Sunday, November 14, 2010

sembang - sembang selepas majlis ujian...

banyak yang ingin diperkatakan mengenai majlis terutama sekali tentang 'kecacatan' yang terjadi semasa majlis berlangsung... namun biarlah 'kecacatan' ini dibincang oleh mereka yang bertanggung jawab mengadakan majlis ini di tempat ini sahaja...

apa yang penting majlis ini berjaya diadakan...

terima kasih yang tak terhingga kepada pihak lian padukan selangor / kuala lumpur yang berjaya mendapatkan dewan yang indah dengan kelengkapan yang begitu sempurna...

terima kasih juga kepada pihak yang menaja bilik rehat, makanan (sarapan dan makan tengahari) dan minuman sepanjang majlis ini berjalan...

tahniah diucapkan kepada pelatih - pelatih yang berjaya melepasi ujian peringkat ujian masing - masing, juga kepada penerima - penerima hadiah untuk kategori jurus dan lian terbaik...

akhir sekali, ucapan setinggi - tinggi ampun dan maaf kepada pelatih - pelatih dari luar selangor yang dipadankan dengan pelatih - pelatih dari selangor, mana yang terlebih pukul harap dimaafkan...

2 comments:

  1. salam tuan..yg lain hmba maafkan hnya padanan sparring..xspt yg didoakan..
    Tp biarlah ia blalu...insyallah ada rezki dilain masa isyallah dptlah apa yg hmba hajatkan...hehehehe..

    ReplyDelete
  2. tuan, mana boleh sparing dengan mamat - mamat baju putih, tu tuan kena tahu...

    ReplyDelete