Wednesday, December 22, 2010

rahsia '11 secret herbs and spices'...

'11 secret herbs and spices' ini adalah kata - kata yang biasa yang kita dengar setiap kali berkumandang iklan - iklan kfc, samada di radio ataupun tv... adakah kita tahu apakah ke sebelas sebelas bahan yang dimaksudkan?

adakah pihak kfc menyenaraikan kesemua bahan yang dimaksudkan? tak pernah bukan... sebab, ianya rahsia...

kita juga membenarkan pelatih - pelatih mengambil gambar dan video pelajaran di dalam gelanggang, bagi tujuan pelatih mengulangkaji dan melihat semula pelajaran yang diajarkan...

semua ini adalah rahsia, dan semua maklum rahsia hanya diberikan dan ditunjukkan hanya kepada pelatih - pelatih sahaja...

jadi, perlukah rahsia ini disebar satu dunia melalui dunia tanpa sempadan?

kesal juga bila terjadi perkara sebegini...

sudahkah, kaki dan tangan anda, sambungan...

sudahkah kesemuanya mampu anda lakukan?
adakah anda pasti anda sudah mampu lakukannya, atau ianya hanya anggapan anda sahaja?
sekiranya anda mampu lakukannya, apakah buktinya?
adakah anda terpaksa memasukkan tangan kiri anda ke dalam kocek seluar untuk mengelakkan ianya 'bergerak sendiri'?
adakah tangan kiri anda 'bergerak sendiri' ketika anda keluar dari lif?
adakah dalam keadaan - keadaan tertentu, anda terpaksa memegang pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan untuk mengawal dan mengelakkan ianya dari 'bergerak sendiri'?

sekiranya, anda sudah sampai ke peringkat ini, ini bermakna anda berada dalam kategori yang amat bahaya dan anda perlu diubati dengan segera...

Tuesday, December 21, 2010

temuramah, ramah mesra...

ini adalah antara 'clip' temuramah yang diadakan semasa majlis ujian peringkat kebangsaan tempoh hari... temuramah ini dilakukan oleh pihak stealth org...



Monday, December 20, 2010

lian untuk dinikmati...

lian bukan sekadar pantas dan laju, dan bukan juga untuk menunjuk handal dan ganas, cuba lakukan dengan tertib, cuba ambil masa untuk melakukan lian, hayati setiap pergerakkan tangan dan langkahan dalam lian, tak kiralah lian yang mana satu kita lakukan...

kata orang, lian itu untuk dinikmati...

Monday, December 13, 2010

sessi pertama di awal tahun baru



malam ini (malam 10/12/2010) merupakan sessi kelas yang pertama bagi gelanggang kelana jaya pada tahun hijrah 1432 ini...

untuk malam ini, terdapat 3 pelatih baru (mereka ini masih lagi di peringkat asas / permulaan), mereka ini diberikan perhatian yang lebih dan diperbetulkan setiap pergerakkan yang mereka lakukan...

manakala pelatih - pelatih peringkat lian, mereka diajarkan lian peringkat 1 oleh pelatih - pelatih yang telah melepasi ujian lian peringkat 1 baru bau ini (mengajar sambil belajar)...

authentic

di dalam permainan buah pukul mersing terdapat permainan sunting dan sendeng, dan buah pukul mersing bukan lah merupakan permainan sunting dan sendeng yang authentic yang dimainkan sejak dahulu, ia adalah gabungan kedua – dua permainan itu...

namun buah pukul mersing juga mempunyai keaslian permainannya yang dipelihara sejak dahulu lagi...

permainan lian padukan pula bukan lah merupakan permainan buah pukul mersing yang asli yang diamalkan sejak dahulu, namun lian padukan juga mempunyai keasliannya yang tersendiri, tetapi adakah kita mengamalkan permainan lian padukan yang benar – benar authentic?

Thursday, December 2, 2010

sudahkah, kaki dan tangan anda...

setelah anda menjalani latihan selama berbulan - bulan malah ada yang sampai bertahun - tahun, bersama guru - guru yang diiktiraf;
  1. sudahkah pergerakkan tangan kiri anda lebih pantas dan laju dari tangan kanan anda?
  2. sudahkah tangan kiri anda mencapai dan mempunyai kekuatan yang setara dan menyamai tangan kanan anda?
  3. sudahkah tendangan dan sepakan kaki kiri anda sepantas kaki kanan?
  4. bagaimana pula dengan perbuatan melutut anda? sudahkah melutut kiri anda sepantas melutut dengan kaki kanan?
  5. begitu juga dengan menyiku...
sudahkah kesemuanya mampu anda lakukan? atau... kesemua anggota kiri anda masih kekok melakukan kesemua pergerakkan yang dinyatakan?

Wednesday, November 24, 2010

ilmu dan amal

ilmu dan amal adalah dua perkara yang berbeza, ada individu yang menguasai dan mempunyai ilmu yang tinggi, tahu pelbagai perkara... ada pula individu yang hidupnya hanya mengamalkan apa yang diajarkan oleh guru...

seperti bezanya antara ustaz yang mengaji sekolah pondok dan ustaz yang baru pulang dari al – azhar, jika dipandang dari segi ilmu, al azhar lebih tinggi ilmunya dibandingkan dengan sekolah pondok, tetapi sekolah pondok lebih amalannya kerana pengajiannya lebih tertumpu pada sesebuah kitab sahaja...

dipetik dari kata – kata mendiang bruce lee, “I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times.”, ini dengan jelas menunjukkan bahawa memang terdapat dua kolompok manusia; iaitu manusia yang berilmu dan mereka yang beramal...

bagi kita pula, kita mempunyai guru – guru yang datangnya dari pelbagai latarbelakang dan setiap dari mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri...

(tanpa menyatakan nama) ada guru yang mengajar mengikut tertib di gelanggang satu per satu, serta diperhalusi setiap gerak dan langkahnya (jurus dan lian)... ada pula guru yang mengajar berdasarkan pengalaman dan diperhalusi setiap gerak dan langkah bersandarkan kepada kaedah dalam pertempuran dan cara yang paling efektif untuk mengalahkan musuh...

oleh itu, guru – guru yang sering berdampingan dengan guru – guru tua, boleh dikatakan banyak dan tinggi ilmunya dan mengajar berdasarkan ilmunya, dan bagi guru – guru yang kurang berdamping dengan guru – guru tua, mereka hanya mengamalkan apa yang diajarkan kepada mereka dan mengajar berdasarkan amalan mereka...

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha...

selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada seluruh umat islam di malaysia khasnya kepada pengamal - pengamal ilmu buah pukul mersing...

didoakan juga semoga pak raja ali raja salleh (gayang lima) berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna, cukup rukun dan syaratnya...

kepada yang mampu melaku ibadah korban tahniah diucapkan, kerana bukan semua di antara kita mampu untuk melakukan ibadah ini...

Sunday, November 14, 2010

sembang - sembang selepas majlis ujian...

banyak yang ingin diperkatakan mengenai majlis terutama sekali tentang 'kecacatan' yang terjadi semasa majlis berlangsung... namun biarlah 'kecacatan' ini dibincang oleh mereka yang bertanggung jawab mengadakan majlis ini di tempat ini sahaja...

apa yang penting majlis ini berjaya diadakan...

terima kasih yang tak terhingga kepada pihak lian padukan selangor / kuala lumpur yang berjaya mendapatkan dewan yang indah dengan kelengkapan yang begitu sempurna...

terima kasih juga kepada pihak yang menaja bilik rehat, makanan (sarapan dan makan tengahari) dan minuman sepanjang majlis ini berjalan...

tahniah diucapkan kepada pelatih - pelatih yang berjaya melepasi ujian peringkat ujian masing - masing, juga kepada penerima - penerima hadiah untuk kategori jurus dan lian terbaik...

akhir sekali, ucapan setinggi - tinggi ampun dan maaf kepada pelatih - pelatih dari luar selangor yang dipadankan dengan pelatih - pelatih dari selangor, mana yang terlebih pukul harap dimaafkan...

Thursday, November 11, 2010

majlis ujian peringkat kebangsaan 2010

maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memaparkan gambar - gambar sekitar majlis ujian... ini disebabkan oleh gambar yang terlalu banyak dan memerlukan masa untuk dipilih dan dikecilkan saiznya sebelum di'upload' ke dalam blog...


kali ini buat julung - julung kalinya, telah diadakan majlis ujian peringkat kebangsaan di mana pelatih - pelatih dari johor, melaka dan terenganu berkumpul di kuala lumpur bagi mengambil ujian...

berbanyak - banyak ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khasnya kepada tuan harizan, azmi dan sairul yang berhempas pulas mempromosikan lokasi ini...

berikut adalah gambar - gambar yang diambil dari kamera tidak rasmi...



juga terdapat di sini

Wednesday, November 10, 2010

perbuatan menipu . . .

setiap perbuatan yang dilakukan perlulah difahami, dan dikaji pergerakkannya...

jangan ambil mudah segala perbuatan yang kita lakukan... menyiku sebagai contoh;

  1. adakah siku bergerak ke arah pandangan mata bersetentangan dengan hidung,
  2. atau menggerakkan tangan yang sebelah lagi ke arah siku...

begitu juga dengan perbuatan melutut, cuba perhatikan dan amati secara mendalam, di mana kedudukan anda, di mana kedudukan musuh dan bagaimana perbuatan melutut anda...

24q8k7k

Sunday, November 7, 2010

majlis ujian - persiapan . . .


untuk menghadapi ujian peringkat kebangsaaan ini segala persiapan khasnya persiapan dewan dilakukan pada petang 4/11/2010. persiapan, termasuklah persiapan susun atur dewan, kelengkapan, 'banner', sistem bunyi dan lain nya...

di bawah ini adalah antara individu - individu yang terlibat untuk majlis persiapan ini



Friday, November 5, 2010

raja haji . . .


raja haji? raja haji raja tahlil? bukan! ini bukan kisah berkenaan raja haji raja tahlil, ianya merupakan kisah raja ali raja salleh bertandang ke sini sebelum bertolak ke tanah suci mekah...

disebabkan tarikh lahir pak raja jatuh pada hari yang sama dengan tarikh dia berangkat menunaikan haji, maka satu majlis tahlil ringkas dan majlis hari jadi diadakan di rumah abang din di kelana jaya...

selepas berakhirnya majlis, pak raja bersiap untuk ke kompleks tabung haji pada jam 10 malam, dan bertolak ke tanah suci pada jam 1 pagi...

kami berharap pak raja selamat pergi dan selamat kembali, dan moga - moga pak raja beroleh haji mabrur...




Monday, November 1, 2010

persembahan - 3rd malaysia all styles martial arts showcase

3rd malaysia all styles martial arts showcase, telah diadakan pada 31/10/2010 bertempat di panggung bandaraya dan pihak lian padukan telah dijemput mengambil bahagian serta mengadakan persembahan dalam majlis tersebut...

disamping itu beberapa perguruan dan pertubuhan lain juga dijemput bagi menjayakan majlis ini, antaranya shito ryu karate, yip kin wing chun, shaolin goh chor, dari angkatan tentera, kuntau selendang merah, setiabakti, gayang lima, lok 9, kalimah panglima tangkas dan bermacam - macam lagi...

dikhabarkan majlis ini dianjurkan oleh the stealth academy di bawah pimpinan master s. suhaizy...

di bawah ini, adalah photo - photo yang dirakamkan semasa dan selepas acara berlangsung...