Thursday, October 29, 2009

...mengaji dan khatam...

mempelajari ilmu adalah merupakan fardhu kifayah dan kita pula boleh memilih apa yang kita inginkan berdasarkan pemerhatian sendiri ataupun saranan individu - individu yang tahu keinginan dan kecenderungan kita.

namun terdapat juga guru guru yang memilih individu yang ingin menjadi anak muridnya mengalahkkan kaedah memilih menantu. terdapat juga guru yang seolah - olah kelihatan tidak memilih anak murid, malah menerima dan mengajar setiap individu yang datang kepadanya.

setiap guru mempunyai kaedah yang tersendiri dalam 'melihat' setiap individu yang datang kepadanya. kalau tidak masakan terbit ungkapan ini, "rahsia murid ada pada guru".

sekira yang datang itu "hitam" diterimanya dan diajarkan dengan tujuan dan harapan supaya yang hitam akan menjadi putih, dan yang kotor akan menjadi bersih.

kaedah ini juga dapat menghindarkan rasa irihati terhadap rakan - rakan yang diterima masuk dan rasa ketidakpuasan hati terhadap guru yang menolak permintaannya.

dalam pembelajaran mesti ada penamatnya, dan ianya juga terbahagi kepada beberapa peringkat dan kaedah. dengan mempelajari hingga habis apa yang ada dalam silibus perguruan juga merupakan penamat.

namun penamat yang dicari adalah khatam.

khatam merupakan sesuatu istiadat yang penting bagi setiap individu yang mempelajari ilmu. khatam bagaikan penutup dan pengiktirafan kepada setiap individu.

namun begitu, khatam adalah hak guru maka sepatutnya murid tiada hak untuk memperkatakan atau meminta dan merayu untuk dikhatam, dan tidak pula mempertikaikan siapa juga individu yang dikhatamkan oleh guru kerana 'rahsia murid ada pada guru'.

jadi bersyukurkah dengan apa yang anda perolehi. khatam bukan lah perkara yang penting sangat, tetapi apa yang lebih penting adalah kefahaman kita tentang langkah dan gerak yang kita pelajari.

Saturday, October 24, 2009

Keuzuran Guru Pengasas Lian Padukan

Beberapa minggu lepas perkhabaran ini turut saya terima dari sahabat - sahabat di Johor mengatakan Yang Dikasihi Pak Mat Kedidi (Muhammad bin Chik). Guru Pengasas Lian Padukan turut sedang dalam keuzuran. Beliau kini dikhabarkan secara aktif menjalani rawatan dialisis di hospital Sultanah Aminah JB dan kini tinggal di rumah anak perempuan beliau (yang juga balu kepada Allahyarham Abdul Razak bin Sharif).

Saya doakan agar Yang dikasihi Pak Mat gagahkan diri dalam menjalani rawatan ni. Semoga sihat sejahtera... Amin...

Bagi saudara - saudari yang berkesempatan lawatlah beliau kerana saya percaya dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kita sebagai anak murid sedikit sebanyak terubatlah perasaan. Bagi yang suka mengadu - dombakan beliau dengan guru pewaris nukil hentikanlah kerja yang sia - sia. Disaat begini Pak Mat memerlukan dorongan dan kasih sayang tidak hanya dari keluarga terdekat tetapi setiap anak murid Lian Padukan yang diasaskannya.

Sunday, October 18, 2009

antara lianpadukan dan senjata lapan

apa korang nak cakap, cakap la...
kalau ada bukti tunjukkan kat aku, aku nak tengok...
setakat hari ini aku masih lagi dengan lianpadukan...
kalau korang nak berpisah, itu korang punya hak... itu korang punya kehendak...
boleh ke 3 4 kepala, berpayung dibawah satu bumbung... boleh ke?
boleh ke 3 4 permainan, yang selama ini bermain menggunakan kaedah sendiri dan citarasa sendiri, bergabung...
bila bergabung, mesti ada 'give and take'...
sanggup ke terima pandangan orang lain tentang permainan kita...
... kalau nak tahu, memang dah ada pertubuhan yang menggunakan nama 'senjata lapan' sebelum ini...
nak tahu? cari la sendiri...

Saturday, October 10, 2009

penukaran hari latihan - Gelanggang Kelana Jaya

Gelanggang Kelana Jaya :
Surau al-Aqidah, No.1, Jalan SS 7/28,
Taman Kelana Indah, Kelana Jaya, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Hubungi : Cikgu Din Misai – 012-327 2180

pengumuman - gelanggang ini akan menukar hari latihannya dari hari khamis kepada hari jumaat bermula dari 16 / 10 / 2009.

Friday, October 9, 2009

Pengumunan - Kursus Teknik Mainan Senjata Pisau dan Tempur Tanpa Senjata (7 & 8 Nov 2009)

Kumpulan yang menamakan diri mereka Pendowo Lima serta Pewaris akan menganjurkan satu kursus 'Kursus Teknik Mainan Senjata Pisau dan Tempur Tanpa Senjata' seperti dibawah;

Tarikh : 7 - 8 November 2009
Masa : 9:00 - 18:00
Pendaftaran : Selewat - lewatnya 10 hari sebelum tarikh kursus diadakan.
Yuran : RM200, hendaklah dijelaskan 10 hari sebelum tarikh kursus diadakan (Maybank Wadiah Savings Account 158051382405) - Nasrul Mohd Rashid.
Lokasi : Pusat Bandar Damansara
Pakaian : Pakaian sukan / sebarang pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Makanan / minuman : Disediakan (makan tengahari dan minuman semasa latihan)
Tenaga Pengajar : Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) - berteraskan permainan Buah Pukul Mersing.

Biodata pengajar :
  • Cikgu Shahrudin Ahmad (Abang Din Misai) merupakan Pengurusi dan Ketua Jurulatih LianPadukan Selangor / Kuala Lumpur, juga pengajar di gelanggang Kelana Jaya, Selayang dan Pusat Bandar Damansara serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam permainan Buah Pukul Mersing.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Harizan Tarmuji 017 618 9182 (harizant@help.edu.my) dan En Nasrul Mohd Rashid 013 397 4849 (mrnasrul@yahoo.com)

Friday, October 2, 2009

Pembukaan semula kelas latihan

Pembukaan semula kelas latihan lian padukan di pusat bandar damansara, pada 5 / 10 / 2009.

kepada individu individu yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat, anda dijemput hadir.