Wednesday, June 24, 2009

Buah Pukul Mersing (mungkin belum pernah kita dengar)

Buah Pukul Mersing adalah berasal dari Buah Sunting dan Buah Sendeng yang mana permainan sunting adalah dibawa oleh Awang Daik (Awang bin Ali) dari Riau dan permainan Sendeng pula dibawa oleh Pak Long Muhamad Yasin Yunus dari Muar (Ketua Polis Muar), kedua - dua ilmu pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu Syed Abdul Rahman bin Syed Abdullah al Yunani di bumi Mersing maka jadilah namanya Buah Pukul Mersing.

Sebenarnya Sendeng dan Sunting pada asal nya adalah adik - beradik (berasal dari satu permainan yang sama) tetapi oleh kerana Tok Bertuah Kemenyan mempunyai salahsilah sampai ke Riau, maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan.

Maka orang Riau yang mempunyai pertalian dengan beliau, yang mana merupakan salah seorang dari keturunan beliau iaitu Daeng Raja Haji bin Raja Tahlil memanganggilnya Sunting dan di sebelah Muar / Melaka pula juga salah seorang dari keturunan beliau iaitu Dato Beremban keturunan Dato Panglima Untut pula memanganggilnya Sendeng.

Dan yang membezakan antara kedua permainan ini adalah Pukul Tanti dan Pukul Lari.

2 comments:

  1. salam. yg mana satu pukul tanti dan yg mana pukul lari?

    ReplyDelete
  2. Buah pukul mersing bukan dari silat sunting atau pun sendeng tetapi Lian atau silat yunan yang berasal dari daerah Yunan, China.

    ReplyDelete