Thursday, July 29, 2010

gambar kenangan...


gambar ini adalah gambar lama, gambar semasa arwah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan atas keuzurannya dan gambar ini diambil ketika tuan haji hasyim dan tuan syed ahmad (pakmat singa) melawat arwah di hospital, di sisi beliau (arwah) adalah isteri beliau yang dikenali dengan panggilan maknah...

gambar ni saya perolehi daripada tuan haji hasyim 28 / 5 / 2010 (dah lama dah). cuma baru sekarang terfikir untuk meletakkannya di sini...

mungkin ada yang bertanya, mana tuan haji hasyim? bagi saya mudah saja, kebiasaannya cameraman memang tiada di dalam gambar...

Wednesday, July 28, 2010

bila...

gerak bila mendulu...
gelek bila perlu...
hm...

nanti lah sambung... bila jika perlu...

Monday, July 26, 2010

lagi gelanggang yang berhampiran dengan lokasi anda...


Dewan Masyarakat, Casa Riana Condo, Persiaran Puncak Jalil, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan.

Jadual latihan: Setiap Khamis (9.30 malam)
Hubungi: Cikgu Mohd Faizal 012 277 6578

Monday, July 19, 2010

salam takziah buat tokpin...

tokpin atau nama betulnya ariffin suratman telah kehilangan ibunya yang tercinta berikutan telah kembali ibunya ke rahmatullah...

diucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga tokpin dan moga allahyarhamah (ibu beliau) dirahmati Allah dan di tempatkan bersama - sama orang - orang yang beriman...

al fatihah...

Friday, July 9, 2010

penembak ketiga...


tidak tahu kenapa teori penembak ketiga sering muncul dan bermain dalam kotak pemikiran saya, dan perkara yang sama juga pernah dinyatakan oleh abang din misai sebelum beliau berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah...

... dan ketika itu, topik perbincangan tertumpu kepada kes pembunuhan john f. kennedy...