Thursday, December 27, 2012

t e r i m a k a s i h . . .

berakhir sudah acara majlis pemahsyuran persatuan pusaka perkerisan kuala lumpur... satu majlis yang boleh dikatakan meriah dengan kehadiran tetamu - tetamu kehormat dari dalam negeri, serta tetamu luar seperti dari singapura dan indonesia...

di majlis ini pihak lian padukan telah dijemput oleh yang dipertua (ydp) persatuan pusaka perkerisan kuala lumpur untuk menjayakan acara majlis pemahsyuran ini...

pihak lian padukan diberikan penghormatan untuk menjadi pasukan pengiring kepada pembawa watikah pemahsyuran, di samping itu pihak lian padukan juga dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis tersebut...

dan disini saya ingin mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada pelatih - pelatih yang terlibat dalam acara perarakan mahupun persembahan pada hari tersebut...

terima kasih sekali lagi... (tiada gambar sebab juruphoto uzur...) 

gelanggang rawang perdana...


gelanggang ini baru sahaja memulakan operasinya... dan gelanggang ini adalah di bawah kelolaan cikgu wan shukri... bertempat di Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana...

kelas latihan diadakan pada hari sabtu malam, bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam...


Monday, December 3, 2012

jemputan ke majlis pemahsyuran persatuan...

persatuan seni silat lian padukan telah dijemput oleh persatuan pusaka perkerisan kuala lumpur ke majlis pemasyuran persatuan itu yang akan diadakan bertempat di panggung sari, kompleks kraftangan, jalan conlay bertarikh pada 15/12/2012...

surat jemputan ini telah diserahkan oleh saudara khairul azhar haji abdul karim kepada dr shahruddin ahmad (abang din) di kediaman beliau tempohari...

pihak lian padukan kl / selangor akan berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk majlis ini...

sehubungan dengan itu, satu majlis akan diadakan di gelanggang kelana jaya pada hari jumaat ini untuk menerangkan perkara ini kepada semua...

guru - guru khatam digalakkan hadir... 

Thursday, October 11, 2012

minyak urut...

dalam adat bergelanggang dan berlatih, pasti ada lebam - lebam serta terseliuh... dan bila ditanya kepada peninju muay thai / pengamal muay thai maka minyak 'boxing liniment' yang pembalut botolnya berwarna kuning menjadi pilihan mereka...

minyak boxing liniment

dan minyak ini dikatakan sangat mujarab untuk merawat lenguh - lenguh, lebam - lebam dan terseliuh...

tetapi kita sebagai orang islam, adakah kita tahu bahan - bahan serta ramuan yang digunakan bagi menghasilkan minyak ini?

sebagai alternatif, seorang sahabat menyarankan penggunaan minyak mestika, kerana ianya dibuat oleh orang islam... selain itu minyak afiat juga berkesan bagi merawat sengal - sengal sendi dan tulang...

dan ianya juga diakui bersih serta boleh dibawa sembahyang... dan mencari yang halal adalah fardhu...

Friday, September 28, 2012

b.e.n.g.a.n.g . . .

"awak ni bukan lah pandai sangat..." 

"awak ni bodoh..."

dalam ilmu nahu melayu, ada ayat yang digunakan oleh seseorang itu untuk menunjukkan tentang orang yang ketiga... seperti ayat - ayat di atas...

dan ada pula ayat - ayat yang diucap oleh seseorang itu untuk menunjukkan tentang keadaan dirinya sendiri... seperti juga ayat - ayat diatas...

konfius? mushkil?

ini kerana, di kebanyakkan kawasan di negeri perak, pahang dan padang di sumatera, perkataan 'awak' digunakan sebagai gantinama 'saya' dalam perbualan harian...

dan di kawasan - kawasan lain, 'awak' digunakan sebagai gantinama orang ketiga...

dah faham sekarang?

akhir kata, kalau sudah tiada modal untuk berkata - kata atau perkara yang hendak diperkatakan... lebih baik diam sahaja... dan jangan jadikan percakapan kita itu menyakiti hati orang lain...


Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Saturday, September 22, 2012

majlis perkahwinan : majlis resepsi

majlis malam ini dimulakan dengan persembahan dari gabungan ahli - ahli lian padukan dari serata lembah kelang, di ketuai oleh guru gelanggang selayang, saudara fairuz...
 
persembahan ini dimulakan awal sebelum ketibaan pengantin adalah bertujuan untuk mengisi ruang dan memberikan halwa mata kepada tetamu yang hadir pada majlis ini... persembahan ini juga diiringi oleh suara gendang dan serunai dari kumpulan gemala kasturi...

kumpulan gemala kasturi memang dikenali oleh pengamal - pengamal silat di seluruh tanah melayu ini dan sering dijemput bermain untuk mengiringi perarakan pengantin...

perarakan pengantin pula diiringi oleh beberapa orang ahli dari persatuan pusaka kuala lumpur yang lengkap berbusana melayu yang membuatkan tetamu terpegun melihat mereka ini...

ketibaan pasangan pengantin disambut oleh persembahan eksklusif dari ayah pengantin perempuan yang juga merupakan pengerusi persatuan lian padukan selangor, dan perarakan pengatin ini juga diiringi oleh suara gendang dan serunai dari kumpulan gemala kasturi, seterusnya mengiringi acara merenjis air mawar...
persembahan dari kumpulan gemala kasturi berakhir dengan lagu mengiringi pasangan pengantin turun bersantap, sebelum majlis diambil alih oleh kumpulan balle balle...

kumpulan balle balle mendendangkan beberapa buah lagu - lagu pengantin baru, dan kumpulan ini juga mencuri perhatian penonton ketika mendendangkan lagu 'anak kampung' nyanyian asal jimmy palikat...

secara keseluruhan, majlis ini berlangsung dengan tersusun dan meriah kesan dari perancangan yang rapi...

akhir sekali sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli lian padukan dan pusaka kuala lumpur yang menjayakan majlis ini..

Friday, September 21, 2012

majlis perkahwinan : upacara akad nikah...

pagi ini, mengikut aturacara majlis upacara akad nikah ini akan dijalankan pada jam 10:30 pagi, namun ramai ahli lian padukan tiba seawal jam 9 pagi... 


seawal jam 9 pagi juga, lagu - lagu nasyid dikeudarakan... tetamu yang terdiri dari rakan - rakan kedua - dua mempelai, jiran tetangga dan ahli keluarga pula beransur - ansur hadir dan memenuhi ruangan dalam dewan...

lebih kurang 15 minit selepas pukul 10 pagi, diumumkan ketibaan pangantin perempuan dan bergerak masuk ke dalam dewan dan terus ke tempah singgahsana...

kemudian diumumkan ketibaaan pengantin lelaki, bergerak masuk dan terus ke tempat yang sudah dikhaskan...

akhir sekali diumumkan ketibaan jurunikah, iaitu imam masjid tengku kelana jaya...

selepas mengambil nafas, jurunikah membacakan khutbah nikah kepada semua hadirin dan khasnya kepada pengantin...

selepas itu, maka tiba lah kepada acara kemuncak, iaitu acara akad nikah, di mana pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan (dr shahruddin / abang din misai)...


dengan berakhirnya acara akad nikah... 


maka semua tetamu yang hadir diajak untuk menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah...

Thursday, September 20, 2012

majlis perkahwinan : pra akad nikah...

malam ini, jumaat 14/9/2012... kerusi meja telah disiapkan, hanya kelihatan 'kontraktor' pelamin untuk majlis akad nikah sedang bekerja keras bagi menyiapkan pelamin... dan diberitakan bahawa kerja - kerja berkaitan pelamin selesai pada jam 4 pagi sabtu...

di surau pula kelihatan, ahli lian padukan sedang membersihkan 'balcony' surau sebelum memulakan sessi latihan...

selepas ketibaan abang din (pengerusi lian padukan), sessi latihan bertukar kepada sessi penerangan untuk majlis pernikahan dan majlis resepsi...

juga dilakukan pemilihan bagi 6 orang pemegang tombak untuk majlis resepsi dan penetapan lokasi bagi setiap pemegang tombak serta pemilihan peserta untuk acara persembahan...

Friday, July 6, 2012

limau oh limau...

rata - rata persatuan akan mengadakan majlis berlimau untuk setiap pelatih, ada yang dilakukan pada permulaan pembelajaran dan ada pula yang mengadakan pada akhir proses pembelajaran pelatih tersebut... 

dan kebiasaannya pula, pelatih akan dimandikan dengan menggunakan limau - limau tersebut selepas dipotong oleh guru yang bertauliah...

secara amnya mandi pula adalah proses untuk membersihkan tubuh badan dari sebarang kotoran, dan selepas mandi kita berharap badan kita akan menjadi bersih...

ok berbalik kepada limau tadi... berapa ramai di antara kita ini yang membasuh limau - limau tersebut sebelum diserahkan kepada guru sebelum upacara berlimau... ini kerana limau yang dibeli dari pasar, kita tidak tahu tahap kebersihannya, mungkin ianya terjatuh ke lantai ke, longkang ke... ada darah ikan ke, daging ke...

dan sekiranya limau yang tidak dibersihkan ini digunakan untuk upacara berlimau... bagaimana dengan kebersihan tubuh badan kita? fikir - fikirkan lah...


photo ini di ambil dari blog The sweet & sour story of my life

Thursday, June 14, 2012

selamat ulang tahun, tahun 2012 . . .

selamat hari jadi, diucapkan kepada pengerusi lian padukan wilayah selangor / kuala lumpur iaitu tuan guru doktor 'abang din misai' sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut baru - baru ini... 

semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua...

Tuesday, May 29, 2012

Gelanggang Bandar Tasik Puteri : lokasi baru...

Gelanggang Bandar Tasik Puteri :
Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor Darul Ehsan
Hubungi : En. Nasrul Mohd Rashid - 013 397 4849, En. Iskandar Mohd Nordin 014 3616857

Monday, May 28, 2012

lengang...

selepas upacara khatam tempoh hari, kebanyakkan gelanggang - gelanggang didapati lengang, sunyi... ini mungkin di sebabkan oleh kepenatan dan keletihan para guru - guru dan jurulatih dalam menjayakan majlis khatam tempoh hari...

dan mungkin juga, pelatih - pelatih yang hadir menyaksikan upacara khatam ini masih lagi membayar ganti rugi tidur mereka yang tergadai selama lebih kurang 10 jam itu...

atau pun beranggapan sudah berjaya dan handal selepas upacara khatam...  

kepada yang sudah berjaya, upacara khatam bukanlah pengakhiran kepada perjalanan anda dalam menuntut ilmu ini, malah ia lebih kepada permulaan kepada satu episod yang baru...

episod, belajar teknik mengajar...

Sunday, May 20, 2012

teruk... parah...

teruk hari ni, kena pukul dan sepak dari hadapan dan belakang dengan budak - budak, dah macam 'royal rumble' rancangan gusti, tak sempat nak lapis...

nampak gayanya macam kena cari formula ataupun kaedah baru bagi menghadapi serangan semacam ini...

perjalanan...

kurang ajar...
belajar... 
belajar... 
belajar...
belajar mengajar...
mengajar...
belajar mengajar...
mengajar...

(sampai bila... mana akhirnya)

Sunday, May 13, 2012

majlis khatam istiadat 2012 (sambungan)

majlis khatam sudah selesai dan berlangsung dengan jayanya...

kepada yang khatam, tahniah diucapkan...

kepada yang khatam juga, khatam ini bukanlah penamat tetapi ianya adalah satu permulaan kepada satu peringkat yang baru...

peringkat untuk menghaluskan permainan dan melembutkan permainan serta melembutkan pergerakkan yang keras...

permainan senjata juga merupakan suatu peringkat yang baik untuk ditekankan selepas peringkat permainan tangan kosong / tanpa senjata...

sekiranya senjata, biarlah ianya bermula dengan seni permainan tekpi dan diikuti dengan senjata - senjata yang lain seperti keris, tumbuk lada, badik dan senjata api...

sebahagian dari photo majlis khatam boleh disaksikan di sini, majlis khatam istiadat 2012...

Saturday, May 5, 2012

majlis khatam istiadat 2012 . . .

hari ini adalah hari yang dinantikan oleh para pelatih, dimana pada malam ini pelatih - pelatih yang telah menghabiskan pelajaran mereka serta pelatih - pelatih yang terpilih akan dikhatamkan dengan penuh istiadat dan disaksikan oleh guru - guru dan pelatih - pelatih terdahulu... 

majlis ini dijadualkan akan bermula selepas solat waktu maghrib, dan dimulai dengan bacaan surah yasin, tahlil dan doa... kemudian akan diikuti dengan acara - acara yang telah disusun atur oleh pihak 'event management'... 

pada kebiasannya, para pelatih akan mempamerkan ke semua pergerakkan jurus (dari jurus 1 hinga 4) dan lian (dari lian 1 hingga lian 16) diikuti pula dengan buah, untuk ke semua jurus dan lian tersebut...

dan akan diakhiri dengan ujian ketahanan dan pernafasan... 

diharap semua pelatih yang terlibat dengan upacara ini sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, kerana bukan mudah untuk menghabiskan semua jurus dan lian dalam satu malam...

Thursday, May 3, 2012

sebuah kisah benar . . .

ini sebuah kisah benar... kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat, tentang anak - anaknya yang berkelaluan aneh ketika berjalan - jalan di dalam rumah mahupun ketika duduk... dan paling menarik, perkara ini hanya terjadi setelah anak - anaknya itu belajar lian padukan...

walaupun sebelum ini anak - anak tersebut juga pernah mempelajari seni beladiri lain, namun perlakuan aneh seperti ini tidak pernah berlaku...

bagi saya perkara ini sudah tidak dapat dirawat dan dipulihkan lagi... kerana laluan komunikasi antara otak kiri dan otak kanan sudah terbuka luas, dan adalah mustahil bagi kita untuk menutupnya kembali...

Monday, April 30, 2012

majlis tahlil dan doa selamat . . .

malam semalam (29 april 2012), bertempat di surau al akidah jalan ss 7/28 kelana jaya telah diadakan satu majlis tahlil dan doa selamat... majlis bermula selepas solat fardhu maghrib dan berakhir dengan solat fardhu isyak secara berjemaah...

majlis ini adalah bertujuan memohon keselamatan dari sang pencipta, Allah s.w.t dan antara lainnya juga, adalah untuk memohon kesejahteraan serta dipermudahkan segala urusan berkaitan dengan majlis khatam, khasnya bagi kontingen kuala lumpur / selangor...

Friday, April 6, 2012

kemerosotan kehadiran pelatih...

boleh dikatakan kehadiran pelatih ke gelanggang tidak menentu, kadang - kadang ramai, kadang - kadang sedikit...

mungkin fenomena ini ada kaitannya dengan fenomena pasang surutnya air laut yang berkaitan secara langsung dengan tarikan graviti dan pergerakkan bulan mengelilingi bumi...

perkara ini sangat kritikal, kerana ada ketikanya hanya terdapat seorang pelatih sahaja yang hadir pada hari berkenaan...

dan perkara ini perlu diatasi dengan segera, dengan cara yang berhemah dan bijaksana, antaranya :
  • mungkin dengan meng'ada'kan tenaga pengajar yang cantik dan seksi seperti di bawah untuk mengajar, maka kemerosotan kehadiran pelatih ini dapat diatasi dengan mudah...
  • mungkin juga perlu diiklankan dan diwar-warkan kepada semua pelatih, bahawa mereka akan diberikan elaun setiap kali mereka hadir ke gelanggang untuk berlatih...

hmmm, moga - moga cara yang difikirkan ini membawa kejayaan..

Monday, April 2, 2012

coretan seorang ayah, di facebook...

hari ni anak jantan aku membuat aku bangga kerana berjaya mempertahankan haknya dgn cara jantan. ada sorang budak yg berbadan lebih besar, usia lebih tua dari anak aku (usia sekarang 10 tahun) merampas bola futsal yg aku belikan. budak kaki buli tu rampas bola dan lari ke arah padang dari swimming pool tempat anak aku bermain2 dengan adik beradik dan kawan2nya. dia kejar budak tu sampai ke taman permainan. budak tu tak mau serah balik bola dan cuba sepak layang pada anak aku. anak aku guna kaedah buahpukul permainan muay yaitu tidak tangkis tendangan layang tu, sebaliknya sambut tendangan tu dgn sepakan layang ke sebelah dalam pada sebelah kaki penyerang menyebabkan budak tu off balance. terus direjunya dgn tumbukan bertalu2 a la Ip Man dan budak tu tertonggeng....".Ok Ok aku bagi balik bola ni........"

aku puas kerana tak sesia aku ajar buahpukul / lianpadukan.... huhuhuhu

Saturday, March 31, 2012

demo di uitm shah alam...



letak gambar dulu, nanti kalau ada masa baru tulis dia punya cerita...

Friday, March 23, 2012

satu sumber sahaja . . .

sekarang ini boleh dikatakan hampir semua telefon bimbit yang dijual di pasaran dilengkapi dengan kemudahan kamera (cuma kamera sahaja belum dilengkapi dengan kemudahan telefon)... kamera ini pula memberikan kita kemudahan untuk merakam gambar dan juga video, yang menarik pada pandangan kita...

di samping itu, ia juga memberikan kemudahan kepada kita untuk merakam video buah - buah dan teknik yang ditunjukkan oleh guru - guru kepada kita... dan video ini pula nanti boleh disimpan dan dijadikan sebagai bahan rujukan yang sangat berguna kepada kita dan rakan - rakan...

dan dalam keghairahan kita berkongsi video dengan rakan - rakan, kita sering kali berkongsi secara talian (on line), iaitu dengan cara meng'upload' video - video ini ke youtube (sebagai contoh) dan cara ini adalah cara yang terbaik buat masa kini...

tapi pada pandangan saya, jika boleh biarlah video - video yang di'upload' ini dikeluarkan dari satu sumber sahaja, kalau boleh biarlah hanya persatuan sahaja yang mengeluarkan video - video ini...

kita ambil contoh video - video yang dikeluarkan oleh silat suffian bela diri, semua videonya datang dari satu sumber, iaitu satu sumber yang 'official' sahaja...

dan biarlah video - video yang kira rakam itu, hanya menjadi tatapan rakan - rakan kita secara 'offline' sahaja...

Wednesday, March 14, 2012

alhamdulillah... syukur... buat masa ini...

alhamdulillah... syukur... semalam semuanya berjalan dengan lancar... kehadiran pada permulaan ini juga agak memberansangkan... dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang tetamu yang ingin menyaksikan teknik latihan dan permainan lian padukan secara lebih dekat...

ada juga beberapa orang tetamu yang lewat akibat tersesat jalan dalam mencari arah ke lokasi latihan... lokasi 'help residence' memang tidak dinafikan, jalannya agak mengelirukan...

tiba pada masanya, latihan dijalankan seperti biasa, mengikut rutin yang telah diperturunkan sejak dahulu lagi... latihan yang ditunjukkan dan dijalankan mungkin agak pelik di mata pelatih baru, ditambah pula dengan gerakan - gerakan yang boleh disifatkan sebagai gerakan di luar tabii...

setiap gerakkan yang ditunjukkan cuba diikuti oleh pelatih baru dengan betul dan sebaik mungkin...

harap - harap pada minggu hadapan, kita boleh beraksi dan terus berlatih di sini...

Monday, March 12, 2012

harapan . . .

cuma berharap dan berdoa, moga - moga sesuatu yang baik akan berlaku esok hari... 13 / 3 / 2012 dan menjadi permulaan kepada sebuah impian...

Friday, March 9, 2012

ujian terbesar... makhluk asing...

semasa sessi pengambaran untuk program yang katanya untuk siaran rtm tempoh hari, kami telah dikejutkan dengan kehadiran seorang / seekor makhluk aneh di lokasi pengambaran dan menyebabkan sessi pengambaran terhenti buat seketika...

semua yang berada di lokasi pengambaran pula terpegun dan cuba menjauhkan diri dari makhluk ini, kecuali seorang lelaki sahaja yang berani berjalan di sisi makhluk ini, mungkin kerana terpaksa agaknya...

dan hasil dari tinjauan pula menunjukkan bahawa makhluk ini bukanlah makhluk yang berasal dari kawasan persekitaran berair dan berbukit - bukau ini, mungkin ianya berasal dari planet lain...

dan disebabkan tiada sesiapa pun yang berani mencabar dan sanggup 'berdiri' menghadapi makhluk ini, maka makhluk ini seolah - olah dibiarkan berlalu pergi membawa diri dan hatinya yang luka...

Sunday, March 4, 2012

keliru , pening? kesiannya . . .

kesian pula melihat budak - budak keliru semasa melakukan gerakan yang ditunjukkan dan berada dalam keadaan pening selepas melakukannya...

perkara ini biasanya terjadi pada pelatih - pelatih yang baru memulakan latihan pada hari pertama, biasanya pada pergerakkan - pergerakkan jurus dan lian yang melibatkan pergerakkan anggota kanan dan kiri serta pertukaran pegerakkan anggota di antara kanan dan kiri...

tapi kali ini agak berlainan, kerana terjadinya pada awal sessi, yakni ketika sessi regangan...

kesiannya...

tapi apa boleh buat, kerana ini adalah proses pembelajaran dan semua pelatih akan melaluinya...

Sunday, February 19, 2012

perbuatan luar tabii, tanya sama pokok...

akibat tidak puas hati dengan latihan yang ditunjukkan dan yang diberikan, beberapa orang pelatih telah melakukan suatu perbuatan di luar tabii, yang tidak dilakukan oleh manusia biasa...

pelatih - pelatih ini telah melepaskan ketidakpuasan hati mereka dengan menendang dan menumbuk pada beberapa pokok yang terdapat di sekitar lokasi latihan...

... aduhai, kenapa boleh jadi macam ni...

Friday, February 17, 2012

i n f o m a s i . . .

pemberitahuan...

suatu latihan secara intensive akan diadakan hari ahad 19 / 2 / 2012, bermula jam 9:00 pagi, bertempat di gelanggang induk lianpadukan martial arts academy, beralamat no.6-3a, tingkat 3, jalan GJ2, taman gombak jaya, batu 5 1/2, jalan gombak, 53100 kuala lumpur...

kepada yang berkenaan, anda dijemput hadir...

Saturday, February 11, 2012

rindu pukul . . .

semalam, sedap pula rasanya bila kena pukul dengan guru gelangang kelana jaya (abang din misai)...

mungkin sebab dah terlalu lama tidak dijadikan 'punching bag' dan merasai tangan abang din, maka perasaan 'rindu dipukul' itu dengan sendirinya terbentuk...

dengan kejadian semalam, maka sedikit sebanyak perasaan rindu itu dapat dikurangkan...

Wednesday, January 25, 2012

belajar dan lupa . . .

"kita belajar ni untuk lupa, faham..."
'insyaAllah...'
"hmmm, insyaAllah lupa ke, insyaAllah faham budak - budak ni???"

Monday, January 16, 2012

tukar selera . . .

asyik jalankan aktiviti latihan di waktu malam sahaja... kalau sesekali buat latihan pada waktu pagi pun seronok juga, lokasinya pula di taman, bukan di taman perumahan... tapi di taman majlis perbandaran...

Monday, January 2, 2012

lian intergalactic . . .

hari ini (30/12/2011) mungkin merupakan minggu - minggu awal bagi beberapa orang pelatih untuk memulakan pembelajaran baru mereka (lian) selepas mereka berjaya melepasi ujian peringkat jurus tempoh hari...

bagi pelatih yang pertama kali mempelajari gerakkan lian, kelihatan agak susah bagi mereka untuk berdepan dengan permasalahan lian ini, terutamanya 'gelek' begitu juga dengan rentetan pergerakan selepasnya...


"dah macam robot" kata abang din...

memang betul pun, memang nampak ketara sangat pergerakkannya macam robot... macam robot intergalactic...