Sunday, September 26, 2010

jemputan di mid valley (property and investors alliance)

pihak lian padukan telah dijemput untuk melakukan pertunjukkan di mid valley sempena 'paia expact day' pada tarikh 26 / 9 / 2010. beberapa persatuan lain juga dijemput melakukan pertunjukkan pada hari tersebut (tertulis pada aturcara majlis ), antaranya silat lok 9, capoeira, wing chun dan yoshinkan aikido...






. . . tolong jangan tanya gambar siapa di bawah ni. . .

Saturday, September 25, 2010

terbaru di pasaran . . .

sudah lama rasanya, tiadanya berita atau rencana berkenaan lian padukan di dalam majalah seni beladiri... dalam keluaran terbaru majalah seni beladiri, keluaran oktober 2010, ada memaparkan rencana mengenai lian padukan...

untuk itu dapatkan yang original...

Wednesday, September 22, 2010

one litre of tears . . .

one litre of tears...
itu saja yang mampu diperkatakan buat masa ini...

Tuesday, September 21, 2010

getaran hayunannya bermula kembali

berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa... kini masanya sudah tiba untuk ianya bergetar dan bergema kembali... yakni kembali kepada keadaaan asalnya setelah direhatkan selama sebulan lamanya...

terkenangkan kenangan indah

kedua - dua gambar di bawah ini telah berjaya di'kidnap' semasa menghadiri majlis hari raya di rumah abang din, dan kedua - dua gambar ini diambil dari album kompilasi milik tuan rumah secara sedar...

ini adalah gambar kenangan abang din bersama gurunya pak andak wahab yang diambil di puchong, pak andak wahab adalah merupakan guru buah pukul abang din ketika di kluang (kampung melayu). pak wahab juga merupakan adik kepada dato' haji ahmad bin awang (bekas mufti johor ke sepuluh, 1981 – 1999)...

dato' haji ahmad bin awang pula adalah individu yang dirujuk oleh arwah pakmat kedidi dalam menamakan permainannya 'lian padukan'...

di atas ini adalah gambar pelatih - pelatih majoritinya dari gelanggang selayang bersama abang din semasa hari pertunjukkan, kini kebanyakkan dari mereka sudah 'tiada lagi'...

Monday, September 20, 2010

orang lidi ada tanda bulat - bulat

nampak menarik sungguh orang lidi ni, siap dengan sendinya...
diambil dari http://tokuban78.wordpress.com/

Tuesday, September 7, 2010

mengubati kebosanan . . .

terasa amat bosan hari ini, mungkin disebabkan mood berhari raya... jadi untuk mengubat kebosanan hari ini maka pertolongan 'encik youtube' amat - amat diperlukan... maka video ini menjadi tontonan di saat kebosanan pada hari ini

video ini diupload oleh 'budakviva'

menyambut syawal . . .

beberapa hari lagi syawal akan menjelma, di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri 1431 kepada seluruh umat islam di dunia, khasnya kepada pengunjung - pengunjung blog ini.

di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf sekiranya ada di antara tulisan - tulisan di sini mengganggu serta mengguris perasaan anda.

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin

Wednesday, September 1, 2010

iftar bersama anak - anak yatim di surau al - akidah . . .

majlis iftar bersama anak - anak yatim serta ibu - ibu tunggal telah diadakan pada 31 ogos dengan jayanya. majlis ini adalah anjuran pihak surau serta ahli kariah ss7/26 dan difahamkan bahawa majlis ini merupakan acara tahunan bagi surau ini. majlis ini juga turut dihadiri oleh adun seri setia, encik nik nazmi nik ahmad dan kami ahli - ahli lian padukan.

saksikan beberapa keping gambar yang berjaya diambil sepanjang majlis berjalan (kata pujangga mat salleh, a picture is better than 1000 words)