Thursday, October 29, 2009

...mengaji dan khatam...

mempelajari ilmu adalah merupakan fardhu kifayah dan kita pula boleh memilih apa yang kita inginkan berdasarkan pemerhatian sendiri ataupun saranan individu - individu yang tahu keinginan dan kecenderungan kita.

namun terdapat juga guru guru yang memilih individu yang ingin menjadi anak muridnya mengalahkkan kaedah memilih menantu. terdapat juga guru yang seolah - olah kelihatan tidak memilih anak murid, malah menerima dan mengajar setiap individu yang datang kepadanya.

setiap guru mempunyai kaedah yang tersendiri dalam 'melihat' setiap individu yang datang kepadanya. kalau tidak masakan terbit ungkapan ini, "rahsia murid ada pada guru".

sekira yang datang itu "hitam" diterimanya dan diajarkan dengan tujuan dan harapan supaya yang hitam akan menjadi putih, dan yang kotor akan menjadi bersih.

kaedah ini juga dapat menghindarkan rasa irihati terhadap rakan - rakan yang diterima masuk dan rasa ketidakpuasan hati terhadap guru yang menolak permintaannya.

dalam pembelajaran mesti ada penamatnya, dan ianya juga terbahagi kepada beberapa peringkat dan kaedah. dengan mempelajari hingga habis apa yang ada dalam silibus perguruan juga merupakan penamat.

namun penamat yang dicari adalah khatam.

khatam merupakan sesuatu istiadat yang penting bagi setiap individu yang mempelajari ilmu. khatam bagaikan penutup dan pengiktirafan kepada setiap individu.

namun begitu, khatam adalah hak guru maka sepatutnya murid tiada hak untuk memperkatakan atau meminta dan merayu untuk dikhatam, dan tidak pula mempertikaikan siapa juga individu yang dikhatamkan oleh guru kerana 'rahsia murid ada pada guru'.

jadi bersyukurkah dengan apa yang anda perolehi. khatam bukan lah perkara yang penting sangat, tetapi apa yang lebih penting adalah kefahaman kita tentang langkah dan gerak yang kita pelajari.

No comments:

Post a Comment