Tuesday, September 21, 2010

terkenangkan kenangan indah

kedua - dua gambar di bawah ini telah berjaya di'kidnap' semasa menghadiri majlis hari raya di rumah abang din, dan kedua - dua gambar ini diambil dari album kompilasi milik tuan rumah secara sedar...

ini adalah gambar kenangan abang din bersama gurunya pak andak wahab yang diambil di puchong, pak andak wahab adalah merupakan guru buah pukul abang din ketika di kluang (kampung melayu). pak wahab juga merupakan adik kepada dato' haji ahmad bin awang (bekas mufti johor ke sepuluh, 1981 – 1999)...

dato' haji ahmad bin awang pula adalah individu yang dirujuk oleh arwah pakmat kedidi dalam menamakan permainannya 'lian padukan'...

di atas ini adalah gambar pelatih - pelatih majoritinya dari gelanggang selayang bersama abang din semasa hari pertunjukkan, kini kebanyakkan dari mereka sudah 'tiada lagi'...

2 comments:

  1. Wajah Guru Tua Pak Andak Wahap sekali imbas tak tumpah dengan DYMM Sultan Ahmad Shah Pahang..Semoga dipanjangkan umur dianugerahkan kebahgiaan oleh Allah SWT kepada guru-guru tua dan guru-guru kita..Kepada sahabat2 pelatih yang suatu masa sangat aktif berpeluh bersama-sama diseru agar kembali aktif...

    ReplyDelete