Thursday, December 24, 2009

jemputan dari pengerusi persatuan lian padukan kuala lumpur / selangor...

semalam sebelum tidur saya mendapat sms dari abang din misai, mengajak semua pelatih dari gelanggang damansara untuk datang berlatih di gelanggang kelana jaya pada tarikh 25 / 12 / 2009...

maklum la dah lama sangat berehat (dah 3 minggu rasanya) dah tak berlatih...

mungkin ada ilmu yang nak diperturunkan oleh beliau diakhir tahun ini... hmmm, atau mungkin beliau ingin mengijazahkan sesuatu...

kalau pelatih - pelatih dari gelanggang lain nak datang pun apa salahnya...

lagi ramai lagi meriah...

lepas berlatih boleh lepak - lepak sembang - sembang sambil minum kopi...

Wednesday, November 25, 2009

langkah, lian dan gelek . . .

lian adalah merupakan peringkat kedua dalam pelajaran lian padukan, namum begitu lian pula terbahagi kepada empat peringkat, di mana setiap peringkat mengandungi empat pergerakkan lian..

mungkin ianya berbeza jika dibandingkan dengan perguruan - perguruan buah pukul mersing yang lain, dari segi peringkat serta pergerakkan 'lian'nya...

namun begitu, pergerakkan geleknya tetap sama... (pada pandangan saya la)

bagi memastikan pergerakkan dan perbuatan 'lian' betul, maka hendaklah dipastikan bahawa kedudukan kaki kita ketika ber'gelek' berada dalam keadaan yang betul...

sekiranya kaki berada dalam keadaan yang betul, maka secara 'otomatik'nya posisi badan serta tangan berada dalam keadaan yang betul juga...

memang diakui agak sukar melakukan pergerakkan gelek bagi mereka yang pertama kali didedahkan dengan perbuatan ini, tambah - tambah lagi untuk melakukan perbuatan ini sambil melangkah...

kita manusia tidak seperti haiwan, yang mana selepas dilahirkan sudah pandai berlari...

kelas - november 23 2009

kelas semalam...

rasanya macam dah lama saya tak 'berlengan' (berlatih) dengan tuan penguasa gelanggang, tuan harizan... bila berlengan, terasa seakan - akan terlalu keras tulang - tulangnya dan kekuatan tenaga tendangannya juga berbeza... (hmmm, mungkin ada bantuan sampingan, mungkin bantuan susuk agaknya)

tak tahu lah mungkin prestasi saya yang menurun atau mungkin juga tuan harizan kita yang meningkat kekuatan tenaganya... hmmm...

mungkin ada juga yang rindukan sentuhan abg din misai yang sebelum ini menyendiri buat beberapa ketika, maka semalam terubatlah rindunya...

semalam juga abg din sempat berbisik kepada saya (bisik sepatutnya orang lain tak boleh tahu) untuk kelas yang selepas ini akan ditekankan teknik permainan 'kopak' serta permainan 'lapis siku'...

hmmm, mungkin lepas ni boleh main 'buah kontrak' kot...

dan semalam juga dapat disaksikan kehadiran 2 tetamu ke gelanggang, mungkin bertujuan untuk menyaksikan permainan lian padukan atau mungkin juga menunggu rakan yang sedang asyik berlatih...

Monday, November 23, 2009

seni tempur kerambit

diberitakan bahawa kalender kursus lian padukan pada tahun hadapan (2010) akan dimulakan oleh seni tempur kerambit oleh cikgu din misai...

namun begitu, tarikhnya belum ditetapkan lagi...

hmmm, rasanya ramai yang menanti - nantikan seni permainan ini dari individu yang dimaksudkan...

Thursday, November 19, 2009

kualiti atau . . .

untuk melahirkan insan yang berkualiti, latihan yang berterusan perlulah dilakukan bagi memastikan apa yang kita impikan menjadi kenyataan...

kepantasan dan ketepatan perlu dilatih, melapis juga perlu dilatih seiring dengan kepantasan, supaya kedua - duanya boleh begerak secara semulajadi tanpa dipaksa - paksa atau tersekat - sekat semasa diperlukan...

istilah yang biasa kita gunakan adalah 'menghalus', menghalusi pergerakkan serta permainan dengan lebih teliti supaya setiap pergerakkan serta perbuatan menampakkan kesempurnaannya...

disamping itu, permainan yang melibatkan senjata juga perlu dipelajari, dilatih dan diasah namun begitu permainan senjata agak kurang diajarkan di gelanggang harian kerana kebanyakkan gelanggang bercampur tahap kepahaman pelatihnya, tahap kepahaman serta kemahiran pelatih adalah berbeza - beza diantara satu sama lain...

jadi untuk itu perlu diadakan suatu hari, hari yang terancang bagi melatih serta memahirkan segala ilmu dan kemahiran yang terdapat di dalam lian padukan ini...

antara kursus - kursus yang boleh dijalankan sepanjang tahun 2010, (pada pandangan aku)

  • januari; kursus kejurulatihan - peringkat jurus
  • februari; kursus kerujulatihan - lian peringkat satu
  • march; kursus kejurulatihan - lian peringkat dua
  • april; kursus kejurulatihan - lian peringkat tiga
  • mei; kursus kejurulatihan - lian peringkat empat
  • jun; kursus permainan senjata - tekpi
  • julai; kursus permainan senjata - pedang
  • ogos; kursus permainan senjata - keris
  • september; kursus permainan senjata - selengan / belantan
  • oktober; kursus permainan senjata - tembong / rotan panjang
  • november; kursus permainan senjata - pisau / badik
  • disember; rehat...

untuk kursus senjata yang melibatkan perbuatan 'gelek' maka ianya hanya akan dikhaskan kepada pelatih - pelatih yang sudah memasuki peringkat lian... supaya tidak timbul masalah untuk melalukan pergerakkan yang boleh dikatakan 'rumit'

seni permainan keris

pada hari terakhir kursus minggu lepas, tuan haji hasyim (guru utama lian padukan) ada menyatakan kesudiannya untuk mengajarkan seni permainan keris cara buah pukul kaedah lian padukan...

mungkin kaedah seninya berbeza dengan apa yang tuan - tuan pernah lihat sebelum ini...

ada yang berminat dengan tawaran ini???

sekiranya tiada yang berminat dengan tawaran ini, maka tawaran ini hanya tinggal tawaran...

Tuesday, November 17, 2009

Kursus Permainan Tekpi dan Tumbukan


photo photo menarik sepanjang dua hari kursus, boleh dilihat di http://liannewskool.multiply.com/photos/album/14 dan http://liannewskool.multiply.com/photos/album/15

kursus telah berjaya membuka mata serta berjaya menarik peserta meminati permainan tekpi, serta terdapat banyak rahsia yang dibuka sepanjang tempoh dua hari tersebut...

balada seorang pelatih lian padukan jalanan...

bermula dengan berguru di gelanggang batu namun aku memilih cara jalanan, maka ku tetapkan pendirian ku dengan jalan yang ku pilih ini...

berguru hanya di tepi jalan, di tepi surau - surau dan di kaki lima masjid... tekun belajar dari guru yang sudi mengajarkan ilmunya kepada ku...

cara pembelajaran ku berbeza dengan yang lain, penerapannya juga berbeza... cara jalanan, itulah cara pilihan ku...

cara ku berbeza, matlamat ku tetap sama... tetapi kaedah tetap tidak menghalalkan cara... apa cara yang aku lakukan walaupun betul pada pendapat ku, tetap tidak dihalalkan caranya oleh kaedah...

untuk itu, perlukah aku untuk meneruskan perjalanan ini atau perlukah aku untuk berhenti dan berehat seketika memikirkan apa yang perlu aku lakukan seterusnya atau perlukah aku mencari destinasi yang lain...

akhir sekali, di sini juga aku mewakili sahabat -sahabat ku juga diri ku sendiri, menyusun sepuluh jari merafak sembah memohon maaf dari semua yang terlibat juga dari semua induvidu yang 'terasa' dengan cara perjalanan perjuangan ku ini...

dan kepada guru utama tuan haji hasyim haji salleh, saya mewakili sahabat - sahabat yang terlibat dan diri saya sendiri memohon maaf serta keampunan dan kami juga meminta cikgu menghalalkan segala ilmu yang kami pelajari selama ini...

sekian...

Thursday, October 29, 2009

...mengaji dan khatam...

mempelajari ilmu adalah merupakan fardhu kifayah dan kita pula boleh memilih apa yang kita inginkan berdasarkan pemerhatian sendiri ataupun saranan individu - individu yang tahu keinginan dan kecenderungan kita.

namun terdapat juga guru guru yang memilih individu yang ingin menjadi anak muridnya mengalahkkan kaedah memilih menantu. terdapat juga guru yang seolah - olah kelihatan tidak memilih anak murid, malah menerima dan mengajar setiap individu yang datang kepadanya.

setiap guru mempunyai kaedah yang tersendiri dalam 'melihat' setiap individu yang datang kepadanya. kalau tidak masakan terbit ungkapan ini, "rahsia murid ada pada guru".

sekira yang datang itu "hitam" diterimanya dan diajarkan dengan tujuan dan harapan supaya yang hitam akan menjadi putih, dan yang kotor akan menjadi bersih.

kaedah ini juga dapat menghindarkan rasa irihati terhadap rakan - rakan yang diterima masuk dan rasa ketidakpuasan hati terhadap guru yang menolak permintaannya.

dalam pembelajaran mesti ada penamatnya, dan ianya juga terbahagi kepada beberapa peringkat dan kaedah. dengan mempelajari hingga habis apa yang ada dalam silibus perguruan juga merupakan penamat.

namun penamat yang dicari adalah khatam.

khatam merupakan sesuatu istiadat yang penting bagi setiap individu yang mempelajari ilmu. khatam bagaikan penutup dan pengiktirafan kepada setiap individu.

namun begitu, khatam adalah hak guru maka sepatutnya murid tiada hak untuk memperkatakan atau meminta dan merayu untuk dikhatam, dan tidak pula mempertikaikan siapa juga individu yang dikhatamkan oleh guru kerana 'rahsia murid ada pada guru'.

jadi bersyukurkah dengan apa yang anda perolehi. khatam bukan lah perkara yang penting sangat, tetapi apa yang lebih penting adalah kefahaman kita tentang langkah dan gerak yang kita pelajari.

Saturday, October 24, 2009

Keuzuran Guru Pengasas Lian Padukan

Beberapa minggu lepas perkhabaran ini turut saya terima dari sahabat - sahabat di Johor mengatakan Yang Dikasihi Pak Mat Kedidi (Muhammad bin Chik). Guru Pengasas Lian Padukan turut sedang dalam keuzuran. Beliau kini dikhabarkan secara aktif menjalani rawatan dialisis di hospital Sultanah Aminah JB dan kini tinggal di rumah anak perempuan beliau (yang juga balu kepada Allahyarham Abdul Razak bin Sharif).

Saya doakan agar Yang dikasihi Pak Mat gagahkan diri dalam menjalani rawatan ni. Semoga sihat sejahtera... Amin...

Bagi saudara - saudari yang berkesempatan lawatlah beliau kerana saya percaya dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kita sebagai anak murid sedikit sebanyak terubatlah perasaan. Bagi yang suka mengadu - dombakan beliau dengan guru pewaris nukil hentikanlah kerja yang sia - sia. Disaat begini Pak Mat memerlukan dorongan dan kasih sayang tidak hanya dari keluarga terdekat tetapi setiap anak murid Lian Padukan yang diasaskannya.

Sunday, October 18, 2009

antara lianpadukan dan senjata lapan

apa korang nak cakap, cakap la...
kalau ada bukti tunjukkan kat aku, aku nak tengok...
setakat hari ini aku masih lagi dengan lianpadukan...
kalau korang nak berpisah, itu korang punya hak... itu korang punya kehendak...
boleh ke 3 4 kepala, berpayung dibawah satu bumbung... boleh ke?
boleh ke 3 4 permainan, yang selama ini bermain menggunakan kaedah sendiri dan citarasa sendiri, bergabung...
bila bergabung, mesti ada 'give and take'...
sanggup ke terima pandangan orang lain tentang permainan kita...
... kalau nak tahu, memang dah ada pertubuhan yang menggunakan nama 'senjata lapan' sebelum ini...
nak tahu? cari la sendiri...

Saturday, October 10, 2009

penukaran hari latihan - Gelanggang Kelana Jaya

Gelanggang Kelana Jaya :
Surau al-Aqidah, No.1, Jalan SS 7/28,
Taman Kelana Indah, Kelana Jaya, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Hubungi : Cikgu Din Misai – 012-327 2180

pengumuman - gelanggang ini akan menukar hari latihannya dari hari khamis kepada hari jumaat bermula dari 16 / 10 / 2009.

Friday, October 9, 2009

Pengumunan - Kursus Teknik Mainan Senjata Pisau dan Tempur Tanpa Senjata (7 & 8 Nov 2009)

Kumpulan yang menamakan diri mereka Pendowo Lima serta Pewaris akan menganjurkan satu kursus 'Kursus Teknik Mainan Senjata Pisau dan Tempur Tanpa Senjata' seperti dibawah;

Tarikh : 7 - 8 November 2009
Masa : 9:00 - 18:00
Pendaftaran : Selewat - lewatnya 10 hari sebelum tarikh kursus diadakan.
Yuran : RM200, hendaklah dijelaskan 10 hari sebelum tarikh kursus diadakan (Maybank Wadiah Savings Account 158051382405) - Nasrul Mohd Rashid.
Lokasi : Pusat Bandar Damansara
Pakaian : Pakaian sukan / sebarang pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Makanan / minuman : Disediakan (makan tengahari dan minuman semasa latihan)
Tenaga Pengajar : Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) - berteraskan permainan Buah Pukul Mersing.

Biodata pengajar :
  • Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) merupakan Pengurusi dan Ketua Jurulatih LianPadukan Selangor / Kuala Lumpur, juga pengajar di gelanggang Kelana Jaya, Selayang dan Pusat Bandar Damansara serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam permainan Buah Pukul Mersing.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Harizan Tarmuji 017 618 9182 (harizant@help.edu.my) dan En Nasrul Mohd Rashid 013 397 4849 (mrnasrul@yahoo.com)

Friday, October 2, 2009

Pembukaan semula kelas latihan

Pembukaan semula kelas latihan lian padukan di pusat bandar damansara, pada 5 / 10 / 2009.

kepada individu individu yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat, anda dijemput hadir.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
diucapkan kepada seluruh pengunjung blog ini dan khasnya kepada pengamal - pengamal seni buah pukul mersing.

Wednesday, September 16, 2009

Kursus Mainan Senjata Keris dan Tangan Kosong (pertukaran)

Kumpulan yang menamakan diri mereka Pendowo Lima serta Pewaris akan menganjurkan satu kursus 'Kursus Mainan Senjata Keris dan Tangan Kosong' seperti dibawah;

Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Masa : 9:00 - 18:00
Yuran : RM200, hendaklah dijelaskan 10 hari sebelum tarikh kursus.
Lokasi : Pusat Bandar Damansara
Pakaian : Pakaian sukan / sebarang pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Makanan / minuman : Disediakan (makan tengahari dan minuman semasa latihan)
Tenaga Pengajar : Dari Majlis Guru Kuala Selangor - Permainan Keris berteraskan permainan melayu bugis, Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) - Tangan Kosong berteraskan permainan Buah Pukul Mersing.

Biodata pengajar :

  • Dari Majlis Guru Kuala Selangor.
  • Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) merupakan Pengurusi dan Ketua Jurulatih LianPadukan Selangor / Kuala Lumpur, juga pengajar di gelanggang Kelana Jaya, Selayang dan Pusat Bandar Damansara serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam permainan Buah Pukul Mersing

Kepada individu - individu yang berminat sila daftarkan kehadiran anda atau jika ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Harizan Tarmuji (harizant@help.edu.my) dan En Nasrul Mohd Rashid (mrnasrul@yahoo.com)

Tuesday, September 15, 2009

Kursus Lian Padukan - Hikayat 1001 Tumbuk dan Tekpi

In conjuction with ‘WORLD FIGHTING FOR LIVES WEEKEND’ on the 14 – 15th November 2009 ( www.fightingforlives.com )( For the first time ever, martial arts events will be held simultaneously across the world to raise money for children in need. The events will be held by respected martial arts instructors worldwide ).

Pengajar : Tuan Haji Mohammed Hasyim Bin Hj Salleh (Guru Utama Silat Lian Padukan Malaysia)
Lokasi : Lian Padukan Martial Arts Academy ( Studio LP / Dewan Gombak Setia )
Tarikh : 14 – 15 November 2009, Sabtu & Ahad
Yuran : RM 250 ( bukan ahli ) / RM 200 ( ahli )
Pakaian : pakaian silat ( berwarna hitam Sahaja ) pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti

Kursus Hikayat 1001 Tumbuk
  • Pengenalan Tumbuk, Penumbuk dan Bertumbuk
  • Asas dan Pengunaan Tumbuk
  • Asas dan Pengunaan Penumbuk
  • Asas dan Pengunaan Bertumbuk
  • Cara Masukkan Penumbuk
  • Cara Mengeluarkan Penumbuk

Kursus Tekpi Lian Padukan

  • Pengenalan dan Asas Pengunaan Tekpi( Cara pegang, hayunan dan pengunaan )
  • Cara mempertahankan serangan tekpi
  • Cara menyerang menggunakan tekpi
  • Cara bertempur dengan musuh bersenjata
  • Belajar Lian Tekpi sebelah dan Tekpi Dua Belah

Any inquiry please contact – Hisham at sambicep@hotmail.com or 016-702 7449

Saturday, September 5, 2009

Seminar / Kursus selepas hari raya puasa

Kumpulan yang menamakan diri mereka Pendowo Lima serta Pewaris akan menganjurkan satu kursus 'Kursus Mainan Senjata Pisau dan Tangan Kosong' seperti dibawah;

Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Masa : 9:00 - 18:00
Yuran : RM200, hendaklah dijelaskan 10 hari sebelum tarikh kursus.
Lokasi : Pusat Bandar Damansara
Pakaian : Pakaian sukan / sebarang pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Makanan / minuman : Disediakan (makan tengahari dan minuman semasa latihan)
Tenaga Pengajar : Emil Fisk - Mainan Pisau, Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) - Tangan Kosong berteraskan permainan Buah Pukul Mersing.

Biodata pengajar :

  • Emil Fisk started training under Guro Hakim, and is now a student of Mandala Tortal’s. He is ranked as an Authorized Instructor in Pekiti-Tirsia Kali, and has also been given permission to teach the Executive Risk Control Strategy System. He is primarily responsible for teaching the art in Malaysia.
  • Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) merupakan Pengurusi dan Ketua Jurulatih LianPadukan Selangor / Kuala Lumpur, juga pengajar di gelanggang Kelana Jaya, Selayang dan Pusat Bandar Damansara serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam permainan Buah Pukul Mersing

Kepada individu - individu yang berminat sila daftarkan kehadiran anda atau jika ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Harizan Tarmuji (harizant@help.edu.my) dan En Nasrul Mohd Rashid (mrnasrul@yahoo.com)

Thursday, September 3, 2009

Nigel Sutton - The Interview

'Sifu Nigel Sutton is a remarkable martial artist and an even more remarkable human being. His life reads like a legend who travels the seven seas to drink from every fountain of knowledge.

His journey has taken him from his native England all the way to China and now to Malaysia, where he resides, taking in martial knowledge from every source he can find.'

dipetik dari silat-melayu.blogspot.com

dibawah ini pula adalah keratan yang diambil dari majalah seni beladiri yang mengisahkan temubual bersama Nigel Sutton dan kebanyakkan darinya menceritakan pengalaman beliau bersama lian padukan.



Kursus Kejurulatihan

hari tu ada kedengaran berita tentang untuk mengadakan kursus kejurulatihan bagi seluruh ahli lian padukan yang berkelayakan, merangkumi peringkat jurus dan lian. bermula dari peringkat jurus satu hingga ke lian 16 dan mungkin juga lian yang selebihnya. dan diikuti dengan kursus - kursus yang lain termasuk tekpi, tembong, pisau, keris dan sebagainya.

sekiranya nak dijalankan kursus kejurulatihan ini, saya cadangkan ianya diadakan satu peringkat untuk setiap bulan, contohnya peringkat jurus setiap minggu (sekiranya ramai) di sepanjang bulan november dan lian peringkat satu untuk sepanjang bulan disember, begitulah seterusnya.

saya cuma mencadangkan sahaja, terpulanglah kepada pihak yang berwajib untuk mengadakannya.

Wednesday, September 2, 2009

Latah

opocot! itulah latah dan dalam bahasa sainsnya adalah

"is a condition where, triggered by the startle reflex, victims fall into a trance and enact repetitious verbal and/or physical automatisms. Latah is found in only in certain world cultures. Therefore, it is commonly considered a culture-specific syndrome."

dalam konteks ilmu beladiri, latah adalah perbuatan atau pergerakkan yang terjadi dimana ianya ada kaitan dengan pergerakkan yang kita lakukan semasa latihan. reflek la tu kot... iya la kot... biasanya latah ini terjadi tanpa disedari oleh kita, ianya seolah - olah diluar kawalan seseorang itu.

ada seorang sahabat yang belajar tomoi mengatakan bahawa orang - orang tua ditempatnya memberitahu bahawa latah ini tidak bagus, kerana sekiranya tidak terkawal ianya akan membawa musibah kepada diri sendiri. kerana ianya akan memberitahu kepada orang - orang di sekeliling siapa kita sebenarnya dan membuka ruang kepada yang ingin menguji mengetahui ilmu yang ada pada kita.

mengapa saya berkata begitu? kerana corak pergerakkan sesuatu seni beladiri itu ada identitinya dan 'trademark' masing - masing, jadi orang boleh meneka ilmu yang kita ada.

(. . . kalau kita cuit nak salam minta diri pun dia menepis, payahla)

pernah juga terjadi kepada seorang sahabat, dalam keadaan duduk berbual tiba - tiba dia menepis bila ada seorang sahabat lain ingin berjabat tangan dengannya. satu lagi kes, yang ni lagi hebat, pantang terkejut je nak buat tepisan, yang bestnya siap sebut nama tepisan pulak tu. aduh la, susah la kalau jadi macam ni.

jadi maka betul la apa yang dikatakan oleh orang - orang tua sebelum ini. tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

dengan kata lain, latah juga adalah gerakan 'musscle memory' kesan dari latihan yang dilakukan, seumpama menepis, menangkis, berpencak dan sebagainya.

Tuesday, September 1, 2009

Human Weapon

pengambaran ni (kalau tak silap) dijalankan hari merdeka 2007 di empangan batu bermula jam 14:30 sehingga 18:00. saya yang ketika mengalami keretakan pada sendi buku lali turut mengambil bahagian dengan kaki yang berbalut. (dalam stokin, orang tak nampak)

saya cuma bertahan untuk 'separuh masa pertama' sahaja dan terpaksa mengundurkan diri dan berehat serta bertindak sebagai pegawai pemerhati sepanjang 'separuh masa kedua'.

Sukatan Pelajaran

dalam pengajian lianpadukan terdapat 16 lian dan terbahagi kepada 4 peringkat berbanding buah pukul mersing (old skool) yang hanya terdapat 12 / 13 lian sahaja.

banyaknya!!! baru belajar peringkat satu (lian 1 - lian 4) pun dah terasa kepayahannya. inikan pula nak belajar sampai 16 lian.

di bawah ini adalah salah satu contoh gerakan lian dari gayang lima (old skool juga)

diambil dari majalah seni beladiri keluaran mei 2009

Muscle Memory

sorila tajuknya bunyi macam orang putih... tapi itu la dia... nak di melayukan takut maknanya tak sama.

dalam perlawanan atau pertempuran kita dah tak sempat nak berfikir apa yang perlu dilakukan samada nak menyepak atau menumbuk, buah apa nak guna, sekiranya kena tepis atau makan apa pula seterusnya.

semuanya bergerak berdasarkan reflek. bagaimana nak dapatkan reflek? ada jual ke atau boleh download dari internet?

secara logik akal, reflek tidak boleh terjadi dalam masa satu hari.

untuk mendapat reflek, seseorang itu perlu lah berlatih bersungguh - sungguh dalam satu tempoh masa yang panjang dimulai dengan berlatih seorang diri sebelum berlatih secara berpasangan. (ini bukan berlatih mencari pasangan tau)

dalam permulaan berlatih seorang diri, kita akan banyak berfikir apa yang perlu dilakukan selepas ini, gerakan apa la yang sepatutnya. contohnya; selepas menumbuk dengan tangan kanan, nak kena melangkah ke sambil menumbuk dengan tangan kiri, selepas menumbuk boleh menyiku ke dengan tangan yang sama. macamana pula kalau selepas menumbuk kita nak menendang.

selepas semua ini selesai baru la boleh 'bermain - main' secara berpasangan dan pasangan kalau boleh jangan la jadi macam 'tunggul kayu'. dalam permainan berpasangan pula akan terjadi pula 'if dan else', sebagai contoh; kita menumbuk dan pada pengiraan kita tumbukan itu akan kena padanya (aka tumbuk sulung) tetapi pasangan kita menepis sambil menyerang. disini lah kita memerlukan reflek untuk melakukan pergerakan yang seterusnya dan pergerakkannya akan berdasarkan gerakan yang biasa kita berlatih.

kenapa jadi begini? apa saja gerakan yang kita latih akan 'tertanam' dengan sendirinya di dalam anggota - anggota yang terlibat dalam pergerakkan latihan kita. seolah - olah adanya 'ingatan' / memori dalam anggota tersebut, dan bertindak berdasarkan ingatannya. ini lah yang dinamakan 'muscle memory'. sekiranya kita berlatih shuffle, shuffle la jadinya, kalau belatih poco - poco, poco - poco la jadinya.

kalau ada masa terluang cuba pergi ke tempat memproses santan di pasar - pasar dan perhatikan, sambil berbual dan tanpa melihat pun pekerja kedai santan boleh membelah dua kelapa tanpa tersasar walaupun sedikit. cantik belahannya.

*** berlatih buah dan 'bermain - main' buah adalah dua perkara yang berbeza. ***

Seni Silat Gayang Lian

di ambil dari majalah seni beladiri januari 2007.


Monday, August 31, 2009

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

- diambil dari wikipedia -

Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh Nazri Bin Hussin, di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terangganu, dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang.

Salleh Bin Mamat telah mempelajari Silat Lian daripada Hassan Bin Salleh di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu dalam tahun 1950-an. Hassan Bin Salleh pula telah belajar Silat Lian di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1940-an.

Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987.

Nazri bin Hussin telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985 sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama. Pusat perkembangan dan pentadbiran silat ini adalah di Kuantan, Pahang. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM )

cerita lama yang diambil dari majalah seni beladiri bil. 72 november 2003.

Bicara Buah Pukul

ini adalah kata - kata yang biasa diucapkan atau yang kita dengar bila kita duduk bersama sama pengamal bual pukul...

  • jangan suka terkinja kinja, apa lagi dijual dijaja, usah dikeji usah dipuja, sikitkan cakap banyakkan kerja.

  • walaupun sedikit biarlah kekal, boleh buat tangkal, tak perlu banyak selalu tertinggal, nanti menyesal dapat sial tak pasal - pasal.

  • jauh dijemput, datang disambut, dekat direbut, balik diturut.

  • buah dagang yatim piatu, dagang dua tanti satu.

Merdeka dan Pak Mat Samurai

rasanya sudah dua tahun berturut kisah merdeka Pak Mat Samurai dipaparkan di dalam majalah seni beladiri.

kisah tahun lepas, 2008

kisah tahun ini, 2009

bergaya betul Pak Mat Samurai tahun ni, siap berkaca mata hitam lagi.

Bicara atas perbezaan

di johor, kebanyakkannya belajar secara terus dari cikgu hasyim, maka cara korang berdiri, menumbuk dan menendang mengikut cara yang ditunjuk dan diajarkan oleh cikgu hasyim. manakala di selangor aku belajar dengan abang din misai dan cara permainan aku termasuk berdiri, menumbuk dan menendang mirip kepada permainan abang din misai.

di johor korang kebanyakkannya berdiri menggunakan kaedah 'sanchi' manakala di selangor pula lebih kepada berdiri dengan kaedah 'kuda - kuda klasik'.

apalagi korang nak cakap? aku juga belajar lian padukan dan aku juga dikhatamkan dan direstui oleh Cikgu Hasyim.

- sebuah cerita lama yang diberikan nafas baru, dan tiada kaitan dengan aku -

Pergi Tak Kembali

Al - Fatihah...

perginya Guru Haji Jambi Idris buat selama - lamanya dan perginya tak akan kembali lagi, saya akan cuba untuk mendapatkan cerita penuh berkenaan Allahyarham.

Masa...

hari saya rasakan terlalu banyak masa yang terluang, jadi masa itu saya luangkan untuk mengorek koleksi - koleksi lama untuk dipaparkan di dalam blog ini.

jadi, tunggu kemunculan ceritanya...

Sunday, August 23, 2009

Selingan - Kopi Kluang

kali ini ianya tiada kaitan dengan ilmu seni beladiri mahu ilmu persenjataan melayu, kali ini saya ini berbicara tentang kopi kluang.

kopi kluang yang termashyur adalah kopi di stesyen keretapi kluang seperti di bawah ini. kalau nak sarapan di sini kena datang awal, kalau lambat jangan harap la dapat tempat duduk dalam masa yang terdekat. di sini mereka juga menjual kopi dalam bentuk serbuk dan kaya yang siap dibungkus.

manakala kopi kluang di bawah ini pula (kopi cap televisyen), adalah merupakan kopi kegemaran rakyat bandaraya kluang dan kilangnya terletak berhampiran dengan kawasan rekreasi gunung lambak.

dan di bawah ini juga merupakan kedai kopi kluang dengan nama komersialnya kluang station yang terdapat di sekitar lembah kelang. hidangan dia seakan - akan sama dengan yang original.


Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa kepada semua

Hari ini sabtu 22 ogos 2009 merupakan 1 ramadhan bagi kita rakyat malaysia di mana masyarakat islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah;

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Juga ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..."

Oleh itu, marilah kita bersama - sama menghayati bulan Ramadhan dan gesaan dari Allah s.w.t. supaya kita sentiasa berada di landasan taqwa. Mudah - mudahan kita tidak akan termasuk ke dalam golongan yang mengabaikan taqwa.

Bekalan ketaqwaan selama sebulan itu, perlu dijaga dan dihayati selama sebelas bulan sebelum bertemu ramadhan akan datang. Insya' - Allah, hidup bertaqwa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. menjadi amalan kita.

Friday, August 21, 2009

Berguru...

kalau nak belajar atau berguru carilah guru yang boleh buat apa yang diperkatakan dan bukan guru yang hanya diperkatakan orang tentang kehebatan ilmu silatnya.

itu lah sebabnya kenapa saya memasukkan 2 video cikgu hasyim, satu bermain tekpi dan satu lagi bermain tembong panjang (hanya untuk ahli multiply je).

Wednesday, August 19, 2009

Penutupan Gelanggang Lian Padukan...

Malam ini (17/8/2009) merupakan malam akhir bagi gelanggang Lian Padukan di HELP, ini kerana sepanjang bulan ramadhan aktiviti latihan di gelanggang ini akan diberhentikan.

Dan bagi individu individu yang masih mempunyai minat dan kekuatan untuk berlatih sepanjang bulan ramadhan, anda boleh la menghadirkan diri pada setiap malam minggu di Surau al - Aqidah, Jalan SS 7/28, Taman Kelana Indah, Kelana Jaya.

Tuesday, August 18, 2009

Sambutan Kemerdekaan 2009

pada hari ahad yang lepas lian padukan telah terlibat dalam satu demo sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 52, lian padukan hanya berdemo dan tidak terlibat dalam perarakan hari kemerdekaan.

ramai juga kontinjen yang terlibat dalam perarakan ini, di antaranya adalah pasukan tkd dan pasukan dari seni silat gayong tapak lima serta kumpulan kompang.

kumpulan seni silat gayong tapak lima

kumpulan kompang / gendang fatani

upacara demo dimulakan dengan persembahan dari seni silat gayong tapak lima, diikuti oleh tarian singa, tarian masyarakat india dan lian padukan. lian padukan diwakili oleh tokpin selaku orang perhubungan, cikgu azhar, cikgu faizal dan saya sendiri. 4 orang pun 4 orang lah, cukup untuk memberikan pendedahan dan pengenalan kepada masyarakat setempat.

tokpin berbual bual dengan seorang sahabat tkdnya, juga kelihatan cikgu azhar dan cikgu faizal.

tokpin cuba memberikan penerangan kepada salah seorang pengunjung. (sekurang kurangnya ada juga yang datang bertanya). saya juga didatangi oleh seorang pengunjung lain untuk bertanyakan tentang lian padukan dan cara serta corak permainan.

dipaksa menjadi pengadil tournament tdk (kerana tak cukup pengadil)

Sunday, August 16, 2009

Lian Padukan - Muhammad Radzi Abdul Hamid

Di ambil dari majalah seni beladiri keluaran disember 2001


Thursday, August 13, 2009

Senjata Lapan - Episod 2

sebutan senjata lapan begitu sinomin dengan mainan buah pukul mersing dan ianya disebut hampir setiap kali waktu berlatih dan terdapat beberapa anggota besar dalam senjata lapan.

anggota besar dalam senjata lapan adalah tangan dan kaki, maka kemahiran penggunakan tangan dan kaki amat - amatlah dititik beratkan. sehingga keluarnya frasa ini, 'bila tangan sudah bermata'.

'bila tangan sudah bermata' tidaklah bermaksud seperti gambar di bawah ini dimana mata berada di tangan.

tetapi ia membawa maksud, bahawa tangan kita sudah boleh merasa malah 'melihat' serangan atau tekanan yang diberi dan diterima oleh kita. perkataan 'tangan' yang digunakan juga tidak tertumpu kepada anggota tangan sahaja, malah ianya meliputi anggota lain yang terlibat dengan pergerakkan seperti kaki.

semua ini tidak boleh terjadi dengan sendiri secara tiba - tiba, (hari ini anda tak tahu, tiba - tiba besok harinya anda beroleh pengetahuan dan kemahiran ini, kita tidak menyangkal sekiranya dianugerahkan oleh Ilahi) kita perlu berlatih dan berlatih sehingga beroleh kemahiran ini.

antara teknik latihan yang menarik perhatian saya adalah chi sau / chi sao, seperti keratan majalah di bawah ini.

"Chi sao develops not only your hand techniques but also contact sensitivity, reflexes, positioning, knowledge of energy use as well as your trapping skills all of which are crucial elements in Wing Chun. All of these elements are as one when you are fighting and it is the combination of these elements that determines the ability of a person when they are free fighting."

ataupun cara yang di tunjukkan dan siri human weapon - muay thai seperti ini.

saya bukan menolak cara orang silat berlatih, cuma saya tidak berjumpa dengan cara yang digunakan untuk dijadikan contoh.

Wednesday, August 12, 2009

Silat Lian Yunan - Guru Ramli

artikel ini di upload atas permintaan sahabat.







Tuesday, August 4, 2009

Wooden Dummy

latihan adalah perkara yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran kita dalam mempelajari bidang ini. latihan mestilah dilakukan secara 'istiqamah' bukannya secara mendadak dan berselang seli (ikut mood). latihan secara ini dapat meningkatkan kemahiran pergerakkan anggota badan tanpa perlu bergantung kepada otak keseluruhannya dan ia juga dapat menghindarkan kesakitan otot pada anggota badan.

antara alat latihan yang biasa digunakan sekiranya berlatih adalah wooden dummy, dan ada juga diantara kita yang menggunakan punching bag untuk berlatih. wooden dummy boleh dianggap istimewa kerana ianya mempunyai 'tangan dan kaki' untuk membantu kita berlatih bersendirian. 'tangan dan kaki'nya diletakkan pada kedudukan tangan dan kaki manusia.

dengan wooden dummy kita boleh menepis, mengelak dan sebagainya selain dari menumbuk dan menendang.

(sekadar hiasan)

di sini diberikan contoh bagaimana wooden dummy boleh digunakan untuk latihan silat khasnya buah pukul. video ini memaparkan tengku musa dengan wooden dummy ciptaannya.

Wednesday, July 29, 2009

Buah Pukul dan Tekpi

dalam buah pukul, senjata tekpi adalah merupakan senjata utama dan ianya dimainkan samada sebelah ataupun dua belah. dalam permainan sebelah, tekpi biasanya digunakan sebagai perisai / penangkis serangan. permainan tekpi sebelah juga boleh digandingkan dengan senjata - senjata tajam yang lain seperti pedang, parang, golok dan sebagainya. namun setakat ini , gandingan antara tekpi dan keris belum pernah dilihat.

untuk permainan tekpi dua belah, kedua - dua tekpi digunakan dalam satu masa yang sama. kebiasaannya satu digunakan untuk menangkis satu lagi digunakan untuk menyerang.

di dalam lian padukan khasnya terdapat dua jenis mainan tekpi, lian tekpi sebelah dan lian tekpi dua belah.

di sini saya lampirkan beberapa perguruan buah pukul yang dapat saya 'korek' dalam koleksi saya.

silat lian yunan

lian padukan

silat gayang lian

saya berasa sedikit kecewa kerana keluaran yang memaparkan serta menceritakan kisah pak mat samurai dan pak mat kedidi hilang dari simpanan saya.

terdapat juga beberapa perguruan silat di malaysia yang menggunakan senjata tekpi, seperti di bawah ini.

silat kuntau tekpi

silat harimau bentara garang

silat cekak sunda

silat awang sulung merah muda

tekpi hasil tangan Cikgu Jamaludin Shahadan (saya pernah bermain - main dengan tekpi buatannya dan pernah menimbang menggunakan alat penimbang digital dan didapati berat kedua - dua tekpi adalah sama pada 1 titik perpuluhan)

Thursday, July 23, 2009

Orang Lama - Pak Ngah Rashid

diambil dari majalah seni beladiri keluaran febuari 2005






Wednesday, July 22, 2009

Sejarah Guru Utama