Thursday, September 29, 2011

perubahan . . .

pemberitahuan...

waktu latihan di gelanggang help university, akan diubah ke hari rabu bermula 5 oktober 2011 dan lokasinya juga turut berubah... lokasi baru, bertempat di Activity Hall, Tingkat 1, HELP Residence, Pusat Bandar Damansara...

kepada orang perseorangan dan pelatih yang inginkan maklumat lanjut sila hubungi encik harizan tarmuji 017 3099923 atau email harizant@help.edu.my

Thursday, September 22, 2011

help university majlis hari raya . . .


pada 21 september 2011, pihak lian padukan telah dijemput oleh pihak help university bagi memeriahkan majlis hari raya yang diadakan pada tahun ini...

mengikut perancangan awal, difahamkan bahawa pihak lian padukan merupakan kumpulan yang kedua daripada empat persembahan kebudayaan, namun pada saat - saat akhir dua kumpulan menarik diri dari membuat persembahan... dan pihak lian padukan diminta untuk melakukan persembahan pembukaan...

persembahan, dimulakan dengan jurus perdana, diikuti dengan lian satu, dua dan empat, diikuti pula dengan permainan buah dan diakhiri dengan jurus satu... ke semua jurus dan lian terpaksa diubah sedikit, bertujuan untuk menghormati penonton...

persembahan berjalan dengan lancar dan berjaya mengejutkan penonton dengan aksi - aksi yang ditonjolkan...

selepas selesai persembahan, pihak lian padukan menerima tepukan gemuruh dari penonton dan pihak yang menjemput (en harizan tarmuji) menerima pujian dari pihak atasannya...


Sunday, September 18, 2011

majlis rumah terbuka ahli lian padukan...


pada tarikh 10 september 2011, salah seorang pelatih lian padukan telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan aidil fitri bertempat di kediamannya di taman tun doktor ismail...

rakan - rakan yang terdiri dari ahli - ahli lian padukan dan juga ahli perkerisan yang dikenali dengan nama "pendowo lima" turut hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan... mereka juga turut hadir bersama ahli keluarga masing - masing...

antara hidangan yang menjadi perhatian adalah kambing panggang, walaupun ada hidangan lain antaranya; soto, roti jala dan pelbagai jenis kuih - muih...

majlis ini bermula jam 1:00 petang dan berakhir pada jam 6:00 petang, dan dikhabarkan juga bahawa majlis rumah terbuka ini berakhir secara rasminya pada keesokkan harinya...

juga cerita dari blog tuan rumah :
Majlis Hari Raya Aidilfitri 10hb September 2011

Saturday, September 17, 2011

serbuan sempena hari raya...


pada waktu malam bertarikh 9 september 2011... sebelum bermulanya sessi latihan di gelanggang kelana jaya, beberapa orang dari kami telah melakukan serbuan mengejutkan ke atas rumah abang din di kelana jaya...

serbuan kali ini telah berjaya mengejutkan tuan rumah... pada perancangan awal, serbuan akan dilakukan oleh beberapa orang individu sahaja (+- 5 orang sahaja) namun pada saat akhir, ramai pula menawarkan diri dan ingin turut serta dalam serbuan ini, lebih kurang 15 orang semuanya...

serbuan ini bermula pada pukul 9:00 malam dan berakhir 2 jam berikutnya...

Friday, September 9, 2011

majlis konvensyen & konvokesyen MAGMA 29 mei 2011

. . . itu cerita lama, saya sudah tau dari facebook . . .

memang cerita lama, kisah ini berlaku pada bulan mei 2011, bertempat di kompleks darul puteri, pergerakan puteri islam malaysia...

pada majlis konvokesyen ini tiga individu dari pertubuhan lian padukan telah menerima ijazah kedoktoran (phd) dari "Open International University for Complementary Medicine, Colombo"... tiga individu tersebut adalah...
  • tuan guru haji hasyim bin haji salleh
  • cikgu shahruddin bin ahmad (cikgu din misai)
  • cikgu hishamuddin bin abdul aziz
tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan semoga ada individu lain yang mengikuti jejak mereka ini...

Monday, September 5, 2011

selamat hari raya aidil fitri...

rasanya masih tidak terlalu lewat bagi saya, untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh umat islam...