Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa kepada semua

Hari ini sabtu 22 ogos 2009 merupakan 1 ramadhan bagi kita rakyat malaysia di mana masyarakat islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah;

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Juga ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..."

Oleh itu, marilah kita bersama - sama menghayati bulan Ramadhan dan gesaan dari Allah s.w.t. supaya kita sentiasa berada di landasan taqwa. Mudah - mudahan kita tidak akan termasuk ke dalam golongan yang mengabaikan taqwa.

Bekalan ketaqwaan selama sebulan itu, perlu dijaga dan dihayati selama sebelas bulan sebelum bertemu ramadhan akan datang. Insya' - Allah, hidup bertaqwa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. menjadi amalan kita.

No comments:

Post a Comment