Saturday, February 26, 2011

kursus belantan tali nama diberi . . .


peristiwa penting ini telah berlaku pada tarikh 19 / 2 / 2011 bertempat di studio akedemi lian padukan di gombak, peritiwa ini diberi nama kursus belantan tali...

kursus ini merupakan kursus pembukaan bagi tahun ini, tahun 2011 dan akan diikuti oleh beberapa lagi kursus - kursus yang dirasakan perlu bagi meningkatkan lagi mutu permainan setiap pelatih...

kursus kali ini disertai bukan sahaja peserta - peserta dari kuala lumpur, malah disertai oleh peserta - peserta dari johor, melaka dan ada juga datang dari pahang...

berhenti setakat ini sahaja, sebab kisah ini banyak di ceritakan di blog - blog yang lain, oleh itu, tengok gambar je lah...


Wednesday, February 23, 2011

masa sudah time . . .

demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang - orang yang beriman dan beramal soleh. dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar... sabar je lah...

aduh, penat penat, nak cakap, nak ulang 3 4 5 kali... kelas mula pukul 10 malam, jam 9:45 malam tak menampakkan lagi batang hidung, bayang - bayang apatah lagi... kelas dah mula setengah jam, baru nak terhegeh - hegeh masuk ke dalam gelanggang...

tahun baru 2011 ni, hijrah lah, ubah perangai tu... tabiat yang lama tu tinggalkan lah... tolong kesiankan sahabat - sahabat anda yang datang tepat pada waktunya, kadang - kadang mereka juga terpaksa menunggu anda untuk mencukupkan 'quorum' sebelum kelas boleh dimulakan...

Friday, February 11, 2011

on balik

disebabkan permintaan dari pihak kawan - kawan serta sahabat handai, maka saya bukakan semula blog ini untuk tatapan semua, sebelum ini saya mengambil keputusan untuk menghapuskan sahaja blog ini... oleh itu terdapat beberapa kerosakkan teknikal, dan ianya akan diperbaiki sedikit masa lagi... harap bersabar..

Monday, February 7, 2011

coretan din gondrong, episod akhir...

sambung sikit lagi...

dulu - dulu kala memang di johor buah pukul mersing adalah yang terbaik kerana turut dipelajari oleh ke bawah duli yang dipertua seri maharaja temengong sultan ibrahim, tapi sedar dan tahu tak awak semua asal usul buah pukul mersing?

buah mersing adalah berasal dari buah sunting dan buah sendeng yang mana sunting adalah dibawa oleh awang daik dari riau dan sendeng pula dibawa oleh pak long muhamad yasin yunus dari muar, kedua - dua ilmu pendekar - pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu syed abdul rahman bin syed abdullah al yunani di bumi mersing maka jadilah namanya buah pukul mersing, sebenarnya sendeng dan sunting asal - asalnya adalah adik beradik tetapi oleh kerana tok bertuah kemenyan mempunyai salahsilah sampai riau maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan, maka orang riau yang mana salah seorang dari keturunannya iaitu daeng raja haji bin raja tahlil panggil sunting dan di sebelah muar dan melaka pula iaitu salah seorang dari keturunannya iaitu dato beremban keturunan dato panglima untut pula panggil sendeng.

tapi walau sehebat mana sekalipun ilmu sendeng dan sunting kenapa boleh tersungkur dengan seorang yang sangat tua macam syed abdul rahman tu? maka di sini awak semua kena sedar cukup - cukup dan buat kajian sedalam - dalam serta bermuhasabahlah dalam keadaan bertafakur, insyaAllah awak semua akan mendapat jawapannya!

jadi mulai hari ini saya menyeru awak semua pencinta buah pukul mersing janganlah kita saling caci mencaci sepatutnya kita semakin bertambah erat sesama kumpulan buah pukul, saya bagi contoh pada awak semua. ya, awak tahu tak haji hasyim tu walau pun dah bertaraf guru utama malah orang kanan pakmat kedidi dan lagi sebagai pewaris lian padukan pulak tu, tapi awak semua tahu tak dia tetap menghormati semua guru - guru buah pukul mersing. malah dia sangat rapat dengan pak raja G5, ayahanda atan majid buah pukul mersing dan pakmat samurai senjata 8, saya rasa ini satu contoh yang sangat baik yang telah ditunjukkan oleh haji hasyim jadi apa salahnya kalau kita semua berbaik baik? dan yang paling baik lagi jangan lah kita sentiasa sombong dan angkuh dengan kita punya buah pukul tu tak kan kemana - mana pun.

jadi jangan lepaskan peluang belajarlah, tambahlah apa saja yang mendatangkan menafaat, ikut contoh pakmat kedidi pula iaitu satu padukan apa yang kita dah pelajari takpe asalkan identiti tak lari dah lah, so camna? jom lah datanglah 'joint' pulak lian padukan dan rasakan kelainan daripada keaslian, insyaAllah akan ada keberkatan, saya teringat sabda nabi besar junjungan kita dalam salah satu hadisnya berbunyi "tolabul ilmi minal mahadi ilal lahadi" so kalau ada lah guru - guru yang melarang anak buahnya pergi berguru dengan guru lain atau tak izinkan muridnya belajar dengan orang lain. itu bermakna 'there must be something wrong', kemungkinan gurunya angkuh atau malu dengan kekurangannya. wallahualam bis sawaf.

baik lah hari pun dah jauh malam saya rasa saya nak mengundur diri dulu tapi sebelum tu saya nak bocorkan sedikit rahsia, kerana saya pun umur dah lebih 45 tahun maka saya rasa tak elok lokek - lokek.

jadi di sini saya nak bagi tahu lah pada semua yang mana saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, iaitu saya bersyukur kehadhrat ilahi dengan berkat berguru dengan haji hasyim selama ini, syukur alhamdulillah beliau telah pun menurunkan kepada saya lian tapak 100 asmaul husna, pukulan 7 hari, makam 7, lapis buah seminggu, bunuh singkir, lapis buah 21, buah syuhud dan syuhadah berserta dzikir bismillahiwassifah, jadi kepada mereka - mereka yang belum ada pelajaran - pelajaran seperti ini atau tak dapat daripada guru - guru mereka, maka saya dah pun bocorkan rahsia ini.

aduh! memang lepas ni saya memang teruk kena marah dengan haji hasyim kerana saya dah janji tak nak heboh - heboh, tapi saya rasa dah sampai masanya saya dedahkan siapa dan apa sebenarnya "LIAN PADUKAN" baiklah kalau ada diantara awak semua ada yang rasa tak sedap hati atau tak puas hati dengan saya insyaAllah, datanglah silalah berjumpa dengan saya, jemputlah ke rumah saya di alamat no. jalan jebat 19, taman ungku tun aminah, johor bahru. tapi kalau nak datang call dulu supaya saya tak kemana - mana ini nombornya 013 - 7366833 insyaAllah anda akan dilayan dengan sempurna dan selesanya.

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum