Saturday, May 29, 2010

dua guru...


photo ini dirakam pada tahun 2008, ketika 'pakmat samurai' datang bertandang ke kediaman tuan haji hasyim...

'master cfu', ini gamba cikgu ekau samo cikgu den... nanti kalau ado gamba den dengan cikgu ekau, den lotak kek sini untuk ekau tengok...

Sunday, May 23, 2010

kelas tuisyen . . .


pada hari ini (16 / 5 / 2010) abang din telah meluangkan masa beliau untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelatih - pelatih gelanggang help yang sudah lama tidak turun berlatih.

dengan tunjur ajar ini, mudah - mudahan dapat memberikan pelatih - pelatih ini ilmu yang diperlukan disamping dapat juga mengeluarkan peluh yang sudah lama terpendam.

Monday, May 17, 2010

kena faham

jangan suka terkinja - kinja,
apatah lagi dijual dijaja,
jangan diumpat jangan dipuja,
kurangkan cakap lebihkan kerja.

ramai di antara kita tidak memahami isi kandungannya, ambil masa dan fahami lah kerana ia juga ada kaitan dengan kehidupan kita seharian di atas muka bumi ini...

Sunday, May 16, 2010

hari guru

selamat hari guru kepada seluruh guru, khasnya kepada guru - guru lian padukan. teruskan khidmat dan usaha anda.

Friday, May 14, 2010

cabaran

cabaran ini terbuka kepada semua untuk berhujah dengan tentang apa yang kalian dengar, tidak kira dari mana sumbernya, sumber perlu dinyatakan.

sekiranya sanggup silakan.

jika perlu tolong bawakan saksi untuk kes kejadian yang berlaku pada tarikh 11 / 5 / 1997.

Thursday, May 13, 2010

tak paham . . .

langkah sendeng buah sunting...
macamana tu?
sendeng pun saya tak pernah belajar...
inikan pula sunting...

Wednesday, May 12, 2010

Malaysia International Wing Chun Festival

Salam sempena Wing Chun sedunia acara memecahkan papan 3/4 inci seramai 1000 org pada 22 Mei sabtu pagi utk rekod Guiness juga berminat sms kat saya, saya nak hantar ahli Lian Padukan seramai yg boleh.

maklumat diperolehi dari cikgu din misai melalui sms.

Monday, May 10, 2010

Permata Yang Hilang . . .

telah hilang dan pergi buat selama lamanya sebutir lagi permata yang bersinar dalam arena seni beladiri khasnya permainan buah pukul mersing.

pada tahun lepas kita dikejutkan dengan pemergian Haji Jambi bin Idris pada tanggal 23 / 5/ 2009. kini dikejutkan pula dengan pemergian Mohammad bin Chik atau lebih dikenali dengan panggilan pakmat kedidi.

berita 'kehilangan' ini saya tahu agak lewat jika dibandingkan dengan beberapa sahabat yang lain, saya hanya sedar akan kehilangannya pada pagi sabtu jam lapan pagi... di mana terdapat empat sms yang menyatakan akan berita 'kehilangan' ini...

diucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham dan moga allahyarham dirahmati Allah dan di tempatkan bersama - sama orang - orang yang beriman...

al fatihah...