Monday, August 31, 2009

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

- diambil dari wikipedia -

Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh Nazri Bin Hussin, di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terangganu, dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang.

Salleh Bin Mamat telah mempelajari Silat Lian daripada Hassan Bin Salleh di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu dalam tahun 1950-an. Hassan Bin Salleh pula telah belajar Silat Lian di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1940-an.

Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987.

Nazri bin Hussin telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985 sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama. Pusat perkembangan dan pentadbiran silat ini adalah di Kuantan, Pahang. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM )

cerita lama yang diambil dari majalah seni beladiri bil. 72 november 2003.

Bicara Buah Pukul

ini adalah kata - kata yang biasa diucapkan atau yang kita dengar bila kita duduk bersama sama pengamal bual pukul...

  • jangan suka terkinja kinja, apa lagi dijual dijaja, usah dikeji usah dipuja, sikitkan cakap banyakkan kerja.

  • walaupun sedikit biarlah kekal, boleh buat tangkal, tak perlu banyak selalu tertinggal, nanti menyesal dapat sial tak pasal - pasal.

  • jauh dijemput, datang disambut, dekat direbut, balik diturut.

  • buah dagang yatim piatu, dagang dua tanti satu.

Merdeka dan Pak Mat Samurai

rasanya sudah dua tahun berturut kisah merdeka Pak Mat Samurai dipaparkan di dalam majalah seni beladiri.

kisah tahun lepas, 2008

kisah tahun ini, 2009

bergaya betul Pak Mat Samurai tahun ni, siap berkaca mata hitam lagi.

Bicara atas perbezaan

di johor, kebanyakkannya belajar secara terus dari cikgu hasyim, maka cara korang berdiri, menumbuk dan menendang mengikut cara yang ditunjuk dan diajarkan oleh cikgu hasyim. manakala di selangor aku belajar dengan abang din misai dan cara permainan aku termasuk berdiri, menumbuk dan menendang mirip kepada permainan abang din misai.

di johor korang kebanyakkannya berdiri menggunakan kaedah 'sanchi' manakala di selangor pula lebih kepada berdiri dengan kaedah 'kuda - kuda klasik'.

apalagi korang nak cakap? aku juga belajar lian padukan dan aku juga dikhatamkan dan direstui oleh Cikgu Hasyim.

- sebuah cerita lama yang diberikan nafas baru, dan tiada kaitan dengan aku -

Pergi Tak Kembali

Al - Fatihah...

perginya Guru Haji Jambi Idris buat selama - lamanya dan perginya tak akan kembali lagi, saya akan cuba untuk mendapatkan cerita penuh berkenaan Allahyarham.

Masa...

hari saya rasakan terlalu banyak masa yang terluang, jadi masa itu saya luangkan untuk mengorek koleksi - koleksi lama untuk dipaparkan di dalam blog ini.

jadi, tunggu kemunculan ceritanya...

Sunday, August 23, 2009

Selingan - Kopi Kluang

kali ini ianya tiada kaitan dengan ilmu seni beladiri mahu ilmu persenjataan melayu, kali ini saya ini berbicara tentang kopi kluang.

kopi kluang yang termashyur adalah kopi di stesyen keretapi kluang seperti di bawah ini. kalau nak sarapan di sini kena datang awal, kalau lambat jangan harap la dapat tempat duduk dalam masa yang terdekat. di sini mereka juga menjual kopi dalam bentuk serbuk dan kaya yang siap dibungkus.

manakala kopi kluang di bawah ini pula (kopi cap televisyen), adalah merupakan kopi kegemaran rakyat bandaraya kluang dan kilangnya terletak berhampiran dengan kawasan rekreasi gunung lambak.

dan di bawah ini juga merupakan kedai kopi kluang dengan nama komersialnya kluang station yang terdapat di sekitar lembah kelang. hidangan dia seakan - akan sama dengan yang original.


Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa kepada semua

Hari ini sabtu 22 ogos 2009 merupakan 1 ramadhan bagi kita rakyat malaysia di mana masyarakat islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah;

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Juga ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..."

Oleh itu, marilah kita bersama - sama menghayati bulan Ramadhan dan gesaan dari Allah s.w.t. supaya kita sentiasa berada di landasan taqwa. Mudah - mudahan kita tidak akan termasuk ke dalam golongan yang mengabaikan taqwa.

Bekalan ketaqwaan selama sebulan itu, perlu dijaga dan dihayati selama sebelas bulan sebelum bertemu ramadhan akan datang. Insya' - Allah, hidup bertaqwa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. menjadi amalan kita.

Friday, August 21, 2009

Berguru...

kalau nak belajar atau berguru carilah guru yang boleh buat apa yang diperkatakan dan bukan guru yang hanya diperkatakan orang tentang kehebatan ilmu silatnya.

itu lah sebabnya kenapa saya memasukkan 2 video cikgu hasyim, satu bermain tekpi dan satu lagi bermain tembong panjang (hanya untuk ahli multiply je).

Wednesday, August 19, 2009

Penutupan Gelanggang Lian Padukan...

Malam ini (17/8/2009) merupakan malam akhir bagi gelanggang Lian Padukan di HELP, ini kerana sepanjang bulan ramadhan aktiviti latihan di gelanggang ini akan diberhentikan.

Dan bagi individu individu yang masih mempunyai minat dan kekuatan untuk berlatih sepanjang bulan ramadhan, anda boleh la menghadirkan diri pada setiap malam minggu di Surau al - Aqidah, Jalan SS 7/28, Taman Kelana Indah, Kelana Jaya.

Tuesday, August 18, 2009

Sambutan Kemerdekaan 2009

pada hari ahad yang lepas lian padukan telah terlibat dalam satu demo sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 52, lian padukan hanya berdemo dan tidak terlibat dalam perarakan hari kemerdekaan.

ramai juga kontinjen yang terlibat dalam perarakan ini, di antaranya adalah pasukan tkd dan pasukan dari seni silat gayong tapak lima serta kumpulan kompang.

kumpulan seni silat gayong tapak lima

kumpulan kompang / gendang fatani

upacara demo dimulakan dengan persembahan dari seni silat gayong tapak lima, diikuti oleh tarian singa, tarian masyarakat india dan lian padukan. lian padukan diwakili oleh tokpin selaku orang perhubungan, cikgu azhar, cikgu faizal dan saya sendiri. 4 orang pun 4 orang lah, cukup untuk memberikan pendedahan dan pengenalan kepada masyarakat setempat.

tokpin berbual bual dengan seorang sahabat tkdnya, juga kelihatan cikgu azhar dan cikgu faizal.

tokpin cuba memberikan penerangan kepada salah seorang pengunjung. (sekurang kurangnya ada juga yang datang bertanya). saya juga didatangi oleh seorang pengunjung lain untuk bertanyakan tentang lian padukan dan cara serta corak permainan.

dipaksa menjadi pengadil tournament tdk (kerana tak cukup pengadil)

Sunday, August 16, 2009

Lian Padukan - Muhammad Radzi Abdul Hamid

Di ambil dari majalah seni beladiri keluaran disember 2001


Thursday, August 13, 2009

Senjata Lapan - Episod 2

sebutan senjata lapan begitu sinomin dengan mainan buah pukul mersing dan ianya disebut hampir setiap kali waktu berlatih dan terdapat beberapa anggota besar dalam senjata lapan.

anggota besar dalam senjata lapan adalah tangan dan kaki, maka kemahiran penggunakan tangan dan kaki amat - amatlah dititik beratkan. sehingga keluarnya frasa ini, 'bila tangan sudah bermata'.

'bila tangan sudah bermata' tidaklah bermaksud seperti gambar di bawah ini dimana mata berada di tangan.

tetapi ia membawa maksud, bahawa tangan kita sudah boleh merasa malah 'melihat' serangan atau tekanan yang diberi dan diterima oleh kita. perkataan 'tangan' yang digunakan juga tidak tertumpu kepada anggota tangan sahaja, malah ianya meliputi anggota lain yang terlibat dengan pergerakkan seperti kaki.

semua ini tidak boleh terjadi dengan sendiri secara tiba - tiba, (hari ini anda tak tahu, tiba - tiba besok harinya anda beroleh pengetahuan dan kemahiran ini, kita tidak menyangkal sekiranya dianugerahkan oleh Ilahi) kita perlu berlatih dan berlatih sehingga beroleh kemahiran ini.

antara teknik latihan yang menarik perhatian saya adalah chi sau / chi sao, seperti keratan majalah di bawah ini.

"Chi sao develops not only your hand techniques but also contact sensitivity, reflexes, positioning, knowledge of energy use as well as your trapping skills all of which are crucial elements in Wing Chun. All of these elements are as one when you are fighting and it is the combination of these elements that determines the ability of a person when they are free fighting."

ataupun cara yang di tunjukkan dan siri human weapon - muay thai seperti ini.

saya bukan menolak cara orang silat berlatih, cuma saya tidak berjumpa dengan cara yang digunakan untuk dijadikan contoh.

Wednesday, August 12, 2009

Silat Lian Yunan - Guru Ramli

artikel ini di upload atas permintaan sahabat.







Tuesday, August 4, 2009

Wooden Dummy

latihan adalah perkara yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran kita dalam mempelajari bidang ini. latihan mestilah dilakukan secara 'istiqamah' bukannya secara mendadak dan berselang seli (ikut mood). latihan secara ini dapat meningkatkan kemahiran pergerakkan anggota badan tanpa perlu bergantung kepada otak keseluruhannya dan ia juga dapat menghindarkan kesakitan otot pada anggota badan.

antara alat latihan yang biasa digunakan sekiranya berlatih adalah wooden dummy, dan ada juga diantara kita yang menggunakan punching bag untuk berlatih. wooden dummy boleh dianggap istimewa kerana ianya mempunyai 'tangan dan kaki' untuk membantu kita berlatih bersendirian. 'tangan dan kaki'nya diletakkan pada kedudukan tangan dan kaki manusia.

dengan wooden dummy kita boleh menepis, mengelak dan sebagainya selain dari menumbuk dan menendang.

(sekadar hiasan)

di sini diberikan contoh bagaimana wooden dummy boleh digunakan untuk latihan silat khasnya buah pukul. video ini memaparkan tengku musa dengan wooden dummy ciptaannya.