Tuesday, March 29, 2011

ilmu hadis, kajian, otak . . .

hmmm, dalam pengajian ilmu hadis ada empat katogeri hadis... hadis sahih, hadis hasan, hadis maudhuk dan hadis dhaif...

Hadis Sahih ialah hadis yang berhubung / bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat - periwayat tersebut bersifat berikut: adil, kuat ingatannya, sejahtera dari keganjilan dan sejahtera dari kecederaan yang memburukkan...

Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya. Syarat hadis sahih, iaitu: Sanadnya bersambung, perawinya sudah baligh, berakal, tidak mengerjakan dosa, sempurna hafalannya dan perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis mutawatir atau dengan ayat al-Quran.

Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung / bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat - periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.

Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.

Hadis Maudhuk ialah hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi Muhammad s.a.w. pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu (diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

... orang bijak pandai serta alim ulamak telah menggariskan perkara ini sejak dahulu lagi, jadi kita yang hidup hari ini, ambil lah pengajaran dari perkara ini... kalau ada berita yang dikhabarkan kepada kita, samada berita itu baik atau buruk, cari kesahihan cerita tersebut... adakah benar ayat - ayat yang kita dengar itu, benar - benar keluar dari mulut tuan empunya badan...

gunakan kedua - dua belah otak yang telah dikurniakan sebaik - baiknya...

: saya bukanlah ustaz, cuma baru nak start...

Sunday, March 27, 2011

ajar mengajar agar terpelajar

dikatakan bahawa sekira inginkan peningkatan dari segi ilmu, maka seseorang itu digalakkan untuk mengajar...

maka siapa pula yang digalakkan untuk mengajar?

adakah pelatih lian dua digalakkan untuk mengajar pelatih yang baru belajar lian satu...

atau pelatih yang sudah khatam itu digalakkan untuk mengajar...

Sunday, March 20, 2011

sembang bicara . . .

bila kita berbicara tentang buah pukul mersing, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang sheikh abdul rahman al yunani...

bila berbicara tentang yunnan, kita akan berbicara tentang cheng ho dan dinasti ming...

bila berbicara tentang cheng ho pula, maka kita akan berbicara tentang asal usul cheng ho, siapa zheng he dan siapa pula ma he...

bersambung...

Thursday, March 17, 2011

buah, pukul dan mersing . . .

yang mana satu dinamakan buah?
dan, yang mana satu pula dinamakan pukul?
adakah tangan yang terbuka itu buah dan tangan yang tertutup itu pukul?
atau...
tangan yang tertutup itu buah dan tangan yang terbuka itu pukul?
bagaimana pula kaedah memukul dengan betul? dan begitu juga dengan kaedah menyampaikan buahnya...

bagaimana pula cara perbuatannya?

Sunday, March 13, 2011

bagaimana cara yang betul . . .

terdapat berbagai cara dan kaedah menggenggam penumbuk dan melancarkannya, di bawah ini terdapat 3 kaedah yang sering dimainkan oleh pengamal buah pukul mersing dewasa ini...


pernah diceritakan bahawa awang daik (arwah) menumbuk menggunakan kaedah seperti 'boxing jab' kaedah di mana genggaman penumbuk dipusingkan ke arah dalam, seperti gambar di atas.


ada pula yang mengatakan yang sebetulnya adalah seperti di atas, kerana mengikut kisahnya pak teh muhammad yassin kubung (ada juga yang mengatakatan pakngah banten) pernah mengikut tuan syeikh abdul rahman al - yunani pulang ke tempah asalnya (yunnan, china) dan telah tinggal agak lama di sana... samasa di yunan, pakteh (pakngah) melihat kaedah menumbuk seperti ini digunakan di sana dan ada juga yang mengatakan beliau sempat belajar dengan ibu kepada sheikh abdul rahman semasa kunjungannya...


malah juga terdapat beberapa perguruan buah pukul mersing, yang menggunakan kaedah seperti di atas, seperti kaedah sendeng, gaya menumbuk terbalik yakni berlawanan dengan kaedah yang pertama di atas, ia seolah - olah kaedah 'uppercut'...

persoalannya : bagaimanakah cara yang betul dan benar - benar asli?

persoalan : mushkil . . .

kenapa tidak diajarkan sahaja ilmu perangnya?
kenapa perlu digabungkan kedua - duanya?
kenapa perlu digabungkan antara sunting dan sendeng?
benarkah dalam penggabungan kedua - duanya, kaedah ilmu perang miliknya digunakan sebagai 'pelekat' untuk menyatukan kedua - duanya?
apakah ilmu perang yang digunakan untuk mengalahkan sunting dan sendang suatu ketika dahulu?
bagaimana pula rupa gayanya?
di manakah pula titik penyambungan dan penggabungan tersebut?

Wednesday, March 2, 2011

tanggung jawab bulanan...

setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai tanggung jawab masing - masing...
tanggung jawab atas keluarga, atas pekerjaan...
tanggung jawab untuk makan dan minum...
juga tanggung jawab sebagai hamba kepada penciptaNya...

maka setiap individu yang bepersatuan juga mempunyai tanggung jawab dan hak masing - masing...
jadi tunaikan hak anda...
jelaskan yuran bulanan anda...

nak masuk tandas awam pun kena bayar tau...