rawang.