Wednesday, June 24, 2009

Senjata Lapan

Apa itu yang dimaksudkan dengan senjata lapan? Senjata lapan adalah terdiri daripada 2 penumbuk, 2 siku, 2 kaki dan 2 lutut dan ianya dilatih sehingga mempunyai kekuatan yang sama, yakni kiri dan kanan menjadi sekata.

Ada pelbagai cara yang digunakan untuk melatih ke lapan - lapan anggota ini. Kaedah yang biasa digunakan adalah berlatih dengan menggunakan punching bag atau dengan cara berpasangan. Kaedah berpasangan biasa digunakan antara jurulatih dan murid, dimana jurulatih akan memakai coaching pad dan target pad dan murid akan menyerang sasaran dengan menggunakan anggota yang disebutkan.

Dalam latihan Lian Padukan, anggota ini dilatih dengan menepuk atau menjadikan anggota yang sebelah lagi sebagai sasaran. (orang miskin tak mampu nak beli punching bag). Untuk melatih tumbukan dan siku, tapak tangan yang berlawanan dijadikan sebagai sasaran, manakala untuk lutut dan tendangan tapak tangan anggota yang berlawanan digunakan bagi menepuk / menampar lutut dan buku lali.

Perbuatan ini biasanya dilakukan pada masa latihan gerakan jurus dan lian dan latihan ini menyakitkan. Kalau dah biasa, dah tak jadi masalah, kata orang - orang tua "alah bisa tegal biasa".

1 comment: