hmmm, dalam pengajian ilmu hadis ada empat katogeri hadis... hadis sahih, hadis hasan, hadis maudhuk dan hadis dhaif...
Hadis Sahih ialah hadis yang berhubung / bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat - periwayat tersebut bersifat berikut: adil, kuat ingatannya, sejahtera dari keganjilan dan sejahtera dari kecederaan yang memburukkan...
Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya. Syarat hadis sahih, iaitu: Sanadnya bersambung, perawinya sudah baligh, berakal, tidak mengerjakan dosa, sempurna hafalannya dan perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis mutawatir atau dengan ayat al-Quran.
Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung / bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat - periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
Hadis Maudhuk ialah hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi Muhammad s.a.w. pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu (diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).
... orang bijak pandai serta alim ulamak telah menggariskan perkara ini sejak dahulu lagi, jadi kita yang hidup hari ini, ambil lah pengajaran dari perkara ini... kalau ada berita yang dikhabarkan kepada kita, samada berita itu baik atau buruk, cari kesahihan cerita tersebut... adakah benar ayat - ayat yang kita dengar itu, benar - benar keluar dari mulut tuan empunya badan...
gunakan kedua - dua belah otak yang telah dikurniakan sebaik - baiknya...
: saya bukanlah ustaz, cuma baru nak start...
No comments:
Post a Comment