Tuesday, February 23, 2010

gelanggang bandar tasik puteri - pilot episode (siri kedua)

malam minggu baru ni, telah berlangsung 'pilot episode' siri kedua di gelanggang yang sama... mungkin kali ini kompang dipalu agak kuat oleh tuan azmilian, maka kehadiran agak memberansangkan...

seperti yang dijanjikan, kelas pada malam tersebut dinaikkan peratusannya dari 20 kepada 50%, bermula dengan senaman dan diikuti dengan 'pelampas' untuk kaki dan tangan selama 45 minit tanpa henti... (macam nak menyiksa je)

diikuti dengan kaedah turutan biasa, seperti 'potong wajik', 'jintat', 'laga keting', sepak layang dan beberapa kaedah lain, cuma malam tu terlupa nak buat pelampas 'badik' dan '3 serangkai' jadi tak boleh la nak tunjuk kaedah penggunaannya kepada 'kanak - kanak'... (takut 'kanak - kanak' kompius)

kemudian disambung dengan upacara 'sakit kepala', upacara untuk membolehkan otak kiri dan otak kanan diselaraskan dalam masa yang singkat...

sebelum berakhirnya sessi pada malam tersebut dan bagi melegakan sakit kepala serta kebingungan, saya tunjukkan beberapa buah yang mudah - mudah yang berkaitan dengan perbuatan / gerakan yang mereka lakukan sebentar tadi...

feedback dari sahabat, anak - anaknya terus tidur selepas balik dari kelas pada malam itu...

Saturday, February 20, 2010

jahat kah aku...

dua minggu yang lepas, selepas habis kelas latihan, datang seorang kenalan yang juga merupakan anak murid pakmat samurai... sambil 'mengeteh' beliau menyatakan hasratnya untuk belajar lian padukan... saya nyatakan padanya, kalau nak belajar, pegila tanya pada cikgu hasyim...

sama seperti yang saya alami ketika bertanyakan hal yang sama kepada jurukaka pakmat samurai suatu ketika dulu...

Sunday, February 7, 2010

gelanggang bandar tasik puteri - pilot episode.

semalam telah bermula sessi pertama bagi gelanggang di bandar tasik puteri rawang, mengikut perancangan kelas latihan bermula pada jam lapan malam disebabkan hujan maka kelas latihan terpaksa ditunda ke pukul sembilan malam (setelah hujan berhenti)...

kehadiran juga tidak memberangsangkan (mungkin disebabkan hujan) cuma ada 10 orang sahaja (kira ok la tu)...

setelah semuanya bersedia, maka sessi latihan pun bermula, menggunakan format senaman biasa, format yang biasa digunakan dan dipraktikkan di gelanggang - gelanggang yang dikendalikan oleh abang din misai, cuma dikurangkan peratusannya kepada 20% sahaja... (sesuai untuk pilot episode)

kemudian diikuti dengan regangan dan kaedah kaki, bagi 'menyediakan' kaki dan membiasakan kaki untuk menyepak dan menendang dengan betul... kemudian diikuti dengan 'laga - laga', tengok tak sampai hati, tapi siksa tetap kena siksa... (ha ha ha)

diikuti pula dengan kaedah tangan, secara solo dan berpasangan...

setelah sessi kelas latihan tamat, kebanyakkan yang hadir untuk berlatih mengadu sakit kepala... pasal apa? saya tak tahu... kena tanya kepada yang mengadu...