Wednesday, August 24, 2011

majlis iftar 20 / 8/ 2011


seperti yang diwar - warkan maka pada hari sabtu 20 / 8 / 2011 yang lepas, telah diadakan majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim dan ibu - ibu tunggal dari kampung dato harun...

majlis dimulakan dengan alunan nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid yang terdiri dari anak - anak yatim ini sendiri...

semasa berbuka, hanya juadah ringan yang disediakan seperti buah - buahan, kuih - muih serta sedikit bubur lambok... selepas selesai solat maghrib, dihidangkan pula dengan nasi briyani berlaukan ayam goreng berempah, rendang daging dan udang, beserta dalca, acar timun nenas dan papadom...

...namun papadom hanya tinggal sedikit saja, kerana terdapat seorang remaja yang memakan papadom semasa berbuka, dan perbuatannya itu menjadi ikutan oleh anak - anak yatim dan menyebabkan papadom kehabisan sebelum tiba waktunya...

sebelum bersurai, yakni selepas solat tarawih dan witir, satu majlis penghargaan dan penyampaian sumbangan diadakan kepada ibu - ibu tunggal dan anak - anak yatim ini...

Sunday, August 21, 2011

tekpi : pengaruh ninja turtle . . .

pernahkah anda menonton cerita 'teenage mutant ninja turtle'? dan anda jangan terkejut, sekiranya ramai individu diluar sana yang mengenali tekpi melalui siri cerita ini...

teknik - teknik permainan senjata, khasnya tekpi yang dipertontonkan juga amat menarik... dan ramai juga yang mencuba untuk melakukan aksi - aksi yang ditunjukan oleh rapheal (menggunakan senjata tekpi) dalam siri ini...

oleh itu kita sebagai manusia, jangan lah kita terlalu teruja dan terpengaruh dengan teknik - teknik yang ditunjuk dan dipertontonkan oleh raphael dalam siri animasi teenage mutant ninja turtle ini...

ini bukan disebabkan oleh ninja turtle itu sebuah cerita animasi, tetapi disebabkan oleh mereka hanya ada tiga jari sahaja... jadi teknik yang ditunjukkan itu tidak sesuai untuk kita manusia yang mempunyai lima jari...

Wednesday, August 17, 2011

fenomena lupa . . .

sekiranya anda seringkali menghadapi masalah untuk mengingati atau menghafal setiap pergerakkan jurus, lian mahupun buah - buah yang diajarkan oleh guru - guru semasa di gelanggang, maka faktor pemakanan perlu diambil kira...

anda perlu mengambil makanan atau minuman dari bahan - bahan yang boleh meransangkan minda anda seperti kismis dan susu, sebaiknya susu 'Dumex® Dugro® 6 years & above' kerana ianya mengandungi dha, aa, sa dan taurina yang baik untuk sel otak...

sekiranya masalah ini masih berterusan, ini mungkin disebabkan oleh terdapatnya kebocoran atau 'leaking' pada dinding otak anda dan menyebabkan anda mengalami fenomena ini...

Thursday, August 11, 2011

iftar


iftar bersama - sama dengan anak - anak yatim serta ibu - ibu tunggal, anjuran kariah surau al - aqidah dan gelanggang dr. din misai akan diadakan pada tarikh dan lokasi seperti di bawah:
  • tarikh : 20 ogos 2011 bersamaan 20 ramadhan 1432h
  • lokasi : surau al - aqidah, no.1, jalan ss 7/28, taman kelana indah, kelana jaya
sekiranya ada individu yang ingin turut menyumbang dalam menjayakan majlis ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi dr. din misai 012 - 3272180 atau en. nasrul mohd rashid 013 - 3974849...

marilah kita bersama - sama menjayakan majlis ini...

Saturday, August 6, 2011

permata yang hilang : pak andak wahab bin awang

sebentar tadi saya telah menerima berita kehilangan pak andak abdul wahab bin awang, beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 11:52 pagi tadi... perginya buat selama - lama...

semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... dan diucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dan tabah menghadapi ujian...

al - fatihah...