Friday, April 30, 2010

bosan . . .

saya terkilan dengan sikap beberapa individu yang melayari dan membaca tulisan di blog saya, menterjemahkan dan mentafsir mengikut kefahaman mereka sendiri...

ruangan 'chat' saya dah sediakan, nombor telefon pun dah diberi, apa salahnya bertanya kepada yang menulis... minta kepastian supaya apa yang kita baca sama dengan apa yang kita faham...

manusia, manusia...

persamaan dalam kelainan siri 3

cerita di bawah ini mungkin berlainan dengan apa yang pernah kita dengar, namun masih ada persamaan dalam kelainannya...

Buah Pukul? Pelik bunyinya... bukan buah-buahan, tapi nama aliran seni pertahanan diri yang cukup di kenali di selatan Semenanjung. Ia lebih masyhur dengan panggilan Buah Pukul Mersing atau Lian (Kuntau)Yunan. Dari mana ia berasal? Mengikut catatan sejarahnya, seni beladiri ini berasal dari daerah Yunan, China. Ada pula pendapat mengatakan berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia. Sebagaimana namanya, begitulah asalnya terdapat kekilafan antara Yunan dan Pagar Ruyung.

Catatan kisah seterusnya mungkin boleh memberi sedikit gambaran akan asal usul senibeladiri ini. Sekitar tahun 1993, saya telah bertemu seorang sahabat, bersembang akan asal silat Buah Pukul ini. Katanya silat ini berasal dari Pagar Ruyung. Saya pula menyatakan berasal dari Yunan kalau mengikut cerita arwah ayahda saya. Sehinggalah suatu hari sekitar tahun 2000, arwah ayah bercerita bagaimana Silat Lian Yunan ini mula bertapak di Negeri Johor seterusnya berkembang ke Negeri Pahang melalui daerah Mersing sehingga lekat namanya Buah Pukul Mersing.

Mengikut riwayat, Sultan Johor dahulu, Sultan Ibrahim (kurun 18)telah menghantar 2 orang pengiring baginda (polis) ke Pagar Ruyung bagi menambah dan memperlengkapkan ilmu pertahanan diri. Pendek cerita, setelah berpuashati dengan ilmu yang di pelajari. mereka ambil keputusan kembali ke Johor. Dalam perjalanan pulang mereka telah di sekat seorang tua dan memberitahu ilmu mereka masih belum lengkap selagi tidak berguru dengan seseorang di Pagar Ruyung ini.

Sebagai panduan, dihalaman rumah guru itu terdapat 2 pohon rambutan, sepohon buahnya manis dan sepohon lagi buahnya masam. Setelah menemui rumah yang di maksudkan, memeranjatkan mereka, kerana guru yang di cari itu adalah orang yang sama menyekat mereka dalam perjalanan tadi. Misi menuntut ilmu silat di Pagar Ruyung ini berakhir setelah habis belajar dengan guru tersebut dan mereka kembali ke Johor.

Salah seorang pengiring sultan, ini ialah Paklong Mat Yasin, pengembang seni beladiri Buah Pukul di selatan Semenanjung dan di Mersing khasnya.

Suatu hari, Paklong Mat Yasin menerima aduan akan kehadiran seorang Cina di sebuah masjid. Sebagai orang bertanggungjawap soal keselamatan, beliau keluar menyiasat. Disana berlaku salah faham sehingga berlaku pergaduhan antara orang Cina itu dengan Paklong Mat Yasin.Dalam insiden ini, Paklong Mat Yasin telah di tewaskan oleh orang Cina berkanaan. Kemudian di ketahui, orang Cina tersebut ialah Haji Abdul Rahman Yunan, seorang pendakwah Islam. Rentetan dari situ, Paklong Mat Yasin menyatakan hasrat berguru dengan Hj Ab. Rahman Yunan.

Bagaimanapun Hj. Ab. Rahman Yunan meminta Paklong Mat Yasin belajar terlebih dulu dengan anak dan isterinya sebelum menuntut dengannya. Hasil berguru debgan keluarga Hj. Ab. Rahman inilah asalnya silat yang di kenali Lian Yunan (kuntau Yunan) dengan pecahan 'buah bapa', 'buah ibu dan 'buah anak'.

Paklong Mat Yasin telah mengembangkan permainan senibeladiri ini sehingga sekarang ini menular ke Muar, Mersing, Endau, Rompin, Nenasi, Pekan, Kuantan dan seluruh negara amnya.

Setelah lebih kurang 7 tahun ketika perbualan dengan sahabat saya dulu, mungkin cerita arwah ayah ini boleh di buat kesimpulan permainan silat ini hasil gabungan silat Pagar Ruyung dan kuntau Yunan.

Cerita ini adalah bersumber lisan ke lisan dan tidak terlepas dari kesilapan dari sudut kesohihannyan Harap maaf.

Ada masa saya bercerita lagi tentang 'buah pukul' buah yang tak buruk dari koleksi arwah ayah. Mungkin peminat 'buah pukul' yang sekampung dengan saya pernah mendengar nama seperti PokTeh Mat Yasin, Nyang Pok Noh, Cu Aman, Pak Anjang Berahim (Wak Yeng), Tokki Mat Wong, Jusoh Buyung, Pak Jambi dan akhir Matjejakrasul(Hak ni tak masuk senarai).T.k

dipetik dari http://tanjung100.blogspot.com/

Tuesday, April 27, 2010

booking...



kasi letak gambar dulu, nanti cerita...

minggu lepas saya berkunjung ke gelanggang tok pin di bukit sentosa, jadi jumaat malam ni (23/4/2010) saya berkunjung pula ke gelanggang kelana jaya pula...

malam ni, untuk sessi pertama, saya jadi 'punching bag' untuk abang din, banyak sungguh buah dan teknik yang ditunjukkan, tapi malam ni saya 'blank'... buah dan teknik macam masuk tak masuk je dalam kepala otak ni... (tu yang rasa macam nak buat kelas persendirian tu)

sessi kedua dan ketiga, giliran 'laksamana juhann' dan faizal pula melayan tangan abang din.

entah macamana (dah masuk hantu agaknya), tiba - tiba pula diajarkan teknik gelek pada pelatih - pelatih yang baru, terkial - kial dibuatnya, tangan ke mana kaki entah ke mana...

yang paling menarik, selepas dah tutup gelanggang, abang din menyuruh laksamana juhann dan faizal membuat buah lapis - melapis berdasarkan apa yang disebut dan disuruh oleh abang din...

Wednesday, April 21, 2010

guru kanan lian padukan ?

Guru Kanan Lian Padukan (Buah Pukulan Mersing)

Berminat mengikuti kelas Senaman Tua dan Buah Pukulan Mersing - Lian Padukan, hubungi Akademi Seni Beladiri (Fight Back!) 016-310 2001 (Angah)

diambil dari http://demokratgroupmalaysia.blogspot.com/ dan http://umno-pas-pkr.blogspot.com/

hmmm, banyak betul persoalan yang berlegar di dalam kepala otak saya ketika itu... diantaranya, siapa guru kepada beliau? dan kenapa saya tidak tahu akan kehadirannya / kewujudannya selama saya menuntut lian padukan?

Sunday, April 18, 2010

seketika di gelanggang tokpin di bukit sentosa.


kalau mengikut kalender mingguan, saya sepatutnya turun berlatih di gelanggang abang din di kelana jaya pada malam tersebut. disebabkan oleh beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya, saya seolah - olah diberikan hidayah untuk melawat gelanggang tokpin di bukit sentosa.

kalau nak tengok sila ke 'multiply', nak upload kat sini ruangnya amat terhad.

Wednesday, April 14, 2010

mencari persamaan dalam kelainan siri 2

(di petik dari tulisan abg din gondrong) ...sebenarnya permainan sendeng dan sunting pada asalnya adalah adik - beradik tetapi oleh kerana Tok Bertuah Kemenyan mempunyai salahsilah sampai Riau maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan, maka orang - orang Riau yang mana salah seorang dari keturunannya iaitu Daeng Raja Haji bin Raja Tahlil memanggil sunting dan di sebelah Muar dan Melaka pula iaitu salah seorang dari keturunan nya iaitu Dato Beremban keturunan Dato Panglima Untut pula memanggilnya sendeng...

pasti ada persamaan dalam kedua - dua permainan ini kerana datangnya dari satu sumber...

pasti juga terdapat kelainan dalam kedua - dua permainan ini walaupun ianya berasal dari satu sumber yang sama...

Monday, April 12, 2010

mencari persamaan dalam kelainan siri 1

permaian buah pukul mersing terdapatnya permainan sunting (awang daik) dan sendeng (paklong mohd yassin).

pasti terdapat perbezaan dalam permainan buah pukul mersing bagi kedua - dua guru ini dalam menyampaikan ilmu kepada muridnya.

pasti juga terdapat kelainan dalam penyampaian murid - murid bagi kedua - dua guru ini pada murid - murid mereka pula.

pasti juga terdapat kelainan pada murid - murid yang berguru dengan kedua - dua guru ini berbanding dengan murid - murid yang hanya berguru dengan seorang guru sahaja.

dan pasti juga terdapat persamaan dalam kelainan bagi aliran - aliran kumpulan buah pukul mersing ini.

Friday, April 2, 2010

Gelanggang Kelana Jaya . . .


Gelanggang Kelana Jaya :
Surau al-Aqidah, No.1, Jalan SS 7/28, Taman Kelana Indah,
Kelana Jaya, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Hubungi : Cikgu Din Misai – 012-327 2180

inilah gelanggang yang menempatkan pelatih - pelatih yang lari dari gelanggang induk yang asal suatu ketika dulu... sekarang, gelanggang ini menjadi tempat pelatih - pelatih yang berumur / orang kurang upaya berlatih setiap malam jumaat dan sabtu...

persoalan : kenapa pelatih - pelatih yang berumur suka datang berlatih ke gelanggang ini?