terdapat berbagai cara dan kaedah menggenggam penumbuk dan melancarkannya, di bawah ini terdapat 3 kaedah yang sering dimainkan oleh pengamal buah pukul mersing dewasa ini...
pernah diceritakan bahawa awang daik (arwah) menumbuk menggunakan kaedah seperti 'boxing jab' kaedah di mana genggaman penumbuk dipusingkan ke arah dalam, seperti gambar di atas.
ada pula yang mengatakan yang sebetulnya adalah seperti di atas, kerana mengikut kisahnya pak teh muhammad yassin kubung (ada juga yang mengatakatan pakngah banten) pernah mengikut tuan syeikh abdul rahman al - yunani pulang ke tempah asalnya (yunnan, china) dan telah tinggal agak lama di sana... samasa di yunan, pakteh (pakngah) melihat kaedah menumbuk seperti ini digunakan di sana dan ada juga yang mengatakan beliau sempat belajar dengan ibu kepada sheikh abdul rahman semasa kunjungannya...
malah juga terdapat beberapa perguruan buah pukul mersing, yang menggunakan kaedah seperti di atas, seperti kaedah sendeng, gaya menumbuk terbalik yakni berlawanan dengan kaedah yang pertama di atas, ia seolah - olah kaedah 'uppercut'...
persoalannya : bagaimanakah cara yang betul dan benar - benar asli?
No comments:
Post a Comment