ilmu dan amal adalah dua perkara yang berbeza, ada individu yang menguasai dan mempunyai ilmu yang tinggi, tahu pelbagai perkara... ada pula individu yang hidupnya hanya mengamalkan apa yang diajarkan oleh guru...
seperti bezanya antara ustaz yang mengaji sekolah pondok dan ustaz yang baru pulang dari al – azhar, jika dipandang dari segi ilmu, al azhar lebih tinggi ilmunya dibandingkan dengan sekolah pondok, tetapi sekolah pondok lebih amalannya kerana pengajiannya lebih tertumpu pada sesebuah kitab sahaja...
dipetik dari kata – kata mendiang bruce lee, “I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times.”, ini dengan jelas menunjukkan bahawa memang terdapat dua kolompok manusia; iaitu manusia yang berilmu dan mereka yang beramal...
bagi kita pula, kita mempunyai guru – guru yang datangnya dari pelbagai latarbelakang dan setiap dari mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri...
(tanpa menyatakan nama) ada guru yang mengajar mengikut tertib di gelanggang satu per satu, serta diperhalusi setiap gerak dan langkahnya (jurus dan lian)... ada pula guru yang mengajar berdasarkan pengalaman dan diperhalusi setiap gerak dan langkah bersandarkan kepada kaedah dalam pertempuran dan cara yang paling efektif untuk mengalahkan musuh...
oleh itu, guru – guru yang sering berdampingan dengan guru – guru tua, boleh dikatakan banyak dan tinggi ilmunya dan mengajar berdasarkan ilmunya, dan bagi guru – guru yang kurang berdamping dengan guru – guru tua, mereka hanya mengamalkan apa yang diajarkan kepada mereka dan mengajar berdasarkan amalan mereka...
No comments:
Post a Comment