Tuesday, September 1, 2009

Muscle Memory

sorila tajuknya bunyi macam orang putih... tapi itu la dia... nak di melayukan takut maknanya tak sama.

dalam perlawanan atau pertempuran kita dah tak sempat nak berfikir apa yang perlu dilakukan samada nak menyepak atau menumbuk, buah apa nak guna, sekiranya kena tepis atau makan apa pula seterusnya.

semuanya bergerak berdasarkan reflek. bagaimana nak dapatkan reflek? ada jual ke atau boleh download dari internet?

secara logik akal, reflek tidak boleh terjadi dalam masa satu hari.

untuk mendapat reflek, seseorang itu perlu lah berlatih bersungguh - sungguh dalam satu tempoh masa yang panjang dimulai dengan berlatih seorang diri sebelum berlatih secara berpasangan. (ini bukan berlatih mencari pasangan tau)

dalam permulaan berlatih seorang diri, kita akan banyak berfikir apa yang perlu dilakukan selepas ini, gerakan apa la yang sepatutnya. contohnya; selepas menumbuk dengan tangan kanan, nak kena melangkah ke sambil menumbuk dengan tangan kiri, selepas menumbuk boleh menyiku ke dengan tangan yang sama. macamana pula kalau selepas menumbuk kita nak menendang.

selepas semua ini selesai baru la boleh 'bermain - main' secara berpasangan dan pasangan kalau boleh jangan la jadi macam 'tunggul kayu'. dalam permainan berpasangan pula akan terjadi pula 'if dan else', sebagai contoh; kita menumbuk dan pada pengiraan kita tumbukan itu akan kena padanya (aka tumbuk sulung) tetapi pasangan kita menepis sambil menyerang. disini lah kita memerlukan reflek untuk melakukan pergerakan yang seterusnya dan pergerakkannya akan berdasarkan gerakan yang biasa kita berlatih.

kenapa jadi begini? apa saja gerakan yang kita latih akan 'tertanam' dengan sendirinya di dalam anggota - anggota yang terlibat dalam pergerakkan latihan kita. seolah - olah adanya 'ingatan' / memori dalam anggota tersebut, dan bertindak berdasarkan ingatannya. ini lah yang dinamakan 'muscle memory'. sekiranya kita berlatih shuffle, shuffle la jadinya, kalau belatih poco - poco, poco - poco la jadinya.

kalau ada masa terluang cuba pergi ke tempat memproses santan di pasar - pasar dan perhatikan, sambil berbual dan tanpa melihat pun pekerja kedai santan boleh membelah dua kelapa tanpa tersasar walaupun sedikit. cantik belahannya.

*** berlatih buah dan 'bermain - main' buah adalah dua perkara yang berbeza. ***

No comments:

Post a Comment